Monday, July 23, 2012

Amalan semasa mengandung

Assalmualaikum... selamat pagi...

Sekadar ingin berkongsi, untuk manfaat kita bersama... hehehe...
      Setiap dari kita pasti menginginkan anak yang soleh dan solehah, cantik dan kacak, bijak pandai, sehat dan sempurna sifatnya. Bagi memperolehi apa yang dihajati kita hendaklah rajin mengamalkan petua-petua dan amalan-amalan yang menepati ajaran Islam..
      Setiap kandungan itu berbeza pengalamannya.. Ada yang mudah dari anak pertama hinggalah yang seterusnya.. Ada juga yang agak teruk alahannya dan ada juga yang berbeza-beza untuk setiap kandungan.. Saya merasai kandungan pertama dengan perasaan teruja dan alahan yang agak biasa-biasa sahaja.. Loya-loya di pagi hari.. Ada makanan yang tidak boleh diterima tekak.. Namun kebanyakkan makanan tekak saya boleh terima.. Saya juga aktif seolah-olah ytidak mengandung... Cuma agak flat apabila petang.. Semasa melalui proses bersalin juga Alhamdulillah anak saya keluar dengan mudah mungkin keranan amalan yang saya lakukan.. Cuma menanti bukanya pintu rahim sahaja yang agak derita sedikit... hehehe... Pengalaman yang sangat manis...

     Antara amalan yang saya lakukan semasa saya mengandung ialah :
  • Minum susu Anmum Materna (tidaklah setiap hari kerana saya tidak menggemari susu)
  • Membaca Surah Maryam, Surah Yuusuf, Surah Luqman, Surah al-Fatihah, Surah Yaasin dan Surah Kursi..
  • Saya juga rajin berbual dengan kandungan saya kerana mengikut kata orang tua anak dalam kandungan kita itu dapat merasai apa yang kita rasa dan memahaminya...
  • Saya juga selalu membisikkan pada kandungan saya kata-kata seperti "Anak emak, masa nak keluar nanti keluarlah dengan cepat ye.. Jangan menyakiti emak ye.. Keluarlah dengan mudah ye sayang.. Keluarlah bila dah sampai masanya." Ini saya dapat dari orang tua-tua..
  • Saya juga rajin makan buah-buahan..
  • Makanan-makanan yang panas, tajam dan tidak elok untuk kandungan seperti Nenas, Tapai, Tebu, Durian(yang nie ada lah seulas dua sahaja yang saya makan untuk melepaskan hajat) dan yang seangkatan dengannya langsung tidak saya jamah..
    Selain itu, kita juga boleh memasang ayat-ayat suci Al-Quran dan alunan-alunan zikir semasa dirumah, dipejabat mahupun di dalam kereta.. Xyah la nak ikut sangat orang barat ye... Ikut cara Islam itu lebih baik. Selain itu, ada juga surah-surah tertentu yang boleh kita amalkan untuk mendapatkan anak yang bijak pandai, kuat iman, kuat agama serta untuk menambah susu badan..

1) Untuk banyak susu : Al Hujuraat

2) Untuk anak kuat iman : Al Ikhlas

3) Untuk anak bijak / nak jadi saintis / dokto r: Ayat2 yang ada kaitan dgn penciptaan alam maya: cthnya: Surah al Ghaasyiah.

4) Kuat agama / ulamak : Ayat2 yang ada kaitan dengan ulamak. Cthnya: Ayat 28 Surah Faathir.

petikan diatas diperolehi dari laman ini.

    Semuanya bergantung kepada usaha kita... Usahalah dan sekiranya memang itu yang Allah kehendaki maka itulah yang terjadi... Selamat mencuba..

Tuesday, July 17, 2012

Azam Ramadhan 2012

      Ramadhan akan tiba x lama jer lagi... Apa perasaan kengkawan... Ada azam x untuk Ramadhan kali ini..?? Saya punya azam yang sangat besar iaitu tidak ingin membazir.. Berjayakah saya???

