September 2016 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Friday, September 30, 2016

Wanted / The Reality Show - Wanted (2016)

September 30, 2016
Wanted / The Reality Show - Wanted (2016)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang mengisahkan mengenai pencarian seorang ibu yang kehilangan anak..
Siapakah orang yang mengambilnya..
Kenapa anaknya yang diambil..
Demi menyelamatkan anaknya, dia perlu melaksanakan rancangan realiti..
Task atau tugasan disediakan oleh penculik..
Wanita itu perlu melakukannya..
Kalau tak, anak dia akan dicederakan dan dibunuh..
Kuasa dan semangat seorang wanita terserlah ketika anak nya hilang..

Cerita ini memang memberi debaran yang ohsem..
Semakin banyak episod yang kita tengok, semakin banyak persoalan..
Persoalan yang paling ketara antara penculik yang ingin mendedahkan rahsia dan mereka yang tak ingin rahsia didedahkan..
Satu perkara yang sungguh besar yang cuba dibongkar..
Saling berkait rapat antara satu misi dengan misi yang lain..

Yang paling sha tak sangka ialah bila penculik rupanya orang yang sangat dekat dengan mereka..
Cerita yang ohsem..
 

Read More

True Legend (2010)

September 30, 2016
True Legend (2010)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha..
Sha layan filem ohsem oleh pelakon
Vincent Zhao sebagai Su Can / Beggar So..
Memang best tengok aksi pertarungan beliau..
Tambah-tambah part last bila dia kena lawan 5 orang mat salih..
Memang ohsemlah..

Sha jarang layan citer-citer macam ini..
selalu tengok pelakon gak baru layang..
Ini pun layan sebab minat Vincent Zhao..
Nasib citernye best..
Pastu ada lak Jay Chou, lagilah best nak tengok..


Read More

Thursday, September 29, 2016

Hadi Mengejar Pencuri oleh Hatta Kain Kapan

September 29, 2016
Hadi Mengejar Pencuri oleh Hatta Kain Kapan
Assalamualaikum..
Hye semua..

Hadi Mengejar Pencuri oleh Hatta Kain Kapan..
Buku yang mengajar ko realiti kehidupan..
Dari kaca mata seorang budak bernama Abu..
Realiti yang berlaku pada masa sekarang..

Buku yang sangat-sangat Sha cadangkan untuk dibaca..
Buku yang memberi pengajaran dan realiti dunia sekarang..
Watak Hadi yang sangat tipikal menuduh..
Hanya berpandukan persepsi luaran..
Nasib Abu yang terbuang tanpa pembelaan..
Bagaimana manusia terus menghukum tanpa menyelidik perkara yang betul..

Seriously Sha bagi buku ini 10 bintang..
Walaupun mengambil masa yang lama untuk memulakan pembacaan
Tapi Sha tak memerlukan sebab untuj terus membaca..
Patah-patah perkataan yang ada dalam buku ini berjaya memakukan mata Sha untuk terus membaca..
Dan Sha sangat puas hati..
Sangat-sangat puas hati..
Tahniah penulis untuk sebuah buku yang hebat..

 

 
Sha baca dan selesai pada 19.09.2016
Read More

World War Z (2013)

September 29, 2016
World War Z (2013)
Assalamualaikum...
Hye semua..

Sha baru je berpeluang tengok citer ini..
Itupun sebab ada yang kata cerita ini Awesome macam Train to Busan..
Well.. Bila dah tengok memang pun..
Cerita ini punya debaran yang sama macam menonton Train To Busan..
Ganas owh dia punya zombie..
Cuma zombie dia tak serang orang yang sakit dan tua..
Why?? Sebab dia nak badan yang sihat..

Hero dia Brad Pitt.. Memang ohsemlah..
Walaupun nampak sangat serabai dengan rambut panjang..
Tapi seriouslly memang awesome..

Macam mana watak Gerry Lane itu memerhati dan mengumpul maklumat pasal zombie..
Dalam kiraan berape manusia yang kena gigit jadi zombie..
Bagaimana zombie tu x serang orang sakit dan orang tua..
Memang awesome..

Menakutkan dan juga awesome..
Kita tunggu sambungan dia..

