Thursday, July 16, 2026

CP Chicken Roll

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asalnya Sha nak beli Chicken Popcorn yang memang hanya dijual di 99 Speedmart tapi habis pula.. Sudahnya belilah Chicken Roll ini selepas bertanya dengan anak dara Sha.. Imani yang minta beli sebab nak bawa bekal ke sekolah.. Penatlah juga asyik menyinggah 7E ja kan.. kikiki.. Penat menunggu sebenarnya, sebab lamakan diorang nak masak makanan yang goreng-goreng tu..

Jadinya kita beli ja 1 pek ini.. Lepas tu Sha asingkan dalam pek kecil lain untuk sekali masak.. Ayam gulung ini dalam dia ada sayur-sayuran tau.. Ada lobak merah, cendawan dan jagung.. Lepas tu di balut dengan fucuk dibahagian luar dia.. Memang sedaplah.. Anak-anak suka, Sha senang hati.. kikiki.. Cuma hargalah, keras sikit..

CP Chicken Roll (550g+100g) - RM13.90

Adoilah, tergelap pula.. kikiki..

7 comments:

  1. speedmart dekat rumah saya dah tutup, kalau tidak boleh juga pergi cari..haha

    ReplyDelete
  2. suka ni...fav ...tp packaging baru ni makin kecik...lama tk beli

    ReplyDelete
  3. Kelmarin singgah 99 ni nampak banyak stok produk CP.

    ReplyDelete
  4. Ya sedap ni. Kat sini susah betul nak ada stok.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..