Friday, June 30, 2017

Circle : Two Worlds Connected (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak tengok drama.. so layan drama misteri dan sains fiksyen lak..
Masa baca sinopsis dia, macam menarik je..
Episod dia sikit je.. Ada 12 episod..

Drama ini ada dua bahagian..
Bahagian satu pada 2017..
Bahagian dua lak pada 2037..
Mengenai penjajahan makhluk asing..
Kunci dia pada watak perempuan yang muncul mula-mula masa drama ni start..

Cerita ini kena tengok betul-betul tau..
Sebab dia buat separuh-separuh untuk tiap episod..
Maksudnya dalam satu episod tu ada dua bahagian..
separuh masa yang pertama bahagian 1 tahun 2017,
dan separuh masa yang kedua pula bahagian 2 tahun 2037..

Suspen betul cerita ini.. Memang mengganggu jantung..
Cerita sains fiksyen.. Usaha nak halang memori manusia..
Kawal emosi manusia.. Memang stress owh nengoknya..
Tapi best.. Lain dari yang biasa kita tengok..
Sha suka.. Pelakon-pelakon dia pun ohsem..




Ubat Cacing

Assalamualaikum..
Hye semua..

Anak korang makan tak ubat cacing?
Anak Sha Amani makan ubat cacing masa sekolah PASTI..
Masa umur dia 4 tahun..
Imani pun ada dapat.. Tapi dia bagi ubat biji..
Memang taklah sikecik tu nak makan..
Lepas tu kami pun lupa..

Dua minggu ini, Imani kurang makan..
Asyik minum susu je..
Kalau makan pun 2,3 suap sahaja..
Bila balik kampung, opahnya bisinglah..
Kami pun carilah ubat cacing yang jenis cecair..
Mujurlah Imani okay je minum ubat tu..
Terus minum dari botol..
Sebab satu botol tu memang untuk satu dos.. sekali minum..

Harapnya selera dia okay baliklah..
Susah hati juga bila dia tak mahu makan..
Badan dia susut sikit..



Kuih Raya 2017

Assalamualaikum..
Hye semua..

Raya kali ini, Sha kurang makan kuih raya..
Tak ada yang berjaya menarik tekak..
Yang ohsem tetaplah laksa, lemang dan rendang..
Nasi berlauk, ketupat nasi dan kuah kacang..

Rumah Sha pun tak ada sangat kuih Raya..
Sha beli batang buruk, cookies, semprit dan  je..
Encik suami beli kerepek ubi..
Yang selebihnya kawan-kawan bagi..

 
Sedap betul coconut cookies nie..
Kalau tak ingat dunia, habis dah sebalang nie.
Jenuh dah cari tapi belum jumpa lagi..

 
 Ini kuih-kuih yang Sha beli..
Batang buruk tu memang tiap-tiap tahun beli.. Feveret..

Kuih ini pula ada orang bagi..

Alexa Ranking #7

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wargh!! Sedihnya..
Disebabkan tak ada update dari blog beberapa hari yang lepas..
Ranking Alexa Sha menurun untuk Malaysia..
Tak boleh nak update..
Line internet sopan santun sangat-sangat dekat kampung..
Sesopan gadis melayu zaman dahulu kala.. Hehehe




Thursday, June 29, 2017

Novel oleh Ebriza Aminnudin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel oleh Ebriza Aminnudin..
Tajuk buku ini Novel.. dengan tagline "Aku takkan mati!"

Cerita yang sangat menarik..
Kunci dia adalah Novel puaka..
Novel yang memakan nyawa manusia untuk terus bercerita..
Novel ini akan terus mencari mangsa sehinggalah jumpa watak utamanya..
Siapakah watak utamanya..
Kenapa novel ini muncul??
Apakah puncanya?

Ceritanya bergerak dengan penuh misteri sampailah muncul 7 watak..
Siapa sebenarnya yang jahat? Siapakah sebenarnya pemilik novel ini?
memang misteri dna penuh persoalan..
Namun rahsia terbongkar dihujung cerita..
Berjayakah watak utama dimiliki novel puaka ini?
Kenalah baca.. Mana boleh Sha bocorkan rahsia..

Setiap perbuatan ada pembalasan..
So kenalah berhati-hati..

Sha baca pada 25 Jun 2017 dan selesai pada 27 Jun 2017..

Raya 2017 #3

Assalamualaikum..
hye semua..

Yeah!! Dah raya ketiga..
Cuti pun dah berakhir..
Sedihnya.. Dah nak kena balik Poli..

Raya ketiga ini, pepagi lagi Sha dah gerak gi rumah abah..
Sha balik berdua je dengan Amani..
Saja teman dan sembang dengan abah..
Petang nak balik dah kan..
Tak ada siapa kat rumah..
Abah sorang je.. seronoklah dia main dengan cucu..
Dibelikannya spinner untuk budak berdua tu..
Sha stay umah abah sampai pukul 1..
Pukul 1 abah keluar dengan kawan dia ke Kuala Kangsar..

