Friday, July 3, 2026

👣 Jejak Sihat | Rabu - Jumaat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Julai Sha bermula dengan cantik.. Langkah kaki berjaya dapat sehingga 10 ribu.. Gagah jugalah turun naik tangga dekat hospital tu supaya langkah kakinya banyak.. Tapi ada juga kejadian kelakar.. Semalam walaupun dah agak lewat sampai rumah lepas ambil anak, Sha tetaplah briskwalk.. Tapi langkah kaki Sha semalam tak direkodkan sebab Sha tersalah tekan.. kikiki.. Senam tetap senam.. Berjayalah juga berjalan walaupun tak direkodkan..

Ini langkah kaki Sha pada hari Rabu.. Sha tambaha laluan supaya dapat lebih kilometer...

Khamisnya Sha briskwalk lebih 30 minit tapi Sha tertekan aktiviti berbasikal.. Makanya dia tak rekodkan langkah Sha.. Sha dapat masa dan kilometer ja.. Tapi tetaplah dapat 10 ribu langkah.. Sambung beraktiviti dalam rumah..

Ini langkah kaki Sha pagi tadi.. Alang-alang Sha bercuti hari ini, makanya lepas hantar anak ke sekolah Sha pun briskwalk.. Sempatlah Sha pusing-pusing di padang bola sepak dan padang woodball demi mengelakkan manusia yang mula menuju ke tempat kerja.. Balik tu jenuh buang kemuncup dekat seluar.. kikiki..

5 comments:

  1. Terbaekkkk arr Sha..
    Keep going wokayyy.. moga sihat selalu

    ReplyDelete
  2. Kita ada jgk melangkah tp melangkah dari opis ke kereta je la hehe

    ReplyDelete
  3. waaaa konsisten betul akak... cayok2

    ReplyDelete
  4. Google fit tu kan? Ada masa tak accurate kiraan steps tu. Cie pakai huawei health & google fit ada masa GF tu rekod banyak, ada masa sikit. Macam tak konsisten je Cie punya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..