Wednesday, May 8, 2024

Kintry Oat Cookies with Choc Chips

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rangup betul biskut oat dia.. Sedap.. Tambah bila dia bubuh coklat cip dan vanila.. Memang ngam teruk dan bestlah.. Lepas tu dekat hujung-hujung tu korang akan rasa garam.. Tak adalah kuat.. Hujung hujung tu masin sikit..

Kintry Oat Cookies with Choc Chips (40g) - RM4.50
Ingredients: Rolled oats, free range eggs, sugar, butter, sea salt, whole meal, chocolate chips, baking soda, baking powder, vanilla

Dapatlah suku bekas tu..

ebook | SuatuKala 04: Timun Mas & Ijo oleh Nur Anis (Penulis ), DS Studio (Pelukis)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya Mak Andeh bagi Mbak Sarini beberapa biji benih untuk ditanam dengan syarat bila sampai masanya Mak Andeh akan datang dan ambil hasil yang paling berharga.. Selepas Mbak Sarini menanam benih yang diberikan, semuanya tumbuh subur dan salah satu hasil tu mengeluarkan bayi perempuan yang kemudiannya dinamakan Timun Mas.. Mbak Sarini merayu untuk dibenarkan terus menjaga Timun Mas.. Namun kesudahannya memang tak disnagkalah bila kuasa yang ada pada Timun Mas bukan calang-calang.. Malah raksasa Ijo turut berpaling tadah dari Mak Andeh..

Sha baca dan selesai pada 03.05.2024..

Published January 1, 2022 by Comic Holic Sdn. Bhd.

Tuesday, May 7, 2024

US | Last Night at Terrace Lanes (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila permainan boling bertukar menjadi acara menyelamatkan diri dari dibunuh oleh mereka yang gila.. Hanya 3 orang sahaja terselamat itupun sebab masa untuk mereka lakukan pembunuhan semua itu telah berakhir dan mereka yang membunuh telah membunuh diri sendiri.. Kikiki.. Paling kelakar, orang yang merancang tu bengang sebab rancangan dia gagal..

Kalau tak suka filem yang ganas, babak bunuh yang gila, berdarah-darah baiklah jangan tengok.. Boleh muntah dibuatnya..

Last Night at Terrace Lanes
2024 ‧ Comedy/Horror/Thriller ‧ 1h 15m
When a bloodthirsty cult invades a bowling alley on its final night of operation, a high schooler on a date from hell, must join forces with her survivalist dad to fend off the crazed murderers.

ebook | SuatuKala 03: Badang oleh Nur Anis (Penulis ), DS Studio (Pelukis)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Untuk siri ketiga ini, Suatukala membawakan kerekter Badang.. Melalui komik ini, Badang merupakan seorang kanak-kanak miskin yang ingin memiliki sebuah basikal baru.. Demi tujuannya itu, Badang pun masuk pertandingan angkat berat.. Malangnya Badang tak berjaya pada awalnya hinggalah selepas belia menolong Nami dan Nami memberikannya minum cecair ajaib.. Badang berjaya namun mula bersifat bongkak..
Published February 19, 2020 by Sasmurni Bakti Sdn. Bhd.

Gardenia Toastèm: Raspberi Susu & Kranberi

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Encik suami yang bagi tahu pasal roti ini.. Dia jugalah yang beli.. Semangat bagi tahu Sha Gardenia ada keluar roti baru.. Pembungkusan dia warna pink.. Lepas tu bila dia pergi kedai, nampak ada jual terus dia belikansebungkus.. Rasa susu raspberi campur kranberi.. Kranberi ini bagus tau.. Sha makan macam tu je.. Rumah tak ada pembakar roti tu.. kikiki.. Makan macam tu je pun dah okay.. Sedap tau guys.. Memnag boleh buat bekal dalam kereta kalau jalan jauh..

Gardenia Toastèm: Raspberi Susu & Kranberi (340g) - RM5.50

Monday, May 6, 2024

ebook | SuatuKala 02: Merah & Putih oleh Nur Izzati (Penulis ), DS Studio (Pelukis)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka versi yang ini sebab Puteh sangat baik dan sukakan kakaknya Merah.. Yang jahat dalam versi komik Suatukala ini Mak Bidan.. Dengkikan Mak Kuntum yang berjaya tanam pokok bunga Ros, sengaja menghasut Mak Kuntum dan cakap yang Merah tu orang Indera.. Kerana rasa dengkinya juga, habis ditangkapnya Kaloi dan masak lalu dibagi makan pada Merah.. Akhirnya dia disakat Kaloi yang dah jadi pokok.. kikiki.. Mak Kuntum, Puteh dan Merah dibawa ke istana untuk berjumpa raja..

Sha baca dan selesai pada 02.05.2024..

