Tuesday, February 3, 2026

4 Tahun di HSR

Assalamuakum..
Hye semua..

Empat tahun berkhidmat sebagai pembantu pustakawan di HSR mengajar Sha bahawa perpustakaan bukan sekadar ruang sunyi penuh buku, tetapi nadi kecil yang menyokong warga hospital.. Di sinilah bahan bacaan menjadi teman menunggu, sumber rujukan untuk kakitangan dan ruang rehat minda di tengah rutin kerja yang mencabar.. Setiap tahun membawa pengalaman baharu daripada mengurus koleksi, membantu pengguna hinggalah memastikan perpustakaan sentiasa teratur dan kekal relevan di zaman serba canggih ini.. Tahun keempat ini menjadi saksi kematangan dalam tugas, kesabaran dalam perkhidmatan dan komitmen berterusan untuk memberi yang terbaik walaupun dari ruang yang sederhana ini..

Semoga tahun 2026 ini akan memberikan lebih banyak memori dan kenangan yang baik-baik.. 

Kenangan melapor diri di KKM, Putrajaya..

5 comments:

  1. Semoga terus dipermudahkan urusan kerja di masa akan datang

    ReplyDelete
  2. 2022 tu 1st lapor diri ke sis? sama macam librarian yang dekat Selayang nie la, tapi dah pindah ke TLDM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st lapor diri di KKM.. kalau sebagai Pembantu Pustakawan, ini second penempatan Sha..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..