September 2015 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Wednesday, September 30, 2015

Review - Cool Ghost Museum Penang

September 30, 2015
Review - Cool Ghost Museum Penang
Assalamualaikum..
Moh kite menyeramkan diri..
Ghost Museum geng #bloggerutara datang menyerang..
Walaupun sha x joint geng #bloggerutara ke Ghost Museum tapi nak juga buat review pasal Ghost Museum ini.
Menariknya Ghost Museum di Penang ini pasti akan membuatkan anda ingin mengunjunginya.
Rasai sendiri pengalaman bertemu dengan pelbagai jenis hantu disini.
Cabar diri anda ataupun berseronoklah disini.

Mereka yang pergi ke Ghost Museum pada 12.09.2015. Bolehlah klik nama mereka untuk baca review di blog mereka. Mereka ini adalah geng #bloggerutara.
1. Farah
2. ARzmoha
3. Cerita Orang Bujang
4. Siti Nurzafirah
5. Kisah Kaseh
6. Belog Zai Zamree
7. Alia
8. Nyawaku
9. Nina Life Stories
10. Coretan Murni Alysa

Jom layan gambar-gambar sepanjang proses terjahan geng #bloggerutara.




Bila blogger bertukar menjadi vampire..

Kredit gambar kepada geng #bloggerutara yang terjah Ghost Muzeum. Tq ye..

Harga tiket

Contact Info.

Maklumat lanjut boleh pergi ke FB : Ghost Museum Penang
Read More

TOPUP RM30 PERCUMA 1GB

September 30, 2015
TOPUP RM30 PERCUMA 1GB
Promosi Tune Talk

Setiap kali topup RM30 Dapat Data Internet PERCUMA 1GB Untuk Tempoh 7 hari???Betul ker?

Itu dulu tapi sekarang tempoh dipanjangkan dari 7 hari kepada 1 Bulan...

TOPUP RM30 PERCUMA 1GB(for 1 month)

Wow..wow..Telco mana nie?
Dapat apa lagi?
takkan DATA INTERNET PERCUMA sahaja?

Nak tiket kapal terbang PERCUMA?
Nak DISKAUN 30% tidur kat hotel?
Nak DAPAT DUIT setiap bulan?
Nak dapat insurans kemalangan peribadi PERCUMA?
Nak tahu lebih lanjut?

PM/Whatsap : 0192673703 (sha)
Read More

Wordless Wednesday #21

September 30, 2015
Wordless Wednesday #21

Hari Kopi Sedunia

September 30, 2015
Hari Kopi Sedunia
Assalamualaikum..
Sha xtaupun yang 29 September merupakan Hari Kopi Sedunia.
Kebetulan bila duk Library ada orang hantar suratkhabar, dari situlah baru tau.
Itupun sebab dekat Akhbar Berita Harian ada promosi Kopi Wonda.
Tapi yang pasti Hari Kopi Sedunia ini disambut berbeza-beza mengikut negara.
Tarikh 29 September diraikan di Negara seperti Malaysia, Amerika Serikat, Kanada, Inggris, Ethiopia, dan Swedia.
Maklumat lanjut bolehlah Wikipedia ye..

Sempena Hari Kopi Sedunia ini, Kopi Wanda telah melancarkan pelbagai jenis kempen dengan kerjasama 7eleven, Dominos Pizza, Petronas, Radio Era, Myteksi, TGV Cinemas dan Tesco.
Sambutan oleh Kopi Wonda ini pasti menceriakan hidup anda.
Promosi ini bukan setakat 29 September 2015 sahaja, bagi mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah pergi ke website yang sepatutnya.