Published January 1, 2019 by Sasmurni Bakti Sdn. Bhd.

Fruit Plus

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bungkusan yang ini ada 3 rasa buah iaitu strawberi, anggur dan epal.. Jumlah setiap rasa tu pun tak sama.. Tapi okaylah untuk kita bubuh dalam balang di pejabat mahupun semasa program.. Seronok beli bungkusan macam ini sebab gula-gulanya pelbagai rasa.. Sha suka je jenama Fruit Plus ini.. Ini Sha beli di Eco-Shop tau.. Ada 37 biji kesemuanya..

Fruit Plus (120g) - RM2.40

Dibungkus oleh Eco-Shop

Epal - 9pcs
Anggur - 16pcs
Strawberi - 12pcs

ebook | The Interdimensional Detective by Ten

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya ringkas dan menarik dibaca.. Walaupun dalam bahasa Inggeris namun penggunaan ayatnya mudah difahami dan sesuai di baca oleh remaja sekolah..

Kisah Ava yang tiba-tiba kehilangan abangnya Rider.. Rider hilang tanpa rumah mereka dipecah masuk dan pengawal keselamatan juga tak nampak Rider berlalu keluar dari rumah.. Tiba-tiba Ava ternampak poster ditektif di tepi pintu lift.. Ava pun cuba dan detektif muncul dengan kapal angkasa berbentuk toilet mudah alih.. Ava ikut detektif mencari abang dia.. Semasa Detektif keluar menyiasat, Ava sepatutnya kekal dalam kapal angkasa namun perasaan duduk dan tunggu bukanlah yang terbaik.. Maka Ava keluar dan akhirnya ditangkap.. Tapi kerana Ava jugalah akhirnya mereka berjaya mengalahkan kapten yang jahat dan Ava dapat kembali ke bumi..

Sha baca dan selesai pada 01.05.2024..

Published April 18, 2023 by Bookiut

Sunday, May 5, 2024

Cambodia | Jailbreak (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nama penjahatnya playboy tau.. Kalau ikut genre, kelakar dan aksi.. Memang awal-awal dah kelakar bila dengar nama penjahatnya.. Semasa Playboy dibawa ke penjara, ketua yang sebenarnya menawarkan tawaran lumayan untuk kepala Playboy makanya seluruh penjara melakukan huru hara hanya untuk kepala Playboy.. Polis yang escort Palayboy terpaksa menentang seluruh penjenayah di penjara demi mendapatkan semula Playboy.. Huru hara betul..

Jailbreak
2017 ‧ Action/Comedy ‧ 1h 32m
A simple escort mission hits a snag when the prisoners of Koh Kla, a Cambodian prison, take over the grounds and trap the task force. The team must fight their way out to survive and protect a key witness at the same time.

Fruit Plus: Choco & Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli di kedai ECO.. Tak tahu pun fruit plus ini ada versi susu.. Macam menarik, jadinya Sha pun belilah sebungkus.. Dalam ini ada dua rasa iaitu susu dan coklat susu.. Susu tu rasa susu tapi dia macam ada rasa pelik sikit.. Okaylah tapi bukan kesukaan.. Coklat susu tu pula rasa dia okaylah pada Sha, sebab coklat kan.. Jaranglah tak okay..

Fruit Plus: Choco & Milk (115g) - RM2.40

Dibungkus oleh Eco-Shop Marketing

Choco Milk - 21pcs
Milk - 16pcs

US/Germany/UK | Death Race (2008)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pertama ini Ames telah diperangkap membunuh isteri dia demi dipenjarakan dan dijadikan pelumba bernama Frankenstein.. Memang Ames cari jalanlah nak kenakan mereka yang sengaja buat dia terpenjara.. Ames berjaya melaksanakan misi balas dendam dia dengan bantuan Coach, Case dan Machine Gun.. Bila banduan dijadikan hiburan dengan memaksa mereka lumba kereta.. Gilalahkan..

Syok tengok babak lumba kereta tambah bila perlumbaan tu perlumbaan kalah mati..

Death Race
2008 ‧ Action/Thriller ‧ 1h 51m
When Warden Hennessey offers Jensen and other prisoners a chance to compete in a car race and earn their freedom, millions watch as criminals with life sentences race armoured cars to earn freedom.

Saturday, May 4, 2024

Nut Walker Dark Chocolate Pecans

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Sedap jadinya bila kacang bersalut coklat.. Kacang pecan ini disaluti dengan coklat gelap.. Menggunakan serbuk koko sebenar tau.. Tak rasa manis sebab coklat gelap.. Memang syok layan.. Tahu-tahu je dah habis.. kikiki..

Nut Walker Dark Chocolate Pecans (120g) - RM20.90
Ingredients: Pecans, Sugar, Cocoa Powder, Icing Sugar, Salt, Sweetener (Stevia), Natural Flavor

Dapatlah satu bekas ini.. Puas makan..

