Tuesday, October 27, 2015

Nasi Goreng Kimchi

Assalamualaikum..
Sebelum ini sha ada share pasal Kimchi yang sha belikan.
Sha juga ada berkongsi resepi menggunakan Kimchi iaitu Ayam Pedas Kimchi.
Kali ini sha nak share resepi nasi goreng pula, juga menggunakan Kimchi.

Nasi Goreng Kimchi
Bahan-bahannya
Ayam dipotong kecil (Ikut suka nak bubuh banyak mana)
Seulas Bawang merah dihiris
4 ke 5 tangkai Cili padi
1 sudu besar Cili giling
2 sudu besar kimchi
1 biji telur
Sepinggan nasi
Sayur-sayuran (saya guna kobis dan juga sawi)
Mentege Adele untuk menumis
Sesudu kecil gula perang
1 sudu besar cili sos

Cara Memasaknya:-
1. Cairkan mentega, masukkan ayam.
2. Setelah ayam separuh masak,masukkan bawang dan cili padi. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan cili giling dan tumis. Kemudian masukkan sos cili sesudu dan juga gula perang. Tumis lagi. Kemudian masukkan kimchi.
4. Masukkan sayur-sayuran, kacau sehingga layu dan pecahkan telur.
5. Kacau sekejap bagi kering, kemudian masukkan nasi. Kacau rata, siap dimakan.

Antara bahan-bahannya




9 comments:

  1. cam mana rasanye ek..
    masakkan tuk el sekali lah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dia aweaome gila.. pedas, masam dan manis.. hehehe.. boleh je el, meh dtg umah..

      Delete
  2. menarik jugak kan ... jd nasi goreng jeruk pedas kobis ...hehehe

    ReplyDelete
  3. perghh marbeles la.. nak sikit..=D

    ReplyDelete
  4. mcm sedap tp x penah rs lg kimichi tu cmna

    ReplyDelete
  5. Terliur tengok mcm sedap jah ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..