Fakta Menarik Mengenai KOPI.
  • Kopi ditanam di kawasan tropika dunia yang dikenali sebagai Bean Belt. Kawasan ini mempunyai iklim yang paling sesuai untuk pertumbuhan kopi.
  • Kopi pada asalnya dimakan. Orang suku kaum Afrika mencampurkan beri kopi dengan lemak dan dijadikan sumber tenaga.
  • Kopi adalah minuman kedua paling popular di dunia selepas air biasa.
  • Pokok kopi boleh membesar setinggi 30 kaki. Namun, pertumbuhannya dihadkan pada 10 kaki sahaja supaya mudah dipetik.
  • ia ditanam pada aras lebih tinggi, iaitu antara 600m-2000m dalam iklim subtropika yang sejuk, lembap, tanah yang subur, matahari dan teduh.
Jom dapatkan kopi anda di 7eleven..
Hanya RM1 sahaja.
Bermula 29.09.2015 - 01.10.2015

Read More

Tuesday, September 29, 2015

Jalan-jalan Makan Kenduri

September 29, 2015
Jalan-jalan Makan Kenduri
Assalamualaikum..
#throwback entry
Ahad (27.09.2015) kami ke Kapar, meraikan Majlis Perkahwinan sepupu Sha. Alhamdulillah jalan lengang cuma hujan dan jerebu sahaja.
Bergerak dari Kg. Gajah jam 8.04pg dan sampai di Dewan sekitar jam 11.15pg.
Lambat sebab hujan bermula dari jambatan Teluk Intan hinggalah ke Jeram. Hujan lebat, renyai-renyai dan lebat kembali.

Meriah bila dapat berkumpul dengan sepupu dan mak saudara.
Alhamdulillah masih lagi berkesempatan berjumpa mereka.
Sha doakan semoga perkahwinan sepupu sha, Syukri dan pasangan bahagian hingga ke Jannah.
Jom layan gambar..



Read More

Bila Imani Deman

September 29, 2015
Bila Imani Deman
Assalamualaikum..
Minggu ini sha agak kepenatan.
Ibu dan ayah mana yang xpenat bila anak demam dan x sihat.
Imani mula demam sebelum 10 September 2015 lagi. Kami bagi ubat demam hospital je. Tapi bila dia da start batuk dan meragam, kami bawa g Klinik Azhar di Tanjung Malim. Kena amik gas untuk cairkan kahak sebab doktor kata kahak Imani agak tebal. Memula ok je.. tapi lepastu dia x selesa dan nangis namun tetap juga hidu gas.

Kemudian demam dia berlanjutan dan kejap ada, kejap xde.
Batuk pun makin teruk. Tapi sha continue bagi ubat cuma untuk kali ini dia xnak makan ubat antibiotik Klinik Azhar. X sedap katanya. Sekarang dah pandai memilih bila nak makan ubat. So, lambatlah baiknya. Cuaca pun x brape nak elok, air pun berkeladak je sekarang ini. Mujurlah encik suami pasang penapis, jadi kuranglah sikit karat untuk air minum.

Malam 20 September 2015, Imani batuk dan muntah. Muntah dia ada darah, so kami bergegas bawa g Emergency Hospital Slim River. Panas badan dia 39.7, jadi terus bawa masuk dalam bilik dan masuk 2 biji ubat punggung. Lepas tu buka baju, pakai pampers je. Doktor cakap x payah lap dengan air, bilik tu ada aircond dan sejuk jadi bolehlah biar dia x berbaju untuk kurangkan panas badan Imani. Just biar dia berlengging je. Imani kena amik darah dan buat X-Ray. Alhamdulillah result darah ok, cuma result X-Ray ada sikit x cantik. Bila doktor tau dia x makan antibiotik, doktor bagi antibiotik lain. Kebetulan doktor tu pernah rawat Imani sebelum ini untuk masalah telinga, so dia bg antibiotik yang kuat sikit sama macam masa dia sakit telinga dulu. Tapi antibiotik kena amik esok pagi dekat farmasi. Sha ok je janji Imani mau makan ubat.