 


Owh ya.. Sha tengok cerita ini online..
Tak tengok strait..
Tengok sambung-sambung...
Nampak tak betapa penakutnya Sha..
Hahaha.. Tapi suka cabar diri..
Read More

Wednesday, September 28, 2016

A Walk Down Memory Lane #9

September 28, 2016
A Walk Down Memory Lane #9
Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom usha memory lama Sha yang berkeliaran di FB nie..
Hehehe.. Memory mengenai Amani..

 
Masa nie Amani baru berusia 3 bulan..
Bambam sangat dia kan..
Bila semakin besar, Amani semakin kurus..

 
Tengoklah Amani.. Pelbagai gaya tidur dia..
Senang sangat nak uruskan Amani nie..
Kalau Sha buat kerja, Sha cuma perlu pasang TV sahaja dan Amani akan diam..
Amani suka dengar bunyi-bunyian.. Dia rasa macam ramai orang di sekelilingnya..
Amani nie dia ada satu perangai masa kecik yang kelakar..
Kalau dia tengah nangis ke mengamuk ke Amani akan diam bila dengar muzik montaj TV3 (yang lama, sekarang tak ada dah keluar..) Memang kelakar.. 
Semua orang gelak bila tengok perangai Amani yang satu nie..
Read More

Dia Bukan Arissa oleh Syaida Ilmuna

September 28, 2016
Dia Bukan Arissa oleh Syaida Ilmuna
Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya juga habiskan pembacaan..
Cerita cinta dan triller bergabung..
Dia Bukan Arissa oleh Syaida Ilmuna ini memang best..
Konfliknya berterusan..
Sha suka watak Arlisa yang tak mengalah dan kuat azamnya..
Terus melangkah walau diugut..
Watak yang sangat matang, lembut dan mempesonakan...
Satu kelainan bila membaca Dia Bukan Arissa..
Novel ini agak ringan dan tak banyak konflik..
Namun masih mampu menawan mata Sha untuk terus membaca..

 
Sha baca dan selesai pada 16.09.2016
Read More

#MYCYBERSALE di Karangkraf Mall

September 28, 2016
#MYCYBERSALE di Karangkraf Mall
Assalamualaikum..
Hye semua..

Haritu dekat Karangkraf Mall ada buat #MYCYBERSALE..
Dari 26 September 2016 hingga 30 September 2016..
Harga buku dah memang ada diskaun..
Bila masukkan kod MyCyberSale2016 dapat lagi diskaun..
Memang ohsem lah..

Untuk order kali ini, Sha try postage Aramex lak..
Selalu guna Pos Laju.. ataupun Sha beli time #SalaryWeek free postage..
Tapi sebab ada #MYCYBERSALE so tak ada lah free postage..
Tapi.. Tapi.. Buku akan di proses hari yang sama kita order..
Tu yang sangat best #MYCYBERSALE nie..
Alhamdulillah, buku sampai dalam keadaan elok..

#MYCYBERSALE
26 September 2016 - 30 September 2016

 
Ini adalah buku-buku yang Sha berjaya rembat..
5 buah novel idaman hati..
 Order nie Sha buat pada 26 September 2016.

Owh ya.. Petang (26.09.2016) lebih kurang jam 3.20pm, Sha dapat call dari Wani (Karangkraf) memaklumkan Sha buku Pudina Cinta tiada dalam stok.. Tiga minggu lagi baru ada stok.. Wargh!! Sedih.. Tapi.. Tapi.. Wani kata dia akan pos dulu buku yang empat tu.. Cuma Pudina Cinta je lambat sikit.. Alhamdulillah.. Ingatkan kena tunggu lama.. Baru cadang nak replace je dengan tajuk lain..
 Nasib baiklah Karangkraf boleh pos dulu buku yang lain tu.. Bestlah service mereka.. Owh ya, tiada penambahan kos pos ye.. Kos pos masih sama seperti Sha membeli kelima-lima buah buku tu..