Sampai umah MIL, penuh tetamu..
Tetatu keluar masuk sampai pukul 3 lebih..
Raya kan.. kenalah ziarah menziarahi..
Tetamu dah reda, kami pun bersiap..
Kemas-kemas barang, solat siap-siap..

Gerak dari rumah MIL dalam 4 lebih..
sangkut jap dekat jambatan Kg, Gajah..
Dalam 15 minit camtu..
Lepas tu perjalanan lancar..
Yeah!! Sampai Poli pukul 6..
Terus gerak pergi Rasa, Selangor..

Nak tengok baby baru..
Adik perempuan Sha dah bersalin (25.06.2017 - malam raya.. operate)
Dapat baby boy.. Sha gi lah jenguk..
Sempatlah salinkan baju baby, bersihkan poopoo dia..
Nyusukan dia.. Wargh.. Rindu lak nak ada baby..
Otw balik singgah beli makan malam..
Sampai rumah, dah kepenatan..
Mandi, solat dan makan..
Pastu tidur.. Esok kerja wei..

Jem sikit kat Jambatan Kg. Gajah..
Tiap-tiap tahun (Raya) macam ini.. hehehe..

Membaca di Wattpad #4

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nama Aku Adam oleh maliamasrom
Menarik ceritanya.. 
Kisah seorang anak tak sah taraf yang bangkit membina kehidupan.. 
Dibantu oleh kawan-kawannya.. Pengajaran yang bagus.. 

Lintah oleh Illya Abdullah
Cerita ini sampai bab 10 je sebab penulis akan bukukan kisah ini.. 
Baca 10 bab inipun dah mengganggu jiwa raga.. 
Watak utamanya lintah,  makhluk yang paling sha tak boleh terima.. 
Tapi cerita dia best..  Cuma kena sabarlah untuk baca cerita penuh.

Tak dapat baca buku, kita baca online..
Janji membaca..
Jangan ditinggalkan budaya membaca ini..

Raya 2017 #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambung cerita Raya 2017..
Raya Kedua kami keluar ke TESCO Manjung..
Cari peralatan untuk baiki saluran paip rumah MIL..
Sambil-sambil tu shopping susu dan stoking Amani & Imani..
Cari barang dekat MR. D.I.Y, Tesco..

Singgah makan KFC dan tapau KFC sebab ada saudara jauh nak datang..
Buat tambah-tambah lauk..
Singgah farmasi cari Ubat MIL..
MIL makan lemang, kaki dia sakit..So kena cari ubat tahan sakit dia..

Balik je rumah, ada tetamu menanti.. Hehehe..
Rayakan.. Memang keluar masuklah tetamunya..
Sampai ke petang..
Lepas tu kami pula keluar ke rumah sepupu suami di Changkat Lada..
Balik je dah malam.. Tak sempat encik suami nak baiki saluran paip tu..
Memang keletihan dan terus berehat jelah..


Wednesday, June 28, 2017

Raya 2017 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Salam Aidilfitri semua..
Tahun ini giliran rumah MIL..
Tapi sha okay je sebab rumah ayah dekat.. Dalam 30 minit da boleh sampai..
Rutin Raya Pertama kalau kat umah MIL..

Pepagi masak rendang dan sup ayam..
MIL nak buat meehoon sup je..
Ada ketupat palas dan lemang 4 batang..
Kakak ipar bawa nasi impit dengan kuah kacang..

Lepas solat raya, gi umah adik MIL, sebelah rumah je..
Kemudian baru gerak gi rumah ayah Sha..
Salam-salam dengan Ayah, adik-adik dan ipar..
Baru gerak gi rumah saudara mara sebelah arwah ibu..
Dekat pukul 6 lebih gerak balik gi rumah MIL..

Rumah MIL, raya pertama memang penuh..
Ada je saudara mara dengan kawan-kawan MIL datang..
Memang meriahlah.. Malam kami tak kemana..
Duduk rumah je.. Kepenatan..
Lagipun ada tragedi..

Malam Rayalah dia nak buat hal..
Saluran air dekat bilik air tersumbat..
Jenuhlah encik suami baiki..
Sampai pukul 12 malam baru settle..
Itupun untuk separuh jalan je..
Sebab barang tak cukup kena sambung nanti..

 Tema kami sekeluarga #biru

Yang baju merah tu adik bongsu Sha dan isterinya..
Tahun ini kami beraya tanpa Ibu buat pertama kalinya..
Sebagai kakak yang sulung, Sha lah yang membantu adik-adik dari jauh..

Projek Seram Pokok oleh Ebriza Aminnudin, Aziah Zainal & Syasya Bellyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pokok merupakan buku kedua untuk tahun 2017 dan buku ke 14 dalam siri Projek Seram..
Projek Seram pokok menggabungkan 3 penulis wanita yang ohsem..

