Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha pakai kad sim dari telco YES ini sejak Januari 2021.. Sha dapat kad sim ini secara percuma melalui shopee.. Masa ini memang berbaloi sangat pakai telco YES ini.. internet percuma ja dari shopee.. Lagi banyak beli di shopee, lagi banyaklah internet yang dapat tapi lepas tu dia letak maksimum jumlah internet.. Masih okaylah pada Sha.. Tapi lepas tu dah tak ada dah internet percuma dari shopee.. Jadinya masa cuti sekolah, Sha suruh anak-anak guna internet sedia ada dalam YES tu bagi habis.. Supaya Sha boleh tukar ke Tunetalk.. Sha pilih Tunetalk sebab Sha rasa tawaran internet dia paling murah, banyak dan line stabil setakat ini di tempat Sha.. Lepas-lepas ini kalau bermasalah kita fikir lain.. kikiki.. Kad sim ini Sha jadikan hotspot di rumah untuk kegunaan anak-anak belajar dan buat kerja sekolah.. Zaman teknologi ini, memang kena ada juga internet dan komputer dirumah, kalau tak memang ketinggalanlah jawabnya.. huhuhu..
06 Januari 2026, Sha buat permohonan tukar telco YES ke Tunetalk melalui aplikasi Tunetalk dan Selasa (07.01.2026) kad simnya selamat dihantar kepada Sha menggunakan Gdex.. Lajukan.. Mestilah laju, kos penghantara RM10 kot.. kikikiki.. Tapi tu lah, tak boleh nak pakai nombor YES tu, dia suruh pilih nombor lain.. Makanya Sha ambil nombor belakang yang sama dengan nombor lama Sha.. Port in kejap ja tak sampai 24 jam pun..
Dua-dua nombor duduk dalam satu apps yang sama sebab berdaftar atas nama Sha..
Ini adalah sebab kenapa Sha tukar ke Tunetalk.. Plan RM35 dapat internet 150gb, cukuplah untuk anak-anak guna sebagai hotspot di rumah untuk buat kerja sekolah..
Tengah mencari telco yang sesuai juga di rumah kerana guna Digi sekarang tetapi internet slow sangat. Guna Maxis tetapi rasa agak mahal dan kadang ada juga masa line slow. Sukar nak buat pilihan.
ReplyDelete