 
Yeah!! Novel dah sampai.. (27.09.2016)
Kejap Ada Kejap Tak Ada oleh Ebriza Aminnudin
Read More

Wordless Wednesday #54

September 28, 2016
Wordless Wednesday #54

Tuesday, September 27, 2016

Kad Nama Sha Mohamed

September 27, 2016
Kad Nama Sha Mohamed
Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, berjaya gak buat kad nama sendiri..
Dah lama teringin nak ada kad nama..
Terima kasih pada sis Julia Johari, coz share pasal Pixajoy nie..
Sha pun tempah di Pixajoy juga..
Hanya perlu bayar kos penghantaran sahaja..

Dapat 100 keping okay dengan harga RM8.48 (include GST)
Kalau tak harganya RM35.00 + RM8.48 = RM43.48 tau..
Nampak tak betapa jimatnya Sha..
TQ pada sis Julia Johari...
Kalau berminat nak buat bolehlah ke Pixajoy.

Design Sha simple je..
Tak berape nak kreatif.. hehehe..

 
Cepat juga penghantarannya..
Sha place order pada 22.09.2016..
Penghantaran dibuat pada 23.09.2016..
Kad sampai pada 24.09.2016 tapi pejabat tutup..
Hantar semula pada 26.09.2016.. Sha amik pada 27.09.2016..
Read More

Puyuh Goreng Kunyit

September 27, 2016
Puyuh Goreng Kunyit
Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom cuba menu mudah ini..
Disebabkan ini je yang ada dalam peti ais, maka kita belasah je..

Puyuh Goreng Kunyit
Bahan-bahannya

Puyuh 3 ekor (diperap dengan kunyit dan sedikit garam)
Sebiji bawang
Sebiji kentang (potong ikut suka)
Setangkai daun kari
Satu sudu besar cili giling
Sedikit minyak untuk menumis..
Garam secukup rasa

Cara Memasak
Goreng puyuh dan kentang separuh masak dan ketepikan..
Tumis bawang dan daun kari hingga naik bau. Masukkan cili giling..
Tumis hingga pecah minyak. Masukkan puyuh dan kentang.
Masukkan sedikit air.. 
Reneh lebih kurang 5 ke 10 minit ataupun sehingga puyuh masak dan kentang lembut.
Rasakan dengan garam. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi.

Puyuh Goreng Kunyit

Alhamdulillah.. Anak Sha makan bertambah..
Ingatkan Amani tak nak makan.. Sebab Amani nie memilih sikit makan..
Hehehe.. Habis juga mereka makan..
Tapi jenuh jugalah jawab..
Ini apa mak? Kenapa dia kecik mak?
Boleh makan eh mak..
Ayam ke mak? Burung apa mak?
Bebudakkan.. Perasaan ingin tahu tu dasyat.. hehehe..
Read More

Suicide Scout (2016)

September 27, 2016
Suicide Scout (2016)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Ohsem cerita ini..
Macam biasa la.. Sha tengok online je..
Bukan apa, dah ada anakkan.. Susah sikit nak ke panggung wayang. 
Cerita yang menarik untuk ditonton..

Orang jahat lawan orang jahat..
Pelakon-pelakonnya pun ohsem..
Ada Will Smith sebagai Deadshot..
Ohsem watak Will Smith ini..
Penembak tepat yang memang tepat..
Hahaha..

Sha suka gak dengan Margot Robbie sebagai Harley Quinn / Dr. Harleen Quinzel..
Sebab watak dia gila dan sangat psiko..
Dia menyeimbangkan watak-watak jahat yang lain..
Psiko, gila tapi sangat ohsem..

Manusia ini tetap ada kebaikan dalam hati..
Walau macam mana jahat pun..
Mungkin... Mungkin tak..

Tapi citer ini tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak ye..
Sha tonton bersendirian je cita ini..
Suka sebab ada aksi dan pelakonnya best..


Read More

Monday, September 26, 2016

15 Fakta Tentang Saya

September 26, 2016
15 Fakta Tentang Saya
Assalamualaikum..
Hye semua..

15 Fakta Tentang Saya ini adalah Cabaran dari Fatina Mdzfr..
Sha jenjalan dekat blog dia dan terbaca 15 Facts About Me..
Diakhir entry Fatina cabar sesiapa yang membaca untuk buat entry yang sama..