UPDATE : Maaflah, lambat lak updatenye.. hehehe.. Alhamdulillah berjayalah jugak.. sebab xle nak puasa sebenarnya.. Alahan mengandung.. Makan pun xbanyak.. jadinya xde lah beli banyak.. hehehe..

Wednesday, July 11, 2012

Tanda-tanda Awal Kehamilan

Assalamualaikum... selamat pagi semua...

          Pagi yang indah, sejuk dan permai.. hehehe... cam dah lari tajuk jer.. Pagi nie nak cite pasal tanda-tanda awal kehamilan.. Lain orang lain tandanya... Setiap ibu punya pengalaman yang berbeza... Disebabkan itu saya nak cite mengenai pengalaman saya dahulu... Awal-awal kehamilan saya dapat rasa perubahan pada fizikal saya.. Badan semakin berisi, lepastu badan saya cepat penat dan lesu.. Mood pun kacau bilau jer.. hehehe... perubahan yang paling ketara pada nafsu makan... kadang-kadang sangat berselera, kadang-kadang xlalu langsung nak makan... Pastu pagi mesti loya ngn muntah-muntah... Yang nie memang biasa r.. hehehe... yang paling terasa bila payudara cam membengkak dan puting jadi sensitif... Ini semua tanda-tanda awal kehamilan... bila dah rasa camni leh r wat ujian kehamilan sendiri ataupun kat klinik.. Biasanya saya wat sendiri je kat umah.. Beli Kit Ujian Kehamilan kat farmasi atau kedai ubat pastu balik wat kat umah.. Kena ikut arahan betul2 tau.. Kalau nak result yang tepat buat awal pagi.. bangun jer tido sebelum mandi wat dulu test tu.. InsyaAllah keputusan 99% sah.. hehehe...

Kalau nak tgk tanda-tanda awal kehamilan dekat laman-laman sesawang nie pun ada, seperti :-

a) Dari laman Petua Nenek
b) Dari laman mamamurai
c) Dari laman web Alam Hamil ada 10 tanda awal kehamilan iaitu:

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan... TAHNIAH!!!

         Dan banyak lagilah.. Google je, mesti keluar punya.. hehehe... Tapi kadang-kadang, walaupun ada tanda-tanda seperti di atas anda tak juga mengandung tu dipanggil False Alarm.. hehehe... Jangan marah, Usaha lagi.. mungkin belum rezeki... Apapun sekiranya anda mengandung, TAHNIAH!!!, sekiranya belum selamat berusaha dan berusaha dan berusaha... dimana ada usaha pasti akan ada jalan ke arah kejayaan.. hehehe....
        Semoga boleh dijadikan panduan...

Sunday, July 8, 2012

Jalan-jalan pergi Shopping

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam berjaya melaksanakan misi untuk bershopping walaupun terdapat beberapa gangguan... hehehe.. Biasalah, bila bawak anak kecik yang x brape nak sehat pasti akan mengganggu aktiviti membeli-belah... Alhamdulillah, walaupun terganggu tetapi misi berjaya... Memang rambang mata.. murah-murah, cantik-cantik, menarik-menarik dan juga berbaloi-baloi..

Kalo nak membeli memang sangat berbaloi.. Sebab macam-macam jenis pilihan baju ada.. Dari usia sekecik-kecik budak sampeylah setua-tua manusia.. hehehe... dari baju pompuan ke baju lelaki.. Tapi x dapat nak survey sume tingkat.. nak cepat...