Nampak tak salutan coklat gelap pada kacang tu.. Mewahkan..

Canada/US | Monkey Man (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tolong jangan tengok dengan anak-anak.. Korang yang dah dewasa nak tengok, pandai-pandailah tapis ye..

Kisahnya Kid ini terselamat dari pembunuhan beramai-ramai puak dia sebab penjahat nak kan tanah yang puak dia duduk.. Bila dah besar, tujuan Kid hanya satu.. Mencari mereka yang memusnahkan tempat dia dan bunuh mereka.. Awal-awal tu, plan dia gagal tapi dia tak mengalah.. Tetap juga berusaha dan akhirnya berjaya dengan bantuan beberapa rakan..

Monkey Man
2024 ‧ Action/Thriller ‧ 2 hours
A young man ekes out a meager living in an underground fight club where, night after night, wearing a gorilla mask, he's beaten bloody by more popular fighters for cash. After years of suppressed rage, he discovers a way to infiltrate the enclave of the city's sinister elite. As his childhood trauma boils over, his mysteriously scarred hands unleash an explosive campaign of retribution to settle the score with the men who took everything from him.

Kintry Honey Quinoa Granola

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Memang bestlah.. Selain ada dua jenis oat dan biji chia ada juga biji kuaci.. Boleh je nak makan dia gitu ataupun bubuh atas aiskrim.. Makan dengan susu pun sedap juga.. 

Kintry Honey Quinoa Granola (60g) - RM4.75
Ingredients: Rolled oats, wheat germ, oat bran, chia seeds, honey, sugar, maple syrup, coconut oil, sea salt.

Kunyah dia saja pun sedap.. Walaupun ada madu tapi tak manis langsung.. Sedang-sedang saja rasa manis dia.. Paling best sebab dia rangup.. Krup krap krup krap..

Sedap bila makan dengan susu juga..

Friday, May 3, 2024

India | Animal (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Panjang gila filem ini.. Ranbir dalam ini nampak ganas sangat.. kikiki..

Kisah seorang anak yang sangat menyayangi bapa dia.. Sanggup buat apa sahaja tapi tu lah, bapa dia sebok dengan bisnes.. Tak pandai nak berurusan dengan anak sendiri.. Dua kali anak dia buat hal, bapanya halau ke asrama dan halau dari rumah.. Tapi bila tahu bapa dia cuba dibunuh, dia balik semula ke pangkuan keluarga.. Rupa-rupanya musuh memang dekat je dalam kalangan keluarga..

Banyaklah babak ganas bunuh membunuh dan beberapa aksi yang tak sesuai.. Seeloknya ditonton tanpa anak-anak.. Dihujung cerita, penjahatnya buat ubah suai muka supaya sama dengan muka hero.. Jadinya kita tunggulah filem seterusnya.. Gitu..

Animal
2023 ‧ Action/Crime/Drama ‧ 3h 21m
The son of a wealthy, powerful industrialist returns to India and undergoes a remarkable transformation as he becomes consumed by a quest for vengeance against those threatening his father's life.

Meriahnya Raya 2024 di Kuarters S1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ada jamuan raya untuk blok Sha duduk.. Memang tiap-tiap tahun akan buat jamuan ini kecuali masa covid.. Jamuan ini sebagai salah satu aktiviti dan cara untuk merapatkan ukhwah serta saling berkenalan sebab penghuni kuarters ini silih berganti dan jarang berjumpa.. Yellah masing-masing berkerjakan.. Kadang tu tak perasan pun ada penghuni baru.. Bila ada aktiviti macam ini, bolehlah saling bertegur sapa dan beramah mesra.. 

Sha bawa 2 bekas buah tembikai.. Balik rumah lepas ambil anak sekolah, terus potong.. Bubuh dalam 2 bekas lepas tu letak dekat bahagian sejuk beku..Barulah dia sejuk dan sedap dimakan..

Meriahnya menu.. Kek pisang (original & coklat), brownies, puding karamel, kek coklat cheese, kek oren, popis (popia pisang), karipap, apam balik (original & coklat), kek batik, buah tembikai & epal asam boi, laksa, puten, oden, bakso, nasi goreng, roti jala, sate, macaroni goreng dan kue tiaw goreng.. Air pula ada lemon, zapple dan sarsi..

Kaum ibu dan wanita penghuni kuarters Blok S1.. Ini pun ada yang tak ada.. Tak sihat, bercuti dan ada urusan kerja..

Geng bapa-bapa..

Malaysia | Doh (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertarik nak tengok sebab klip pendek masa Faiz bergaduh dengan adik dia.. Klip tu memang tarikan terkuatlah untuk tonton drama ini..