Jadinya marilah kita baca
15 Fakta Tentang Saya
  1. Sangat suka membaca novel BI dan BM
  2. Mula membaca novel BI pada usia 14 tahun, novel R.L.Stines
  3. Mula meminati novel-novel thriller, seram dan aksi BM
  4. Sudah berkahwin dan punya dua orang anak perempuan
  5. Sangat suka memasak dan bereksperimen dengan masakan.
  6. Mula menulis Blog pada June 2011.
  7.  Peminat drama Korea
  8. Sangat suka menonton wayang (lepas kahwin dah slow sikit)
  9. Penggemar coffee dan nescafe.
  10. Coklat adalah penyejuk hati
  11. Suka tidur bila sedih dan marah
  12. Bekerja sebagai Pembantu Pustakawan di sebuah Perpustakaan.
  13. Seorang yang rabun jauh.
  14.  Pandai bawa motor tapi tiada lesen motor
  15. Muka serius tapi kalau dah kenal memang ramah.
Okay itu sahaja untuk hari ini..
Hehehe.. Agak-agak ada nak tanya, tanyalah..
Nak cabar ke?? Tak yah la.. Tapi kalau nak sahut cabaran ini, ok je..
Selamat menulis 15 Fakta tentang diri anda.. Tak tulis pun tak apa..
Read More

Farm Fresh Mixed Berries Yogurt

September 26, 2016
Farm Fresh Mixed Berries Yogurt
Assalamualaikum..
Hye semua..

Farm Fresh Mixed Berries Yogurt..
Harga RM4.99 sebotol..
Susu yang di campurkan dengan pelbagai jenis Berries.. 
Rasa yang mengancam dan best.. 
Yang ini pun sedap gak tapi masam sikit dari strawberries.. 
Jom cuba.. Mana tau anda suka..

 

Read More

Sunday, September 25, 2016

Kick (2014)

September 25, 2016
Kick (2014)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya dapat juga Sha tengok filem Salman Khan ini..
Sha tertarik nak tengok Filem Kick ini sebab lagu-lagu dia best..

Kick ini mengisahkan Devi Lal Singh yang sukakan perkara-perkara yang mengujakan..
Pandai dan punya banyak kelulusan..
Bertukar-tukar kerja dan tidak tetap disatu tempat..

Kemuncak cerita ini bila Devi @ Devil melakukan pelbagai rompakan..
Rompakan yang sengaja dilakukan demi mencabar polis..
Rompakan itu juga bertujuan baik..
Ala-ala Robin Hood moden..

Ceritanya best tapi tak sesuai ditonton bersama Kanak-kanak..
Pakaian pelakon perempuannya seksa..
Salman Khan dalam cerita ini nampak gemuk..
Kikikiki.. Tapi karekter dia memang best..

Ada satu part tu memang beri pengajaran..
Sekumpulan lelaki mengacau perempuan dalam kedai makan..
Orang sekeliling buat tak tahu je..
Datang Devi (Salman Khan), disepaknya orang sekeliling..
Kemudian dia cakap, mereka ini patut dipukul sebab membiarkan sahaja perempuan dikacau..
Mereka hanya akan bertindak sekiranya perempuan yang dikacau itu, 
ada kena mengena dengan mereka..
Kemudian baru dia belasah penjahat yang mengacau perempuan tu..
Polis datang bukan nak siasat tapi terus tangkap..
Realiti kehidupan..
Ada sisi baik cerita Kick ini..



Read More

Projek Seram Restroom oleh Akma Saidon, Aziah Zainal dan Fazrin Fauzi

September 25, 2016
Projek Seram Restroom oleh Akma Saidon, Aziah Zainal dan Fazrin Fauzi
Assalamualaikum..
Hye semua..

Projek Seram Restroom
oleh Akma Saidon, Aziah Zainal & Fazrin Fauzi..
"Jangan biar ia mengawasi diri!"

Jalan Kematian oleh Akma Saidon
"Pilihlah.. aku beri kau dua pilihan."
Cerita yang sangat ohsem.. Pilihan yang diberi hanya ada dua.. Merah atau Biru?? Namun kerana memilih Putih, Hana terlepas.. Namun Hana turut melepaskan Maisarah.. Siapa Maisarah?? Kenapa makhluk itu suruh memilih diantara Biru dan Merah??  Apakah maksud disebalik kedua warna ini?? Dendam apakah yang tersimpan di tandas lama itu?

