Monday, October 28, 2019

Novel | The Silent Killer oleh Nurizzahhani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membeli buku ini merupakan satu pilihan yang bijak Sha buat.. Cerita dua orang manusia yang tanpa sedar terjalin ikatan hati tanpa sengaja.. Bertemu dan berkenalan dengan cara yang unik dan menjadi sahabat akrab dengan cara yang luar biasa.. Membaca novel ini membuatkan Sha menghargai keamanan di Malaysia dan bersyukur dilahirkan dalam agama Islam..

Mesti pelikkan.. Tajuk bahasa Inggeris tapi impak yang diberikan selepas membaca novel ini memang luar biasa cuma Sha tak boleh nak bagi 5 bintang sebab kesalahan tatabahasa dan watak yang kalau diteliti dan diperbaiki pasti lebih memberi impak kepada pembaca.. Sha cadangkan untuk dibaca.. Sha beli buku ini pre love.. Pilihan kedua sebenarnya sebab nak cukupkan jumlah buku dan jimatkan postage.. Tapi memang bertuah..

Penulis berjaya menyelitkan betapa indahnya agama Islam dalam novel ini.. Bagaimana sepatutnya usaha tarbiah dijalankan dan jangan memandang rendah hanya kerana pemakaian seseorang itu.. Manusia ini dijadikan dengan pelbagai perangai dan juga pendirian.. Namun agama Islam dan kepercayaan kepada Allah berjaya menyatukan manusia tanpa mengira pangkat, perkerjaan atau keturunan.. Itulah yang cuba disampaikan penulis mengikut pemahaman Sha.. Dua watak utama dalam novel ini memang dicipta cantik dengan pelbagai kekurangan bukan kesempurnaan.. Puas hati Sha membacanya..

Sha baca pada 27.10.2019 dan selesai pada 28.10.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published 2018 by BesQ Publication (first published 2016)

12 comments:

  1. Macam best je buku ni, Kak Sha. Tapi macam tak pernah nampak pun di kedai buku. Jualan online je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pula.. akak jumpa orang jual pre loved..

      Delete
  2. first time dengar nama novel ni. dari review kak Sha, buat shu tertanya-tanya ada lagi tak novel dari penulis yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha pun first time baca buku dari penulis nie..

      Delete
  3. wih titlenya amat menarik ternyata beda pula isi di dalamnya

    ReplyDelete
  4. seram pulak tengok cover dan tajuk novel ni. rupanya isi dalam lain.

    ReplyDelete
  5. gmbr cover tu mcm james bond - pierce bosnan hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..