Assalamualaikum..
Hye semua..
Lama jugalah tak melakukan aktiviti senaman ini.. Bila dah di tegur, nak tak nak kena jugalah bersenam.. Usia pun dah makin meningkat, memang kena jugalah bersenam.. Itupan lambat juga kami keluar, jemur baju dulu.. Sha ajak Amani dan Imani sekali.. Encik suami ada kerja nak buat.. Kami pusing dalam kawasan Politeknik ja.. Dapatlah dalam 40 minit..
Bertiga ja kami.. Mula jam 7.32 pagi sampai 8.15 pagi..
Separuh jalan baru terfikir nak buka aplikasi ini.. Jadilah untuk permulaan..
Lepas senam, Sha bawa anak-anak makan roti canai.. Lama jugalah diorang tak ke kedai ini..
Singgah jugalah Zus, Amani nak Mango Creamy dan Imani nak Matcha Latté.. Lepas tu dapat air mineral Zus percuma, pelekat dan tag untuk straw tu..
Kadang2 malas nak bersiap keluar tu yang malas nak bersenam kan.
ReplyDeleteSemoga akak sihat selalu ya!
ReplyDeleteBukan senang nak paksa diri bersenam tuu. Cuya pon tak bersenam, cuma harapkan buat kerja rumah sahaja. Hehe