Seriau oleh Aziah Zainal
"Jangan biar ia mengawasi diri!"
Memang seriau bila membacanya.. Hahahaha.. Ngeri kot.. Antara realiti dan mimpi, yang manakah satu yang betul.. Serius tak sangka siapa yang jahat.. Rupanya manusia yang disangka baik itu musuh yang sangat jahat.. Kesian Sarah dan Ibunya.. Imah yang menjadi mangsa..

Dendam Sabrina oleh Fazrin Fauzi
"Tiada yang mampu menangkis dendam selain korban nyawa."
Sabrina yang mati dibunuh kerana sakit hati.. Tapi siapa pula Seri yang membalas dendam?? Apa kaitan antara yang terbunuh dan yang membunuh?? Semuanya bermula di tandas.. Kerana dendam, manusia hilang akal..

Novel yang sangat Ohsem..
Sha bagi 4.5 bintang..

 
Sha start baca 13.09.2016 dan tamat pada 15.09.2016..
Lambat sikit habis sebab dok layan movie.. Hahaha..
Read More

A Walk Down Memory Lane #7

September 25, 2016
A Walk Down Memory Lane #7
Assalamualaikum..
Hye semua..
Facebook share memory lama..
Waktu ini Amani berusia 3 bulan..
Gaya tidurnya pelbagai..
Paling kerap tidur mesti tutup muka..
Tak suka cahaya.. Hehehe..
Sampai ke besar macam tu..


Read More

Saturday, September 24, 2016

Telegram di Desktop

September 24, 2016
Telegram di Desktop
Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak share pasal ini..
Sha rasa ramai je yang tau kan..
Ada juga yang tak tau kan..
Sha baru je tau..
Itupun sebab ternampak kawan install WhatsApp di komputer..
So saje search ko Telegram ada..

Tujuannya supaya memudahkan nak download video..
Wakakaka.. Nampak tak..
Sekiranya nak guna telegram di komputer ini,
pastikan dekat handphone kita pun ada telegram..
Baru dia boleh link.. Okay..

 
Search Telegram di Google..
Nanti dia keluar paparan macam kat atas nie..
Boleh terus klik Telegram Desktop


 
Paparan yang akan keluar bila kengkawan klik Telegram Desktop..
Klik "Get Telegram for Windows"
Kalau pakai Google Chrome dia akan terus download di bahagian bawah..
Kalau pakai Mozilla  Firefox dia akan keluar paparan seperti dibawah..

 
Klik Save File.. 

 
Nanti logo ini akan ada dekat file download..
klik je logo nie dia akan keluar paparan yang berikutnya..

 
Klik run lepastu bolehlah install..

 
 Paparan ini akan keluar lepas klik install..
Boleh klik Start Messaging..

 
 Masukkan no fon yang anda gunakan untuk telegram di Handphone ye..
Baru dia boleh link.. Lepastu tekan next..

 
 Nanti dia akan hantar code kat handphone kita..
Masukkan code tu, lepastu tekan next..

 Yeah!!! Dah boleh guna...
Bolehlah nak download or upload video..
Chat pun boleh..

Kelebihan Telegram
 



Read More

CekLawa : Krim Pemutih Ketiak

September 24, 2016
CekLawa : Krim Pemutih Ketiak
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak share sikit pasal CEKLAWA ini..

Kebanyakan pengguna termasuk sha sendiri memang berpuas hati dengan Krim Cek Lawa Pemutih Ketiak ni. memang nampak perubahan bawah lengan dalam masa seminggu je sha guna.
Yang paling best pasal CEKLAWA ni bukan setakat boleh pakai kat bawah lengan sahaja, ianya juga boleh disapu di bahagian tersorok yang lain seperti siku, buku lali, punggung (untuk melembutkan kawasan punggung dan mencerahkan kulit) lutut dan kawasan celah pelipat peha.
Cek Lawa Pemutih Ketiak ini sangat sesuai untuk golongan isteri yang sentiasa ingin menjaga penampilan di mata suami tersayang dan juga untuk mereka yang bakal berkahwin. Tahu jelah zaman sekarang ni bukan macam zaman kita dulu, orang tua dulu selalu jaga penampilan dengan pelbagai cara tradisional yang merumitkan lepas tu nak cari bahan-bahan tu lagi bukan senang. Seiring dengan arus pemodenan, kesemua bahan tersebut telah diolah dalam bentuk krim dan memudahkan kita sebagai wanita untuk menjaga kecantikan diri.

