Shoplinks.Asia

Thursday, December 31, 2015

Novel - Kalau Dah Jodoh oleh Elee Mardiana

Assalamualaikum
Berminat dengan Novel ini..
Jom dapatkan segera sebelum kehabisan
Hanya dicetak sebanyak 1000 naskah sahaja..
Serious.. Novel yang sangat Ohsem..

Kalau Dah Jodoh Novel sweeet sangat. Dan lawak antarabangsa. Dapat tandatangan penulis lagi.
RM22.00 SM + RM6.00 Flexipack
RM25.00 SS + RM10.00 pos Flexipack

Macam mana nak order?
Buat Pembayaran di
104022798937 (Shahida Mohamed)
email : shahida_lib@yahoo.com
Fon : 0192673703

Setelah buat pembayaran, sila WhatsApp @ email detail
Nama, alamat, nombor telefon dan bukti bayaran.


SIPNOSIS
Yang jelas di penglihatan Jujen ialah tali pinggang yang abah pegang. Tali pinggang yang diperbuat daripada kulit itu berayun-ayun apabila tangan abah bergerak. Sesekali hujungnya mencecah ke lantai. Dada Jujen semakin berdebar laju. Dia teringat bagaimana adik-adiknya menjerit kesakitan sebaik sahaja tubuh badan mereka terkena libasan tali pinggang itu. Jeritan emak juga melengking, menyuruh abah berhenti menyebat anak-anak sendiri. Jujen sahaja yang tidak pernah kena sebat dengan abah. Jujen anak kesayangan abah. Tetapi malam itu, Jujen yakin abah tidak akan teragak-agak membantainya jika jawapan yang Jujen berikan bercanggah dengan jawapan yang abah mahukan. Abah sudah membuat keputusan. Jujen dapat melihat nekad dalam mata abah. Jujen mendongak memandang emaknya.

“Mak, tolonglah pujuk abah, mak. Tolonglah pujuk abah. Jujen dah janji. Mak sendiri kata dulu, berdosa kita mungkir janji. Tolonglah, mak.”

“Janji kamu pada abah dengan mak kamu macam mana, Jujen? Tak apa pulak kamu mungkir?” herdik abah.

Jujen hanya tersedu-sedu, tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan abahnya itu. Dia terus memandang ke arah emaknya, berharap emak akan membantu tetapi mulut emak terkunci rapat. Emaknya pun takut.

“Bangkit, Yah! Jauh awak dari dia. Jauh!”

“Eh, abang ni! Takkan nak pukul? Anak dah besar panjang ni!” tegur emak Jujen. Cemas.

“Awak nak kena sekali ke, Yah? Kalau tak nak, bangun! Jangan derhaka cakap abang.”

“Cakap baik-baiklah, bang. Pukul-pukul ni dapat apa? Lagipun dah malam sangat ni? Tak elok didengar dek orang.”

“Kalau tak nak saya pukul, suruh anak awak tu telefon budak India tu sekarang. Suruh dia putuskan hubungan dia dengan budak tu. Baru aje kenal dah nak kahwin. Gila ke apa yang buat keputusan merepek macam tu?”
  

12 comments:

  1. masih belum sempat baca nvel ni...hadiah dari momy ira hari tu...

    ReplyDelete
  2. mcm UKE punya tazkirah je. Hehe.

    ReplyDelete
  3. cinta berlainan agama... menarik gak ni...

    ReplyDelete
  4. limited stock ni.. 1000 je ada..
    dimanakah jodohku =P

    ReplyDelete
  5. MACAM BEST JER CERITA NIH...AKAK MINTA BACA NOVEL TAPI DAH LAMA SUNGGUH TAL MEMBELI NOVEL

    ReplyDelete
  6. bestnyer sha ada masa boleh layan novel..huhuhhuhu

    ReplyDelete
  7. dulu suka juga baca novel, dan sekarang pun masih suka, cuma kurang kesempatan.

    ReplyDelete
  8. roh dan jiwa nak baca novel x timbul2 lagi ni pehal haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI