Thursday, July 17, 2025

Imani & Baju Koko

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelam kabut jadinya pagi tadi.. Elok ja nak sampai sekolah, tiba-tiba anak dara Sha si Imani tu bagi tahu.. Mak, adik kena bawa baju koko hari ini.. Jenuhlah Sha fikirkan penyelesaiannya.. Sudahnya Sha telefon encik suami.. Berpatah-patah baliklah kami menghantarkan baju koko dia.. Mujurlah masa Sha sampai sekolah, Imani masih di tapak perhimpunan.. Bersungguh dia melompat dan melambai nak bagi Sha nampak dia.. Imani minta tinggalkan dekat kedai buku yang letaknya betul-betul tak jauh dari tapak perhimpunan.. Sha pun tinggalkan jelah baju tu kat kedai buku dan masuk semula pejabat.. Adoilah anak.. Sabar jelah menengoknya..

9 comments:

  1. mujur sempat sampai bajunya....

    ReplyDelete
  2. drama di pagi hari..biasa tu..anak2 kannn

    ReplyDelete
  3. Kadang nak marah...tapi x sampai hati kan...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah syukur dapat meberikan kebahagiaan kepada anak..cuba bayangkan jika tertunai..menangis anak kita tahu kan..ibu mithali...tahniah

    ReplyDelete
  5. Sama macam ramai customer Taufik.... Dalam jam 10 malam nak print kerja sekolah anak.....last minit baru beritahu ada kerja sekolah kena print.... Taufik dah faham daa hihihi

    ReplyDelete
  6. Baju Koko itu baju yg biasa dipakai lelaki saat sholat Jumat kalo di sini. Di sana seperti apa ya kak? Atau adik imani ini lelaki kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh.. kalau disini, baju koko tu baju rasmi/sukan untuk aktiviti Kokurikulum yang biasanya akan dijalankan pada setiap hari rabu.. Aktiviti Koko tu termasuklah sukan, permainan, persatuan, dan badan beruniform.. Imani ini perempuan dan baju yang Sha hantar pada dia tu baju tshirt Puteri Islam warna pink dan tudung pink dipakai bersama seluar sukan rasmi sekolah..

      Delete
  7. Semoga di mudahkan urusan ya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..