Monday, August 4, 2025

Pautan Buku Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Meh Sha kongsikan dimana selalunya Sha baca ebuku yang Sha kongsikan dalam blog Sha ini.. Sebelum anda ke laman sesawang Elib, anda perlu mendaftar dengan UPustaka terlebih dahulu.. Setelah mendaftar, barulah anda boleh akses laman sesawang Elib menggunakan email dan password yang anda daftarkan di UPustaka tadi.. Untuk membaca pula, anda perlu memuat turun aplikasi eSentral dan kemudian daftar masuk menggunakan email dan password yang sama anda daftarkan di UPustaka tu.. Selain dari Elib ini, ada banyak lagi pangkalan data yang anda boleh akses di UPustaka ini..

Laman sesawang u-Pustaka - https://www.u-library.gov.my/

Semua elib yang ada tulisan Allows Public Access di bahagian atasnya, anda boleh akses dan pinjam.. Cuma untuk National Library of Malaysia tu ja boleh akses tapi tak boleh pinjam..

Anda boleh memuat turun melalui Google Play.. Logonya berbentuk e tu.. Selain itu anda juga boleh membeli ebuku melalui laman sesawan eSentral.. Akses menggunakan email dan password yang sama anda daftarkan di uPustaka tadi..

Satu lagi aplikasi yang Sha gunakan untuk membaca ialah Oakbee Buffet.. Aplikasi ini anda boleh muat turun melalui Google Play dan kemudian akses menggunakan email dan password yang anda daftarkan di uPustaka.. Melalui uPustaka tu, anda pergi ja ke bahagian eSumber dan klik Pangkalan Data, cari gambar diatas dan ikut ja panduan yang diberikan..

8 comments:

  1. Menarik juga ni boleh tambah ilmu pengetahuan dengan membaga secara online.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian info :)

    ReplyDelete
  3. banyak platform sha... 💖💖

    ReplyDelete
  4. Salam singgh, salam subuh di Sabah..ni nak cuba ni..nak tanya berbayar tak daftar uPustaka ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Upustaka ini percuma sahaja pendaftarannya..

      Delete
  5. eSentral tu pernah ada tp entah tiba2 tak boleh guna. Kene buat semula ikut step yg Sha kongsi ni. Tq

    ReplyDelete
  6. Saya pun pakai elibrary yg begini, tp yg Indonesia punya. Cuma tuhlaah kak, kadang mata tak sanggub baca sering ebook 😅. Saya memang msh prefer baca buku fisik

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..