Alhamdulillah 22 September 2015, demam Imani dah mula kebah. Tinggal batuk je yang agak mengganggu, so sha stop bagi dia minum susu. Sebab setiap kali minum susu, Imani akan muntah. Support dia dengan bagi makan roti dan air 100plus. Supaya ada tenaga. Nasi dia x berape nak.. Bagi makan mee ngn lauk2. 

Kena amik gas untuk cairkan kahak.

Bila mau main nie,legalah sikit.
Maknanya demam dah mula kebah.
Read More

Monday, September 28, 2015

Hadiah Lagi

September 28, 2015
Hadiah Lagi
Assalamualaikum..
Seronok betul bila dapat bungkusan pada 22.09.2015 (selasa)..
Ada Choc Cookies yang sedap..Choc Cookies nie sha beli dari CP.
Pastu ada pula hadiah tambahan sebab jadi top commenter.. Awesome gila..
Terima kasih daun keladi ye CP.. Semoga murah rezeki CP.. Jom terjah blog beliau.

Bungkusan istimewa..

Cookies sedap..

Hadiah istimewa..
Read More

Sunday, September 27, 2015

Nasi Goreng Adele

September 27, 2015
Nasi Goreng Adele
Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..
Breakfast apa hari ini?
Tengah fikir nak masak apa?
Camtu, meh tengok resepi mudah dan senang dari sha ini..
Nasi Goreng Adele...
Nama mengancamkan? Sebab guna marjerin Adele.. So dapatlah nasi goreng nie nama Nasi Goreng Adele.. Kalau korang guna Planta, bubuhlah nama dia Nasi Goreng Planta.. Hehehe..

Bahan-bahannya:-
1. Marjerin Adele
2. Bawang Holland (nak guna bawang lain pun boleh)
3. Kacang buncis dan telur
4. Nasi lebihan malam tadi.

Cara Membuatnya:-
1. Panaskan kuali, bubuh marjerin Adele, biarkan cair. Pecahkan telur dan kacau bagi hancur. Masukkan kacang buncis dan kacau sehingga layu. Kemudian masukkan nasi dan kacau rata. Sudah siap.

Nasi Goreng Adele.

Pesanan Sha untuk anda.. Bahan-bahan yang sha guna boleh ditukar mengikut apa yang ada dalam peti ais anda. Nak bubuh cili padi ke, cili giling ke ataupun bahan seperti udang, isi ikan dan lain-lain pu boleh je. Kita yang masak dia.
Read More

Saturday, September 26, 2015

Rasa Kebas Kaki dan Tangan

September 26, 2015
Rasa Kebas Kaki dan Tangan
INFO BERGUNA!
SEMOGA BERMANFAAT..

SAKIT DI BAHAGIAN BAHU.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
● Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

KEBAS KAKI :
● Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

SAKIT TAPAK KAKI :
● Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

SAKIT TUMIT KAKI :
● Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
● Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA :
● Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA :
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA :
● Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk).  Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
● Menandakan penyakit migrain.

BISUL TERJADI DI KEPALA :
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

RASA PENING YANG MEMUSING :
● Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH :
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

MUNTAH DARAH :
● Darah merah. Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam. Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
● Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT :
● Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KERAP KENCING :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

AIR KENCING BERKAPUR :
● Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
● Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

SEMBELIT :
● Membersihkan toksin dari usus kecil.

NAJIS BERDARAH :
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
● Sakit menyucuk. Proses menyeimbangkan urat saraf.
● Sakit sengal. Menandakan luka di dalam badan.
● Sakit menyentap. Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
● Sakit menegang. Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH
● Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS .
● Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT :
● Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
● Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT :
●Sistem paru-paru yang lemah.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
● Sistem jantung yang lemah.
● Sistem saraf otak yang lemah.
● Masalah pengaliran darah.

✔ sila kongsikan
Info diperolehi disini : Jy Health & Beauty Corner's Page
Read More

Friday, September 25, 2015

Sayur Mayong / Bayam Malabar

September 25, 2015
Sayur Mayong / Bayam Malabar
Assalamualaikum..
Meh nak share resepi ringkas dan mudah..
Bahan2nya sikit je.. Bahan utamanya ialah sayur Mayong / Bayam Malabar yang berkhasiat ini. Masakannya cepat dan juga ringkas.

