Sunday, November 22, 2015

Apendiks

Assalamualaikum..
Sekadar ingin berkongsi dengan pembaca semua. Sha memang pernah kena penyakit apendiks ni. Pernah doktor marahkan sha kerana menyangkakan sha main-main sakit perut. Sakit apendiks ini akan datang dan pergi. Macam biskut chipsmore.. Kejap sakit.. Kejap lagi x sakit. Sha dah pun buat operation buang apendiks ni. Operation tu berlaku lebih kurang tahun 2001 ke 2002 camtu. Sekejap je kat dewan bedah. Masuk pukul 7mlm, keluar pukul 8 lebih. Pengalaman sungguh. Masa sha operate tu dia just gam je kesan operate tu. So bila gelak or batu memag terasa kesan tu cam terbuka. Seminggu gak la sha berpantang.. Lepastu back to normal.

Apa itu Apendiks? 
Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen)
 
Disini saya kongsikan 9 simptom radang appendik atau simptom sakit perut yang luar biasa: 
  1. Peringkat awal. Tanda awal yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasa sakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut. Posisinya lebih kurang kalau kita letak tapak tangan kita di bawah hujung tulang rusuk kanan. Kat situlah yang kita akan rasa berdenyut-denyut. 
  2.  Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk. Rasa sakitnya tidak konsisten tapi rasa berdenyut tu memang berulang-ulang.
  3. Loya dan muntah-muntah. Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa. 
  4. Hilang selera makan. Bila dah selalu muntah dan rasa loya, mana mungkin nak makan dengan berselerakan? Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi.
  5. Cirit-birit. Ini antara gejala awal berlaku radang appendik. Ianya tidaklah lama sebab perut kita tidak terlalu padat dengan makanan. Maka, air besar juga kelihatan sedikit luar biasa. Penting untuk tahu, mana yang biasa dan luar biasa! 
  6. Sembelit. Ada sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar.
  7. Sukar kentut. Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. Jadi, jangan marah kalau insan tersayang anda kentut. Itu tandanya dia sihat! 
  8.  Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa. 
  9. Demam. Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya dan biasanya kita yang sakit perut tak demampun. Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor. 
  10. Kedudukan lutut. Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa.

Apakah gejalanya?
Secara klasik, kesakitan bermula sebagai kejang di bahagian tengah abdomen dan dengan peredaran masa, bergerak ke bahagian kanan. Demam, sejuk, ,menggigil, kelihangan selera makan, muntah-muntah dan kadang-kala diikuti dengan ceret beret. Ia boleh berlaku pada sebarang usia tetapi ia paling lazim di antara usia 10 dan 30 tahun.Walau bagaimanapun, pesakit di bawah usia 5 tahun dan melebihi 50 tahun mungkin mengalami gejala yang berbeza daripada penerangan di atas. Ini mungkin membawa masalah kepada diagnosis.

FAKTOR PENYEBAB Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh : sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain . Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

3 comments:

  1. Assalam sha,
    pengalaman setiap orang berbeza kan3
    iols masa kena appendix dulu laen
    sekali kena ja sakit dia tau3
    terus gi klinik doc refer hospital pantai
    terus operate
    katanya dah ada jangkitan appendix tu, tpi tak pecah lgi
    Alhamdulillah segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..