Tuesday, June 2, 2026

Coretan 02 Jun 2026

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Sha tetap teruskan misi briskwalk Sha walaupun langit kelihatan gelap.. Mula tu Sha ingat jerebu.. Sekali memang nak hujan.. Pertama kalinya Sha nampak awang gelap bergerak.. Memang mengujakan.. Sempatlah Sha rakam video awan bergerak.. separuh jalan gerimis mula turun, tetaplah Sha dan Amani teruskan perjalanan sampailah hujan mula lebat.. Bertempiaran Sha dan Amani berlari balik.. hahaha.. Pengalaman betul.. 

Langit dah mula gelap..

Sha kongsikan video awan bergerak.. Kalau korang perasanlah.. 

Masa Sha ambil gambar ini, dah mula gerimis..

Jarak pendek dan langkah tak banyak tapi tetap berjaya buat.. Seronok sebenarnya bila keluar waktu pagi.. Tambahan pula masa cuti ini, orang tak ada.. Jalan tenang tanpa kereta dan manusia.. Memang relaks ja rasa..

PRAN Oh Cake Banana Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila masuk ja ECO Shop mesti cari makanan baru yang tak pernah cuba.. Kali ini Sha jumpa kek comel macam kek Apollo tapi jenama PRAN.. Kek pisang dengan pembungkusan yang sangat menyerlah, jadinya kita ambillah sebungkus.. Buat rasa-rasa.. Okaylah kek dia.. Bau dan rasa pisang tu ada tapi lebih ke arah perasa tiruan.. Tapi okay ja bukannya nak makan selalu atau hari-hari.. Sedikit manislah untuk lidah Sha..

PRAN Oh Cake Banana Flavour - RM2.60

8 pek comel dalam dia..

Kemain menyerlah warna kuning kek tu.. 1 pek ini 16g ja..

Monday, June 1, 2026

Coretan 1 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lembik lutut rasanya sebab jalan terlalu banyak semalam.. Tapi tetaplah Sha gagahkan diri berjalan pagi ini.. Cumanya kena tukar route.. Tiba-tiba ada anjing 3 ekor berkejar-kejaran dekat laluan yang selalu Sha dan Amani guna untuk briskwalk.. Seram.. Jadinya kita lalulah route lain demi keselamatan diri..

Tetaplah dapat buat lebih 30 minit.. Jaraknya tak adalah jauh, dalam 3.07km sahaja.. Tapi langkah kakinya dapatlah 4038..

Sejuk hati tengok langit..

Pagi-pagi inilah pemandangan yang Sha suka..

CP Beef Burger with BBQ Sauce

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha cuba burger daging fengan sos BBQ ini.. Sedap juga.. Walaupun saiz dia taklah seperti yang dipamerkan pada bungkusan tapi masih okaylah pada Sha.. Ngam ja makan bila nak cepat.. Koyak ja sikit bucu plastik, masukkan dalam microwave lebih kurang 30 ke 40 saat, dah boleh makan..

CP Beef Burger with BBQ Sauce (115g)

Okaylah saiz daging dia.. Sos bbq tu pun ngam ja dia bubuh dekat ke dua-dua bahagian.. Daging dia lembut ja.. Senang nak kunyah.. Okaylah..

BookDoc Challenges - Munich, Germany

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sertai cabaran dekat BookDoc ini pada 7 Mei 2026.. Gigih jugalah berjalan kaki walaupun tak lah berjaya setiap hari.. Sha usaha juga turun naik tangga dekat hospital tu demi memenuhi langkah dan menjaga kesihatan.. Cabaran ini Sha sertai sebagai pembakar semangat.. Awal-awal tu macam nak mengalah tapi bila berjaya sampai destinasi pertama iaitu Nymphenburg Palace tu, terus rasa semangat nak sampai ke destinasi lainnya..

Walaupun dia bubuh situ Virtual Run tapi Sha buat briskwalk ja.. Kalau lari, tak tahulah ke mana perginya..

Berjaya sampai Nymphenburg Palace pada 13 Mei 2026, 4.33 petang..

Yeah!! Sampai juga ke destinasi kedua iaitu Marienplatz & New Town Hall pada 19 Mei 2026, 9.49 pagi..
Berjaya dapat silver medal pada 22 Mei 2026.. Silver ini untuk yang dah lengkapkan separuh perjalanan.. 


Sha dah sampai Frauenkirche pada 24 Mei 2026, 7.41 pagi..

Berjaya sampai checkpoint yang terakhir iaitu BMW Welt & BMW Museum pada 29.05.2026 dengan 81488 langkah dari 100000 langkah..

Yeah!! Berjaya juga semalam Ahad (31/05/2026) Sha tamatkan 100000 langkah ke Munich!! Walaupun saat-saat akhir namun tetap sukses..

Dapat juga Gold Medal ini.. Buat pertama kalinya.. Makin bersemangat nak sertai cabaran..

Sha tamatkan cabaran Munich ini dengan 103627 langkah..

Hari ini 01 Jun 2026 Sha dah mulakan cabaran baru di BookDoc.. Jom guys..