Nama sayur ini ialah Sayur Mayong atau Bayam Malabar. Ada juga yang panggil sayur Remayong, Kailan air dan lain-lain lagi. Oleh kerana sayur ini mengandungi lendir, ia enak kalau tidak digoreng hingga terlalu masak kerana jika sayur ini hancur, ia akan mengeluarkan banyak lendir. Sayur ini juga ada warna merah tapi sha x pernah jumpa lagi. Selalu jumpa warna hijau.

Maklumat lanjut mengenai sayur ini boleh tengok di Blog : Tanamsendiri.com dan Blog : Buntal

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Sayur Mayong / Bayam Malabar
2. Bawang merah dan cili merah
3. Sos tiram
4. Minyak untuk menumis

Siap. Boleh dimakan begitu saja atau bersama nasi dan lauk lain.
Read More

Program Affiliate SIMPLEHIJAB

September 25, 2015
Program Affiliate SIMPLEHIJAB
http://simplehijab.co/?id=jnaz

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:


Keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate ini adalah:

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian - bergantung kepada jenis tudung yang akan dibeli pelanggan.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.

Jom DAFTAR
Read More

Thursday, September 24, 2015

Hidden Identity / Hide Identity

September 24, 2015
Hidden Identity / Hide Identity
Drama Korea mengenai pasukan polis yang menyamar untuk menyelesaikan kes..
Pasukan khas yang mana anggotanya tiada dalam database..

Cerita jenis penyiasatan nie memang my feveret. Kebetulan pula memang minat Kim Beom tapi dalam cerita ini kurus kering betul dia. Macam orang sakit pun ada. Aksi dalam cerita ini dasyat juga. Lepas tu ada pula Lee Won-Jong, memang best la. Aksi bersahaja nya memang memikat.

Mengejar Ghost memang memenatkan.. Setiap petunjuk pasti akan hilang atau diganggu.. Tapi usaha tetap diteruskan. Kepercayaan antara satu sama lain menjadi pemangkin kejayaan.

Pelakon-pelakonnya

Poster Promo..
Memaparkan pelakon utama drama ini.
Read More

Wednesday, September 23, 2015

Kimchi

September 23, 2015
Kimchi
Assalamualaikum..
Baru-baru ini sha ada beli kimchi..
Alhamdulillah produk dan harga memang berbaloi..
Rasa kimchi nie masam-masam dan ada pedas sikit.. Sedap je kalau nak makan ngn Butter Rice.
Baru test makan ngn maggi dan nasi je..
Esok-esok kalau sha buat resepi lain dgn kimchi nie, sha share e..

Read More

Wordless Wednesday #20

September 23, 2015
Wordless Wednesday #20

Tuesday, September 22, 2015

Jalan-jalan Dalam Jerebu

September 22, 2015
Jalan-jalan Dalam Jerebu
Assalamualaikum..
Jerebu..

Namun aktiviti harian masih diteruskan.
Perancangan masih berjalan seperti biasa..
First time jejak kaki disini.
Kebetulan ada kursus berdekatan dengan tempat ini.

Perkara yang sangat menarik dan sering membuat saya tertanya-tanya ialah bagai mana mereka yg bertugas di pagar Istana Negara begitu dedikasi dan sabar. Tegak berdiri.. Sesungguhnya kesabaran mereka sangat luar biasa.

Melayan kerenah bermacam jenis manusia yang datang dan bergambar bersama mereka. Bermacam-macam jenis bauan. Demi sesuap nasi..

Sempatlah selfie dengan mereka. Saya selfie dari jauh sahaja. Sempat mengucapkan terima kasih dan memberi senyuman kepada mereka. 