Patutlah owg meniaga pakaian untung n masyuk... baru den tau.. ambik dengan harga borang mmg sangat2 murah... (kalo nak tau kat mana sila klik sini)

Aku berjaya membeli 3 pasang jubah dan sepasang baju kurung readymade dengan harga RM219... Untuk Amani pulak 2 pasang gaun, sepasang baju tido, 3 helai t-shirt dan 3 helai seluar dgn harga lebih kurang RM100.. pueh hati den.. Adik lak dapat beli 20 helai tudung 2tones (Bawal) dengan harga RM100.. 3 pasang baju kurung dengan harga RM187.. Pergh.. kalo bawak banyak duit mmg sewonok sangat shopping... tp tu r tudung yg den nak xde.. hahaha... Pastu jubah untuk amani jer den x jumpa.. anak den kan tinggi dah sesuai pakai jubah dah.. hehehe...

Friday, July 6, 2012

Mau Jalan-jalan pergi shopping

Esok pagi nak gi shopping ngn adik2 n amani.. hehehe... kumpul duit dah lama... semata-mata nak gi shopping esok.. harap-harap ada la baju-baju yg diidam-idamkan.. hehehe... Tempat yang dituju ialah Kenanga Wholesale City... Alamat seperti di bawah... hehehe... tempat nie mmg heaven r.. adik dah gi.. kalo nak berniaga mmg best r.. dia jual borong kan.. kalo nak pakai sendiri pun boleh gak tapi kena gi reramey baru r le beli secara borong.. hehehe...

Nanti saya upload gambar disane.. hehehe...




8.01, Kompleks Kenanga Wholesale City, No.
Jalan Gelugor, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
03-9221-8081

Kalo nak tau detail pasal tempat nie sila klik sini.

Kesabaran yang menipis

Assalamualaikum...

Lama dah rasenye tinggalkan blog nie bersawang-sawang... berlumut-lumut... xsempat nak bersihkan dan menjeguk... arini baru ada kesempatan... menaip di dalam keadaan yang sangat bising... (Opis tgh renovate lantai... macam-macam bunyi ada... dengan sore pekerja memekik-mekik dan bunyi mesin... huhuhu sangat runsing..)

Nie nak luah perasaan sebenarnya... dah lama nak cite pasal servis Pizza Hut kat Tanjung Malim nie tapi rase cam ok lagi r.. Tapi arinie mmg dah xle nak tahan... menunggu dah la lama... yang menyakitkan ati tu 4 meja yang dtg selepas kami tu elok jer dapat pesanan makanan... siap ade yg dah settle makan lagi.. kalo sume orang pun menunggu cam kami xpe la jugak.. nie kami jer... disebabkan dah xle nak tahan, yellah dah satu jam kan.. jap g nya nak masuk keje lak.. kami terus ke kaunter untuk buat bayaran.. masa kat kaunter nie aku cakap r aku just nak bayar untuk satu hidangan saje dan servis charge aku xnk bayar..

Ingatkan meja aku jer problem rupanya ada satu lagi meja pun same gak.. diowg lg r dari kul 12.30pm xdapat-dapat gak.. apa lah salahnya kalo dia maklumkan bg tau pesanan yg kami minta tu lambat sebab diowg tgh wat pesanan pizza salai tu kan senang.. xe la kami angin... diorang pun x tension.. ini x nak maklumkan.. memang x r.. Servis teruk tapi still cas kat dalam bil.. camne tu?? kenapa ye Pizza Hut nye servis camtu... adik aku cakap masalah kat dapur die.. kalo dapur problem abis r.. betul gak.. bukan patutnya diowang masak by order ke.. ini x masak ikut suke hati jer.. pelik bin ajaib betol.. tapi pengalaman aku, bukan takat Pizza Hut Tanjung Malim jer masalah.. kebanyakkan Pizza yang aku pergi mmg camtu.. yang dah pernah terkena kat Pizza Hut Jusco, Ipoh... Pizza Hut Manjung.. Pizza Hut KLCC... Pizza HUT Bukit Bintang, KL.. Tapi ada jugak yang servis dia ok.. Aku makan kat area Kl tp aku x ingat nama tempatnya.. sebab tu lah sekali jer aku makan... hehehehe.. Pengalaman korang??