Shoplinks.Asia

Wednesday, August 5, 2015

Segmen: Kuih Raya Kegemaran Saya

http://www.dayanazahari.com/2015/07/segmen-kuih-raya-kegemaran-saya.html#.VcJwuPlViko

Image result for batang buruk
Assalamualaikum... Salam Lebaran..
Bercerita tentang kuih feveret sebenarnya ada banyak.. Tapi yang paling saya suka dah tentulah
Batang buruk.. Dulu kini dan selamanya.. Versi tradisional ye.. bukan yang gunakan kulit opia tuh...

Info Mengenai Batang Buruk : Dari Wikipedia
Kuih batang buruk merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang di goreng.
Nama kuih batang buruk kemungkinannya disebabkan dari rupanya yang berbentuk batang pokok tetapi diselitupi dengan serbuk kacang hijau menjadikannya seperti kayu buruk. Dari rupanya, ia digelar batang buruk. Semasa membentuk doh, biasanya batang daun betik digunakan bagi membentuk doh silinder.
 
Resepi Batang Buruk
Bahan-bahan:
600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula (kisar)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:
1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang.
5. Potong kecil dan goreng.
6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

Kredit Resepi : Resepi Biskut

14 comments:

  1. CP setiap tahun buat bisnes batang buruk ni..nanti boleh la order hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..boleh2..meh nk order tester.. hehehe..

      Delete
  2. Raya hari tu tak jumpa pun batang buruk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala..cian zumal..umah sha ada lg nie..mehla dtg beraya..

      Delete
  3. Good luck..

    http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/08/segmen-kuih-raya-kegemaran-saya.html

    ReplyDelete
  4. Assalam sha,
    emmmmm
    dah lama tak makan batang buruk
    teringin la pulop
    puuuungggaaaahhhh he3

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI