Thursday, September 26, 2019

Perak | Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam pagi Sha ada lawatan kursus ke Hot Spring Sungai Klah.. Yang ini nanti Sha cerita ye.. Sementara tunggu rakan-rakan kursus sudah mandi manda di Hot Spring, Sha dan beberapa rakan kursus yang lain ke Nasi Bamboo Sungai Klah.. Kedai makan ini dah makin cantik, kemas dan sistematik.. Seronok pula masuk ke sini.. Sha tak makan pun.. Kenyang lagi.. Kawan-kawan yang lain semua makan.. Sha ambil kesempatan ini untuk update suasana di Nasi Bamboo Sungai Klah.. Entry ini boleh membantu siapa-siapa yang baru pertama kali nak datang ke sini.. Seronoknya kalau anda pergi waktu ini adalah lauk pauk sudah siap dibubuh di dalam mangkuk kecil-kecil untuk anda pilih dan ambil.. Tak payah nak tunggu petugas bubuh.. Makanya proses memilih, mengambil dan membayar lebih cepat..

Waktu Operasi
Buka setiap hari kecuali Jumaat..
Masa : 10.30 pagi sehingga 6.00 petang

Pintu masuk..
sebelah kanan ada kambing bakar..

Ini sebelah kanan

Kambing bakar..


Sudut bakaran berada di sebelah kanan bila anda masuk dari pintu utama..

Sudut kudap-kudapan goreng seperti pisang, keropok lekor dan kuih muih..

Dari pintu masuk kalau anda pandang atas akan ada papan tanda ini..
Nasi berada di sudut hujung sekali lepas bahagian lauk-pauk habis..

Bahagian lauk pauk bermula dengan aneka sup..

Sebaris panjang aneka lauk pauk yang boleh dipilih..

Sayuran, ulam-ulaman dan sambal berada di hujung sekali selepas lauk pauk..

Aneka barang.. Sebelah kiri adalah Sudut nasi..

Ini pula adalah bahagian minuman yang menawarkan bubble..

Minuman lain selain bubble.. Dekat setiap balang sudah diletakkan harga berdasarkan pilihan seperti cup atau jug..

Sudut dessert yang sangat menarik berada di tengah-tengah antara dua pilihan air..

28 comments:

  1. Suka tengok restaurant ni, teratur dan sistematik..
    Senang nampak segala macam makanan dan minuman yang ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang memang best.. Suasana dia lebih ohsem..

      Delete
  2. pernah juga singgah lunch sini masa tu on the way nk ke ipoh...skarang dh lain skit susunan die ye..dh ada itik salai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sis.. dah lain dah susunannya.. lebih teratur..

      Delete
  3. teringin nak sampai sini..en,suami je yang dah samapi sebab konvoi moto, sedap katanya makan sini..hehe

    ReplyDelete
  4. suka singgah sini ada banyak pilihan makanan tempat pun selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan makanan dan tempat yang selesa tu sha setuju sangat..

      Delete
  5. Nampak sedap tuu..kalau berpeluang ke sana boleh la merasa

    ReplyDelete
  6. wahhhh menariknya, macam-macam ada dalam tuh rupanya

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan kat sini. Semakin menarik nmpaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun dah lama tak datang.. Bila singgah ini nampak lebih menarik pula..

      Delete
  8. Besaq jugak kedainya. dok dgaq kawan ja cerita. tp tak pernah pegi la lagi. hehe btw kakkkk tahniah yeee. hehe jadi penyampai sat http://www.azlindaalin.com/2019/09/top-komentar-bulan-ogos-2019-blog-azlinda-alin.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar kedai dia.. Makin upgrade.. Nanti bolehlah singgah..
      Terima kasih tolong sampaikan.. kalau tak memang tak perasan..

      Delete
  9. bagus mcm ni..lebih bersistematik...pengunjung lebih selesa...

    ReplyDelete
  10. aida dah gi yg besar ni, sha.
    tapi tu la. prefer yg lama.
    kayu. buluh. tepi jalan. asli gerai ala-ala zaman dulu.
    makan nasi dlm buluh.
    now more sistematik. bigger.
    harga pun lebih mahal ha ha ha ha ha ha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang awal2 pembukaan dia tu kan Aida..
      Yup yang baru nie lebih pricey.. sesekali okaylah..

      Delete
  11. Macam banyak pilihan makanan kedai ni.

    ReplyDelete
  12. besar restorannya... mesti tiap2 hari penuh kan?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..