Assalamualaikum..
Hye semua..
Lama tak beli Zus.. Pagi tadi sajalah tengok apps Zus.. Eh!! Ada promosi baru.. Makanya jomlah kita beli untuk diri sendiri.. Kinda Adult Meal ini dia bagi 7 pilihan makanan termasuk 3 makanan baru.. Air pula ada 10 pilihan.. Lepas tu satu mainan.. Harga dia RM34.90 dan tak dapat cup count.. Dapat point ja.. Nasiblah Sha dah tak obses nak kumpul cup count tu.. Beli pun suka-suka ja sekarang ini..
Dapat paperbag Zus yang cantik.. Dapat juga straw dan cup sleeve..
Dalam box tu ada makanan dan mainan..
Sha beli Cheesy Sausage Roll.. Sedaplah.. Lupa pula nak ambil gambarnya.. kikiki..
Air nya Sha pilih Buttercreme Latte.. Ini ja pilihan air yang kena dengan Sha.. Sha guna tumbler sendiri..
Kalau dapat yang secret tu, memang cunlah tapi kebarangkalian tu agak mustahil..
Isi dalam kotak tu.. Sha dapat Choco Chipster.. Mainan tu kita kena cantum-cantumkan dia.. Tengok kad tu, dah boleh tahu kita dapat apa.. Tak payah susah-susah nak buka bungkusan tu.. kikiki..
Setelah dipasang.. Comelkan.. Cumanya mainan tu dia terpisah dari meja tu.. Kalau bercantum, Sha rasa lagi cun..
chomeyy je., hehe
ReplyDeletekat threads dah viral jugak ni. awal2 hari tu Cie tengok dah kat apps Zus. cepat je habis ni nanti.
ReplyDeletecomei sgt.. MA dpt blue buddy
ReplyDeletebetul..kalau bercantum semua sekali lagi nice & senang nak display kot
Biasa pergi zub beli coffee sahaja tak pernah nak tgk benda lain atau free gift tu hahaha.. rasa lepas ni nak kena usha usha juga lah hihii
ReplyDeleteComel la mainan zus tu...Saya suka CEO or spanish latte...
ReplyDelete