Pre-Order - Novel Takkan Ku Lepaskan Dia : Elee Mardiana - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Thursday, December 31, 2015

Pre-Order - Novel Takkan Ku Lepaskan Dia : Elee Mardiana

Assalamualaikum

Berminat??
Jom jadi orang pertama yang memiliki Novel Takkan Ku Lepaskan Dia..
Novel kontroversi. Kisah Abam Komando VAT69 yang va va boom. 
LIMITED EDITION 1000 naskhah SAHAJA jadi jangan menangis kalau tak dapat. Lepas tu orang lain mesti jual lagi mahal!
Harga:
RM40.00 SM + RM6.00 flexipack
RM43.00 SS + RM10.00 flexipack.
Tebal: 875 halaman
Pre-order dibuka sekarang. Tarikh tutup 31/12/15 Buku siap cetak dan pos pertengahan Januari, 2016.

Macam mana nak order?
Buat Pembayaran di
104022798937 (Shahida Mohamed)
email : shahida_lib@yahoo.com
Fon : 0192673703

Setelah buat pembayaran, sila WhatsApp @ email detail
Nama, alamat, nombor telefon dan bukti bayaran.

PESANAN KHAS
UNTUK YANG SABAR MENUNGGU SAHAJA.


SINOPSIS
Cinta atau Benci? Kalau benar-benar cinta, mengapa hanya derita yang Erin rasa? Tidak cukupkah lagi luka dan parut yang Badrul hadiahkan pada tubuh badannya itu sebagai bukti derita? Namun, mengapa mereka masih lagi bersama? Cinta? Isteri mana yang tidak mencintai suaminya? Lebih-lebih lagi ikatan itu tersimpul atas dasar cinta sama cinta. Tetapi kalau cinta, mengapa dia sentiasa diulit derita? “Kau ingat kau tu cantik sangat ke? Kalau aku tak kutip kau dulu, sampai sekarang kau tak kahwin-kahwin lagi. Dasar anak pelacur!” Hinalah. Cercalah. Erin tetap bersabar. Tetap bertahan. Dia yakin, suatu hari nanti Badrul akan berubah. Namun, hari yang Erin nanti-nantikan itu tidak muncul tiba. Yang muncul, satria VAT69 Komando bernama Sam Elit Hitam. Sahabat maya yang membawakan sinar baru dalam hidupnya. Yang sanggup menjejakinya bila dia ‘hilang’ selama tiga hari setelah dibelasah oleh Badrul. “Awak cari saya?” “Risau. Tiga hari saya tak dengar berita.” “Macam mana awak tahu kat mana saya tinggal?” “Saya kan komando!” Hati Erin terusik. Terpikat. Masalahnya... dia masih isteri orang. Hati Sam Elit Hitam hancur bila mengetahui dia bertanggungjawab menambah penderitaan yang Erin tanggung. Meronta hatinya ingin membela nasib wanita yang dicintainya dalam diam itu. Masalahnya... Erin isteri orang. Masalah kedua, dia sudah berjanji pada seseorang. Dan Sam Elit Hitam tidak pernah memungkiri janjinya! 

3 comments:

  1. Abang komando ? macam best niii...

    ReplyDelete
  2. dia nye cover cem menarik.. sebab gelap kan.. usually kalo love2 story kan ceria2.. ni rare..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..