Perasan x, pengawal berbaju putih tu condong sikit demi berselfie dengan saya. (Perasannyalah saya nie.. hehehe)

Read More

Monday, September 21, 2015

Scholar Who Walks at Night

September 21, 2015
Scholar Who Walks at Night
Assalamualaikum..
Jom sembang drama korea mengenai vampire pada zaman lampau..
Scholar Who Walks at Night merupakan drama bersiri yang baru. Drama ini dibuat berdasarkan manhwa tajuk yang sama yang ditulis oleh Jo Joo-hee dan ilustrasi oleh Han Seung-hee.

Drama ini mengisahkan tentang seorang scholar yang bertukar menjadi vampire. Lelaki yang menjadi penasihat raja bertukar menjadi vampire dalam usaha untuk menghapuskan vampire jahat.
Kalau tengok drama ini memang agak menyeramkan juga sebab vampire yang jahat tu handsome tapi kejam.. hahaha..
Vampire baik la agak jambu.. Hehehe..
Kalau ikut ending vampire jahat xde la jahat sangat.. Cuma sifat manusia yang tamak dan tidak tahu merasa cukup yang menyebabkan kejahatan itu muncul..

Suka drama nie walaupun agak cliche.. Baik akan menang mengatasi kejahatan.. Kelebihan cerita ini ialah mengalakkan rakyat membaca dan mengenal huruf melalui novel. Kerana ingin membaca novel, rakyat mula belajar mengena huruf. Saru perkara yang sangat baik dan patut diterapkan. Budaya membaca.

Vampire yang digambarkan dalam cerita ini sangat simple. Vampire jahat hanya boleh keluar waktu malam. Vampire baik punya kelebihan untuk bergerak waktu siang dan malam dengan hanya sehelai baju hitam. Walupun simple tapi ada kelainan.

Poster yang sangat sempoi..



Read More

Sunday, September 20, 2015

Lawatan Ilmiah

September 20, 2015
Lawatan Ilmiah
Assalamualaikum...
Yeah!!! Jenjalan gi KL..
Acah je.. Sebenarnya Isnin & Selasa (14&15.09.2015) Sha ada Lawatan Ilmiah + Kursus di Kuala Lumpur.

Isnin pergi Arkib Negara belajar buat jilid buku cara mudah.
Selasa pula pergi Perpustakaan Negara Malaysia, belajar cara jahitan kertas kuras.. Sambungan kursus lama dah.. hehehe..
Letih gak berulang ke KL selama dua hari ini. Demi kerja maka ku gagahkan jua..
Biasalah bila gi KL, mesti abis banyak duit.. huhuhu.. Habis kat makanan..
Mahal kan.. Tapi demi perut, ku keluarkan juga duit.. hehehe..

Cikgu semasa di Arkib Negara

Moh le kita menjilid.

Yeah!! Siap sudah.

Aktiviti di Perpustakaan Negara Malaysia.
Read More

Saturday, September 19, 2015

Hello Monster / I Remember You

September 19, 2015
Hello Monster / I Remember You
Holla.. moh le sembang drama Korea..
Pergh!! Plot memang twisted giler r..
Abang lawan adik..

Masa memula tgk raser macam watak utama tu psiko.. Masuk episod seterusnya, mula rasa macam adik dia jahat.. Kemudian bila episod lain ditonton, rasa macam ada orang lain pula yang jahat. Aduhai!!! Penasaran dibuatnya..

Tapi tekaan saya mengenai siapa itu siapa memang tepat.. Tujuan si jahat adalah untuk menolong kanak-kanak A.. Tapi kerana tujuan si jahat tu, Kanak-kanak B jadi jahat.. Perasaan yang dipendam telah menyebabkan kejahatan terserlah. Sebenarnya si jahat xlah jahat cuma cara dia dibesarkan telah menyebabkan dia membesar menjadi jahat.. Pada dia, dia cuma ingin menolong tapi caranya salah. Kanak-kanak A adalah orang pertama yang tau si jahat adalah berbeza dan tidak takut padanya, kerana itu si jahat sangat-sangat menyukai kanak-kanak A.

