Tuesday, June 16, 2015

Kopi Ladyku by Ainul Hazrah

Assalamualaikum..
Salam ceria semua..

Novel yg penuh dgn babak2 lucu dan memikat..
Seorang gadis berusia 18 tahun..
Seorang lelaki berusia 30 tahun..
Bagaimanakah mereka boleh menjadi suami isteri..??
Cerita yang mengajar erti keinsafan dan kesyukuran..
Selain itu terdapat juga pengajaran untuk mereka yang berkahwin walaupun abru sahaja berkenalan..
Bagaimana membentuk sifat sabar, Saling mempercayai...
Walaupun hanyalah novel yang difantasikan penulis, Namun banyak juga yang boleh dikutip dan dijadikan tauladan oleh pembaca..

Membaca novel ini seolah-olah kita melaluinya.. Cerita yang sangat sempoi dan mudah difahami.. Menarik disebabkan karekter Icha.. comel, sengal, nakal, garang dan spontan.. Penuh dengan adengan2 lucu dan diselitkan pengajaran serta kesedihan..

Sinopsis Belakang Buku:- Arisa kata, dia Puteri Duyung! Kata Izhar, Arisa Dayang Senandung! Hakikatnya, Arisa hanyalah anak nelayan yang tinggal di rumah setinggan. Dia punya cita-cita tinggi untuk mengubah kehidupan keluarga, namun demi adik-adik dia terpaksa melupakan niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.


Baidura dan adiknya, Izhar telah menawarkan pekerjaan sebagai kopi ‘lady’ di pejabat mereka kepada Arisa dan membawa gadis itu tinggal bersama mereka. Sebagai anak kampung yang polos dan lurus, semuanya begitu asing buat Arisa. Banyak suka duka yang berlaku di dalam era baru kehidupannya.



Akhirnya, kehadiran Arisa di dalam keluarga itu menjadi buah mulut saudara-mara. Demi menutup mulut tempayan yang sentiasa terbuka itu, Izhar telah bersetuju untuk mengahwini Arisa. Arisa pula bersetuju untuk berkahwin dengan Izhar kerana Izhar telah berjanji untuk membiayai pelajarannya ke menara gading.



Walaupun bukan kerana orang ketiga, pasangan yang baru mengenal bahagia itu dilanda badai juga. Kapal mereka terumbang-ambing di lautan tanpa haluan. Mereka ingin mencari arah, tapi seakan tenggelam punca. Kini, mereka hanya mampu bertahan selagi terdaya.



“Betul Iz nak kahwin dengan Icha? Dia tu bukan betul sangat, rempang-rempang bahasa. Wayar berselirat, tak putus saja lagi.” - Muiz -



“Wayar dia cuma berselirat, belum putus lagi. Bila dah kahwin nanti, saya akan susun balik wayar tu elok-elok dan takkan biarkan dia putus, Insya-ALLAH!” - Adib Izhar-

2 comments:

  1. Assalam shahida,
    memola baca tajuk iols hengatkan nama cafe he3

    ReplyDelete
  2. ArY+ShA - Wasalam sha.. hehehe.. tajuk dia comel kan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com