Sunday, June 21, 2026

Tong Garden Sunflower Seeds: Coffee Caramel Flavoured

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mantaplah rasa kopi dia.. Memang padu bukan setakat rasa di kulit tapi isinya juga.. Sha suka betul bila beli kuaci yang berperisa macam ini, kuaci tu terasa pada keseluruhan kulit dan isi.. Ada sesetengah tu, rasa dia pada kulit ja.. Bila rasa tu ada pada keseluruhan kuaci dan isi, kita makan pun best.. Tambahan pula Sha memang suka kopi.. Memang boleh beli lagilah kuaci ini.. Sha suka makan separuh-separuh.. Bukan sekali hadap.. Sha beli dekat pasaraya Econsave..

Tong Garden Sunflower Seeds: Coffee Caramel Flavoured (120g) - RM3.75

Dapatlah sebekas comel.. Kejap ja habisnya..

2 comments:

  1. murah je satu pek, lepas ni boleh borong banyak sikit hehe

    ReplyDelete
  2. Kuaci pun ada perisa kopi, ya. Pertama kali tengok ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..