Assalamualaikum..
Hye semua..
Kelam kabut jadinya pagi tadi.. Elok ja nak sampai sekolah, tiba-tiba anak dara Sha si Imani tu bagi tahu.. Mak, adik kena bawa baju koko hari ini.. Jenuhlah Sha fikirkan penyelesaiannya.. Sudahnya Sha telefon encik suami.. Berpatah-patah baliklah kami menghantarkan baju koko dia.. Mujurlah masa Sha sampai sekolah, Imani masih di tapak perhimpunan.. Bersungguh dia melompat dan melambai nak bagi Sha nampak dia.. Imani minta tinggalkan dekat kedai buku yang letaknya betul-betul tak jauh dari tapak perhimpunan.. Sha pun tinggalkan jelah baju tu kat kedai buku dan masuk semula pejabat.. Adoilah anak.. Sabar jelah menengoknya..
mujur sempat sampai bajunya...
ReplyDeletemujur sempat sampai bajunya....
ReplyDeletedrama di pagi hari..biasa tu..anak2 kannn
ReplyDeleteKadang nak marah...tapi x sampai hati kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur dapat meberikan kebahagiaan kepada anak..cuba bayangkan jika tertunai..menangis anak kita tahu kan..ibu mithali...tahniah
ReplyDeleteSama macam ramai customer Taufik.... Dalam jam 10 malam nak print kerja sekolah anak.....last minit baru beritahu ada kerja sekolah kena print.... Taufik dah faham daa hihihi
ReplyDeleteBaju Koko itu baju yg biasa dipakai lelaki saat sholat Jumat kalo di sini. Di sana seperti apa ya kak? Atau adik imani ini lelaki kah?
ReplyDeleteOwh.. kalau disini, baju koko tu baju rasmi/sukan untuk aktiviti Kokurikulum yang biasanya akan dijalankan pada setiap hari rabu.. Aktiviti Koko tu termasuklah sukan, permainan, persatuan, dan badan beruniform.. Imani ini perempuan dan baju yang Sha hantar pada dia tu baju tshirt Puteri Islam warna pink dan tudung pink dipakai bersama seluar sukan rasmi sekolah..
DeleteSemoga di mudahkan urusan ya
ReplyDelete