Assalamualaikum..
Hye semua..
Novel ini menyampaikan kisah benar mengenai mangsa sihir pengasih.. Memang sedih bila baca pengalaman yang dilalui mangsa sihir.. Hanya kerana inginkan cinta, sihir dihantar.. Bukan senang untuk mangsa dan keluarga melalui pengalaman itu.. Hijab telah terbuka dan sentiasa melihat makhluk itu.. Penyudah pada yang mengenakan sihir bukanlah baik.. Maka janganlah menyekutukan Allah.. Jangan bersahabat dengan syaitan.. Kelak kesudahannya derita..
Sha baca dan selesai pada 01.04.2018..

Sinopsis: Diinspirasi daripada kisah sebenar, Ayu Nayra dikatakan menghidapi 
penyakit misteri yang merosak akal dan jiwa, iaitu Sihir. Alif Niyaz, 
digesa pulang ke Malaysia bagi mencari penawar buat adiknya.
Sungguh, kerasukan itu memakan diri, mencetus tragedi. Wajah cantik 
hilang serinya, santun menjadi rakus, solehah berubah fasiq. Tanpa 
kewarasan akal fikiran, perintah Allah SWT dia lalaikan. Kuasa kejahatan
 mencalar keimanan. 
Dr. Iskandar Zakaria, bekas teman lelaki Nayra, seorang bijak pandai 
Sains yang menepis  kewujudan ilmu sihir. Baginya ia suatu kekarutan. 
Tiada perkara ghaib, melainkan gadis itu gila semata-mata.
Ustaz Amsyar, sahabat baik Niyaz yang telah lama menaruh perasaan 
terhadap Nayra, cuba merawat gadis itu dengan caranya. Perkara baik 
menyebelahinya. Misteri dapat dirungkainya. Objek yang mustahil berjaya 
ditemuinya. Bagaimana pun, keikhlasannya menimbulkan kesangsian dan syak
 wasangka. 
Assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteSinggah untuk BlogWalking.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
Waalaikumusalam.. tq singgah..
DeleteTq review buku saya..
ReplyDeleteYour welcome..
Delete