CEK LAWA AKAN MEMBANTU
Kelebihan 1 – Ketiak hitam hilang dalam masa yang singkat
Kelebihan 2 – Membantu mencerahkan ketiak
Kelebihan 3 – Kulit ketiak menjadi lebih licin dan lembut
Kelebihan 4 – Menghilangkan bau ketiak
Kelebihan 5 – Ketiak tidak berbau sampai petang
Kelebihan 6 – Tidak perlu pakai deodorant lagi
Kelebihan 7 – Krim tidak melekit

Kesan Segera dalam masa tiga hari..

Antara kesan yang dpt rasa bila kita  pakai krim ini
✅  Kulit bahagian ketiak akan rasa semakin cerah
✅  Akstrak lemon dapat buang daki degil pada bahagian lipatan.
✅  Dapat atasi masalah kulit kering.
✅  Krim ini kaya dengan vitamin c dan mineral.
✅  Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.
✅  Memperbaiki tona kulit nampak sekata.
✅  Merangsang lapisan kolagen untuk menjadikan kulit lebih sihat dan lembut
✅  Dapat melembabkan kulit
✅  Bau yang wangi walaupun tanpa memakai deodorant.
 
 0% Bahan Kimia
Mengandungi :
- Vitamin C
- Estrak Buah-buahan
- Aloe Vera
- Lemon
- Estrak Timun
- Estrak Green Tea

 
Cara menggunakkannya juga mudah
1. Digunakan selepas mandi pagi dan malam.
2. Pastikan ketiak dilap dengan kain bersih hingga kering.
3. Sapu dan ratakan keseluruh bahagian ketiak.
Biarkan krim, tanpa perlu dibilas.

Jom kita berjimat dengan krim pemutih ketiak merangkap deodoran sekali gus, berbaloi-baloi bukan. Hendak dapatkan krim pemutih ketiak ini, memang senang sangat dimana korang boleh dapatkan dikedai-kedai jamu berhampiran atau boleh tengok lebih lanjut di :
WHATSAPP : 0135898615  (CIK IKA)
FB : De'Vox Store
IG : De'Vox Store
*Jika ada yang berminat menjadi agen boleh hubungi hotline seperti  tertera di atas.

TESTIMONI PENGGUNA CEKLAWA
Sis ini suka sangat bula pakai CEKLAWA sebab ketiak dah tak berpeluh dan berbau..

Sis ini suka sebab tempat yang gelap dah nampak semakin cerah.. 
Siap bagi kakak dia test sama tau..

Sis ini suka ketiak makin cerah siap repeat order tau..

Feedback sis ini pula suka dengan bau wangi CEKLAWA malah ketiak pun makin cerah..

Feedback dari sis ini hitam di ketiak dan celah peha dah makin pudar dan beransur cerah.

Siap keluar berita lagi tau..
Jualan CEKLAWA mencecah 2 juta..

Berminat nak cuba? Boleh hubungi no yg tertera di bawah ni yea..nak jadi agen @ stokis pun boleh hubungi no di bawah.
Lawati : fb : De'Vox Store
Instagram : @devoxstore
Hubungi sahaja: 
Cik Ika
013 589 8615
Read More

The Legend of Tarzan 2016

September 24, 2016
The Legend of Tarzan 2016
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru je tengok filem Legend of Tarzan..
Ohsem tu..
Sebab ceritanya bukan berkisar pasal Tarzan semata-mata..
Ada flashback kehidupan Tarzan masa kecik..
Fokus cerita pasal Leon Rom yang jahat..
Yang ingin menjadikan rakyat afrika sebagai hamba..
Menipu Tarzan untuk datang semula ke Afrika dan menangkap Tarzan..
Demi menukarkan Tarzan dengan berlian..