Ending cerita ini agak mengecewakan sebab tiada penamat. Mungkin pengarah berhajat untuk membuat sambungan kot..
Menarik sebenarnya bila menonton drama ini. Buat kita berfikir dalam diri kita memang ada jahat dan baik. Bagaimana kita mengawalnya akan membentuk siapa diri kita. Perhubungan antara adik dan abang juga sangat kuat dalam cerita ini. Bagaimana seorang abang melindungi adiknya.

Cerita dan tajuk memang compliment each other.. Suka cerita2 misteri dan psiko camnie.. Paling best bila watak jahat tu buat kita simpati pada dia sebab niat dia yang baik walaupun cara dia salah.

Poster yang menarik

Pelakon-pelakonnya
Read More

Friday, September 18, 2015

Hadiah Lagi

September 18, 2015
Hadiah Lagi

Thursday, September 17, 2015

California Steak House & Steamboat

September 17, 2015
California Steak House & Steamboat
Assalamualaikum..
Jom makan..
Tempat makan best di Tanjung Malim.
Terletak di Taman U, Tanjung Malim.
Western dan juga steamboat..
Harga berpatutan dan affordable..
Kami x makan disitu.. Tapau bawak balik..



RM14.00

RM10.00

Read More

Wednesday, September 16, 2015

Snek Baby Crab Crispy

September 16, 2015
Snek Baby Crab Crispy
Assalamualaikum..
Jom makan..
Sudah lama sebenarnya teringin nak makan..Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga seller yang boleh dipercayai..
Rasanya yang rangup.. krup krap..krup krap.. bila makan..
Snek ringan yang dibuat dr ketam kecil..
Makan macam tu sahaja pun sedap..
Macam makan keropok..
Rasanya manis, ada sedikit pedas dan rangup.. memang mengancam..


Read More

Wordless Wednesday #19

September 16, 2015
Wordless Wednesday #19

Tuesday, September 15, 2015

Hadiah Giveaway

September 15, 2015
Hadiah Giveaway

PROMOSI CMD

September 15, 2015
PROMOSI CMD

Butter Rice

September 15, 2015
Butter Rice
Assalamualaikum..
Makanan yang best di makan semasa masih panas.. Bau mentega yang cair di nasi panas mampu membangkitkan selera.. Tambah sedikit Soy Sauce @ kicap.. Memang best gile.. Boleh juga tambah seewed..

Makanan yang saya jumpa dalam Drama Korea Midnight Diner/Late Night Restaurant (episode 8). Masa mula2 nampak memang terus teringin nak cuba. Kebetulan memang ada mentega so, jadilah Butter Rice..

Makanan kegemaran mereka yang berada di Hokkaido tapi bila digandingkan dengan Kimchi, memang lagi sedap dan meveles.. Boleh singgah blog ini.

1. Nasi panas
2. Nasi + butter
3. Nasi yang dah digaul dengan butter dan kicap.
4. Taburkan sedikit seeweed.
Read More

Monday, September 14, 2015

Midnight Diner / Late Night Restaurant

September 14, 2015
Midnight Diner / Late Night Restaurant
Assalamualaikum..
Moh kita ke Korea..
Sembang drama Korea yang terbaru.
Ada 20 episod.. Cerita berkisarkan mengenai Kedai Makan yang beroperasi bermula jam 12 malam sehingga jam 7 pagi..Kedai makan tanpa menu. Master (owner kedai) akan masak apa sahaja permintaan pelanggan. Melalui makanan personality seseorang itu akan terserlah. Kegembiraan, kemarahan dan kesedihan kn dapat dilihat melalui makanan yang dipesan. Makanan yang menggamit memori masa lalu dan mencipta memori akan datang. Memang terbaik dan mampu membuatkan kita sebagai penonton turut merasa lapar dan kenyang. Oh ya.. saya memang meminati drama yang menjadikan makanan sebagai subjek utama.

