Saturday, March 20, 2021

The Douglas Street, Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam malam saja bawa anak-anak makan luar.. Kami ke satu tempat yang dah lama nak dituju.. The Douglas Street yang terletak di dalam Pekan Tanjung Malim.. Tempat makan yang sangat selesa, meriah dan menawarkan pelbagai pilihan makanan yang sedap.. Sha dan encik suami makan nasi manakala anak dara Sha memilih untuk makan spaghetti dan chicken chop.. Kalau korang nak ke sini, masukkan je The Douglas Street dalam carian di google maps pasti akan jumpa.. Waktu operasinya setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam..

Bahagia menunggu makanan yang belum sampai dengan menonton filem Doraemon..

Nasi itik.. - RM8
Sedap walaupun daging itik tu sedikit kenyal.. Nasi tu nampak je macam sikut tapi banyak sebenarnya.. Ini pilihan Sha..

Ini pilihan Nur Imani Fettucini Carbonara.. Roti tu mak dan ayah yang makan.. Kuahnya sangat sedap dan lemak.. Harganya kalau tak silap RM11.80

Pilihan Amani.. Takkan berubah namun malam tu dia tak cukup kenyang.. hehehe.. Tambah dengan sepinggan lagi Fettucini Carbonara.. Chicken Chop ini RM10.00

Pilihan encik suami.. Lupa pula namanya apa tapi macam Nasi kak wok pun ada.. Sedap dan portion dia banyak.. RM5.60 kalau tak silap..

Pilihan air kami.. Panas tu encik suami dan Amani, manakala yang sejuk tu Sha dan Imani.. hehehe.. Tapi Shalah tukang habiskan air Imani.. Dia minum sikit je..

9 comments:

  1. Macam-macam menu ada. Nasi tu nampak banyak dan sedap.

    ReplyDelete
  2. Amboi Amani nampak kecik tapi banyak jugak makan ye. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Semua sedap sedap. Jam 2 pagi ni memang perut tengah lapar. tengok pula entri ni. Adoiii la..

    ReplyDelete
  4. ayah ayah mmg akan pilih nasi...

    ReplyDelete
  5. atie surely geng Amani, makan chicken chop hehe

    ReplyDelete
  6. makanan semua sedap2... tempat dia pun tampak luas dan selesa

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..