Bagaimana Tarzan membaiki hubungannya dengan keluarga Gorilla..
Memang ohsem la..
Grafik dia pun cantik..

Watak Jane pun tak digambarkan lemah..
Memang sepadan lah dengan Tarzan..
Paling Sha suka bila Tarzan berkomunikasi dengan Singa, Gorilla dan Gajah..
Nampak sangat realistik..


Read More

Friday, September 23, 2016

Sotong Goreng Kunyit

September 23, 2016
Sotong Goreng Kunyit
Assalamualaikum..
Hye semua..
Kali ini Sha nak share resepi mudah..
Main campak-campak je..

Sotong Goreng Kunyit
Bahan-bahannya
Sotong (perapkan dengan kunyit)
Bawang besar 1 biji
Cili padi 2 batang (nak pedas, boleh tambah lagi)
Kentang sebiji dipotong memanjang (boleh ganti dengan carrot)
Garam secukup rasa
Sos Tiram
Sebiji telur

Cara Memasak
1. Panaskan  dan tumis bawang bersama cili padi.
2. Setelah naik bau, masukkan kentang. Tumis hingga kentang agak empuk.
3. Masukkan sotong dan swsikit sos tiram.
4. Setelah sotong agak masak, pecahkan telur dan kacau.
5. Perasakan dan siap.

Read More

Thursday, September 22, 2016

A Walk Down Memory Lane #6

September 22, 2016
A Walk Down Memory Lane #6

Farm Fresh Strawberries Yogurt

September 22, 2016
Farm Fresh Strawberries Yogurt
Assalamualaikum..
Hye semua..
Baru berpeluang merasa yogurt drink Farm Fresh..
Sha beli yang perisa Strawberry..
Sedap.. Kena dengan selera Sha..
Tak masam sangat..
Sedap kalau diminum sejuk..
Melegakan dan menyamankan tekak..

Sha beli kat Pasaraya TF  je..
Harganya RM4.99 sebotol (700g)..
Lepas ini nak try flavour lain lak..

 

Read More

Train To Busan 2016

September 22, 2016
Train To Busan 2016
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha berjaya juga tengok filem Train To Busan..
Ohsem giler citer dia...
Zombienya menakutkan..
Giler laju larinya..
Rasa cam kena kejar sama lak..

Cara mayat tu hidup balik dan jadi zombie memang ohsem..
Nampak real okay..
Sha tengok citer Train To Busan ini online je..
Sebab tu boleh berhenti dan sambung tengok..

Kalau tengok dekat wayang ini, mau menjerit-jerit Sha..
Ketakutan dan keseraman yang memuncak..
Hahaha.. Lama dah tak layan citer-citer zombie ini..

Ending dia sangat sedih..
Pengorbanan yang sangat ohsem..
Tapi bila tengok ending dia cam akan ada sambungan je..
Kita tunggu dan lihat..

Hopefully sambungan dia akan citer lebih detail pasal virus zombie nie..
Harapan Sha juga semoga dua watak utama tu selamat..

Read More

Wednesday, September 21, 2016

Hadiah buat Pemenang Book Giveaway by Abam Kie and Friends

September 21, 2016
Hadiah buat Pemenang Book Giveaway by Abam Kie and Friends
Assalamualaikum..
Hye semua..

Hadiah-hadiah ini dari Sha sebagai sponsor Giveaway yang dianjurkan Abam Kie..
Disebabkan respon yang lambat dari seorang pemenang, maka lambatlah Sha pos hadiah..
Abam Kie terpaksa buat cabutan kedua baru ada respon..
Sha pos hadiah-hadiah ini pada 20.09.2016..
Owh ya.. Pemenangnya dua sahaja..
Yang satu lagi tu Suprise buat seorang sahabat Blogger..
Harapan Sha semoga yang menerima hadiah-hadiah ini berpuas hati..

Update terkini :Bila Sha check tracking dekat Pos Laju, Item dah out for delivery.. Ada seorang pemenang dah update dekat Sha.. Katanya dah terima buku.. Alhamdulillah..
 
Read More