Syoklah tonton.. Mesej dia menarik tau..
Kisah sebuah keluarga yang hilang ayah dan cuba membina kembali hubungan yang dah renggang.. Faiz ego dan tak nak terima teguran.. Tak nak pun sebenarnya sambung legasi sebab tu roti dia tak menjadi.. Tu je.. Kalau dia rendahkan ego dan bincang elok-elok, selesai je semua masalah..

Doh
Tarikh Tayangan di Tonton: 2023
Pengarah: Arif Zulkarnain & Haris M. Nor
Produksi: Indigo Films
Pelakon: Syafiq Kyle, Sherlyn Seo, Fabian Loo, Fatimah Abu Bakar, Aida Amron, Fariz Isqandar, Taqim Zaki, Nik Rifaie

Kisah perjalanan Faiz yang tersepit dengan tanggungjawab dalam menerajui bakeri yang diwarisi dari bapanya. Situasinya menjadi lebih rumit apabila sebuah bakeri moden yang sangat popular muncul di sekitar kawasan tersebut. 

Faiz berhadapan dengan tekanan untuk mempertahankan tradisi dan keunikan bakeri keluarganya sambil bersaing dengan pesaing moden yang menarik perhatian pelanggan yang semakin kurang. 

Adakah Faiz akan membuat keputusan pantas untuk menyelamatkan masa depan bakeri warisan keluarganya?

Thursday, May 2, 2024

Striking Popping Candy: Blueberry & Strawberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Melayan kerenah anak-anak yang suka dengan gula-gula letop ini.. Sha pun makan sama dengan mereka.. Sedap je sebab dia meletup-letup dalam mulut bila kena air liur kita.. Rasa dia tak adalah manis sangat.. Biasa je.. Syok layan ini sambil memandu.. Memang boleh hilang mengantuk.. kikiki..

Striking Popping Candy: Blueberry (15g)
Striking Popping Candy: Strawberry (15g)

Banyak gak isi dalam dia..

Warna biru tu blueberry dan pink tu strawbery..

Coretan Kenangan 22 Syawal 1445

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam 1 Mei, Sha terima tetamu dari Saujana Utama dan SG. Penchala.. Adik beradik sebelah arwah abah.. Alhamdulillah, memang rajin mereka raya ke rumah.. Suka je terima tetamu.. Sha buat menu nasi putih, ayam masak merah, sambal belacan, ayam goreng dan gulai lemak kobis bersama buah tembikai dan air teh o mangga ais.. 

Sebelum balik, kita bergambar dulu..

Tengaharinya kami penuhi undangan rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu.. Anak-anak tak nak ikut, makanya naik motor je lah kita.. Masa pergi cuaca panas cantik.. Masa balik sampai je tol Tanjung Malim, hujan lebat.. Makanya basah bersamalah kita.. kikiki..

Petangnya lepas Asar, Sha diminta menjadi wakil YDP PIBG SMK untuk hantarkan sumbangan Kit Aidilfitri dan wang tunai kepada keluarga pelajar SMK.. Maka jomlah jalankan tanggungjawab.. Semoga dipermudah semua urusan yang menerima.. Aamiin..

Ini pula makanan yang Amani belanja Sha.. Katanya "kakak tak pernah belanja mak, meh kakak belikan mochi ini untuk mak.." Teruslah berbunga-bunga hati mak.. kikiki..

Kintry Salted Butter Caramel Mini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makan macam tu pun sedap tau.. Rangup.. Tak masin pun.. Rasa dia berlemak dan sedap.. Tak terlalu manis dan masin.. Memang ngamlah.. Makan dengan susu pun sedap.. Jadi topping aiskrim vanila pun best ini.. Memang boleh beli lagi.. kikiki..

Kintry Salted Butter Caramel Mini (60g) - RM4.75
Ingredients: Rolled oats, pumpkin seeds, vanilla, sunflower seeds, flax seed meal, cashew nuts, sugar, corn syrup, butter, sea salt, baking soda 

Nak buat jadi snek, makan camni pun sedap tau..

Bila makan dengan susu, jadilah sarapan yang mengenyangkan.. Gitu..

Buah Naga Kuning

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha jumpa buah naga warna kuning ini.. Belulah satu.. Sebiji ini RM6.. kikiki.. Warna isi dia putih.. Rasa dia pula ada sedikit rasa masam.. Tak adalah kuat, sedikit je.. Tak manis.. Ngam ngam je dengan masam tu..

Sebiji harganya RM5.99

Putih bersih..

Setelah dipotong-potong.. Dapatlah sepiring..

Lepas tu masa ke Subang, tiba-tiba jumpa lori jual buah naga ini.. Sebiji RM2 saja.. Belilah lagi 5 biji.. Kali ini buahnya lebih rasa manis dan ada sedikit sahja rasa masam, di bahagian hujung-hujung..