Drama nie adaptasi dari Manga Jepun iaitu Shinya Shokudo.. Seriously memang best. Tambahan pula drama nie berkisarkan pasal makanan.. Memang lagi best r.. Siap dapat resepi lagi. Hehehe..

Pelakon undangan pun boleh tahan. Setiap episod lebih kurang 30 minit je.. So kejap jelah da abus tgk.. hehehe.

Poster yang sangat misteri.

Para pelakon yang setiasa ada dalam setiap episod..

Extra Notes:-

  1. Based on the manga series "Shinya Shokudo" by Yaro Abe (first published October, 2006 in Japanese seinen manga magazine Big Comic Original).
  2. Related titles (drama series):
    1. Shinya Shokudo (TBS-MBS / 2009)
    2. Shinya Shokudo 2 (TBS-MBS / 2011)
    3. Shinya Shokudo 3 (TBS-MBS / 2014)
    4. Late Night Restaurant | Simyashikdang (SBS / 2015)
  3. Related titles (movies):
    1. Shinya Shokudo (2015)
Read More

Sunday, September 13, 2015

Death Note (2015)

September 13, 2015
Death Note (2015)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini saya nak share Drama bersiri dari Jepun pula.. Tajuknya Death Note.
Pelakonnya xde la handsome..
Tapi jalan ceritanya agak menarik..
Berkisar mengenai seorang pelajar yang begitu mahukan keamanan..
Dari niat yang suci mula berubah kepada niat ingin menjadi tuhan..

Drama ini berkisarkan mengenai seorang pelajat yang telah diberikan buku oleh shinigami. Buku tersebut digunakan untuk mengambil nyawa manusia. Pada mulanya budak lelaki tersebut menggunakan buku nota tu untuk menyebabkan penjahat2 yang terlepas hukuman mati. Tapi lama kelamaan budak lelaki itu mula tamak dan ingin menjadi tuhan. Maka dia membunuh siapa sahaja yang cuba menghalang apa yang dia buat termasuklah polis.


Drama Death Note ini juga ada dalam bentuk filem. Ada 2 siri. Dan ada satu spin-off dengan tajuk L : Change The World Kalau filem, hero dan juga watak Villainnye handsome..
Read More

Saturday, September 12, 2015

Snek Ikan Segera

September 12, 2015
Snek Ikan Segera
Assalamualaikum..
Macam bebudak la pula..
Tapikan Sha memang suka sangat makan snek nie..Snek Ikan Segera..
Rasa dia ada pedas-pedas sikit..
Kalau duduk depan tv dengan Snek Ikan Segera ini memang layan..
Kalau ikutkan, memang lah x mengenyangkan tapi dah jadi kesukaan pula.. Selalunya beli pek yang kecik-kecik.
Tapi tu lah pek kecik ada jual kat 99 speedmart je.. Kalau kat TF pek besar..

Harga : RM5.90

Read More

Friday, September 11, 2015

#2 Perkahwinan Kedua Dalam Keluargaku

September 11, 2015
#2 Perkahwinan Kedua Dalam Keluargaku
Assalamualaikum..
Meh kita sambung bahagian kedua pula..
Alhamdulillah hari ini menjadi meriah dengan kehadiran saudara mara sebelah ibu.. Ramai juga yang hadir..
Ada yg datang dari Johor, Kuala Lumpur dan Ayer Tawar..
Terima kasih sangat2..
Tanpa kalian pasti kami akan kesedihan..

Jom layan gambar

Sedang disiapkan oleh kakak ipar..

Mak pengantin perempuan menyampaikan amanat.

Duduk bersandibg di pelamin..

Makan beradab..
Sesi suap menyuap dan memotong pulut

It's family picture..
Walaupun hanya ada kami..

Read More