Megalomania oleh Ebriza Aminnudin
"Tiada iman, maka jiwamu milikku"
Cerita yang menarik dari sis Ebriza.. Mengisahkan sebuah keluarga yang berpindah ke rumah baru dan mengalami halusinasi.. Halusinasi yang mengancam nyawa mereka.. Berjayakah mereka melepaskan diri dari Halusinasi tersebut? Apakah punca sebenar Halusinasi yang dialami mereka?

Makkar oleh Aziah Zainal
"Jika percaya kata-katanya, maut padahnya"
Agak misteri dan mengerikan.. Bukan mudah tau nak memisahkan realiti dan fantasi.. Hanya kerana taksubkan seauatu yang tak patut,  banyak yang menjadi korban..  Sumpahan yang menakutkan.. 
Fabel oleh Syasya Bellyna
"Pabila pembisik kejahatan menyeru namamu, kau jadi tunggangannya"

Terlalu mempercayai kuasa lain selain Allah,  sudahnya hati yang bersih terpesong jauh.. Mujur ada yang memantaudan mengawasi.. Kejahatan bertemu kebaikan,  pastilah kebaikan menjadi juara.. Namun manusia itu akan sentiasa dipengaruhi,  hanya Allah menjadi pelindung sejati..

Ketiga-tiga cerita dalam ini berkesinambungan.. Penulis berjaya menggarap seolah-olah 3 cerita ini adalah satu cerita.. Tema Pokok ini juga sangat menarik dan unik..

Sha baca pada 22 jun 2017 dan selesai pada 23 Jun 2017


Mr DIY di Ayer Tawar

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Yeah!!  Dekat Pekan Ayer Tawar dah ada Mr. DIY..
Senanglah lepas ini..
Tadi pergi usha..
Best dan besar..
Tiga tingkat tau..
Setiap level barang tersusun cantik..
Memang puas hatilah.. 
 Lokasinya sederet dengan Klinik Samudera, Ayer Tawar.
Senang je nak cari..




 Pilihan kasut pun banyak.. Pergh!!

 
Kedai Mr. D.I.Y ini terletak satu deret dengan Klinik Samudera, Ayer Tawar..

Pulang ke Kampung

Assalamualaikum..
Hye semua..

#throwback cerita sebelum raya..
Disebabkan kekangan internet yang macam siput, makanya Sha memang tak sempat nak update apa-apa pun..
So untuk dua tiga hari ini,  kita throwback  jelah ye..
Sha balik kampung hari Jumaat lepas kerja..
Sampai Kg. Gajah memang ngam-ngam waktu berbuka..
Sabtu tu pagi-pagi lagi encik suami dah bawa MIL pergi Chederong Balai beli ayam..
Lepas subuh diorang terus gerak.. Masa ini pun orang dah ramai dekat pasar..
MIL beli dua ekor ayam telur dengan seekor ayam pencen..

Lepas tu, siang-siang sume ayam tu, kami keluar pergi Setiawan.. Beli pulut dan bahan-bahan lain.. Sambil-sambil tu, MIL dan Sha gunting rambut.. Sha siap cuci rambut lagi.. Kedai tu memang best.. Layanan dia ohsem okay.. Memang rasa relax je kepala lepas cuci tu..

Malam raya tu encik suami gigih masak Lemang.. Memula tu macam tak nak buat tapi ada kawan MIL bagi buluh lemang,  so gigihlah encik suami membuatnya..
Proses nak masak lemang ini tak susah dan tak mudah.. Memula buluh lemang tu haruslah dibasuh dan direndam dalam air untuk membuang bendasing yang ada dalam buluh.. Kemudian barulah dimasukkan daun pisang ke dalam buluh.. Seterusnya proses memasukkan beras pulut yang dah dibasuh dan santan.. 

Setelah siap, tempat membakar pula disediakan.. Kali ini encik suami menggunakan arang.. Tempoh memasaknya lebih kurang je kalau guna kayu api.. Cuma rasanya lebih sedap.. Dalam dua jam macam tu, lemang pun siap dimasak..Lemang yang dimasak menggunakan arang lebih lembut dan masak sekata.. Rasa dia lebih umph.. Hehehe..

Rendang dan sup pula masak pagi raya..

Tuesday, June 27, 2017

Pasar Pagi Behrang Stesen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berkongsi info dengan semua..
Pasar Pagi Behrang Stesen selalunya ada pada setiap hari Jumaat.
Bermula seawal jam 7 pagi.
Setiap Selasa Pagi..
Pelbagai jenis jualan yang ada.
Dari barang basah, pakaian, sayur-sayuran sehinggalah ke makanan dan barang keperluan dapur.

 

 

 

Sunday, June 25, 2017

Alexa Ranking #6

Assalamualaikum..
Hye semua...

Sekarang ini rasa macam semangat je check Alexa ini..
Sebab ada perubahan angka..
Tu yang rasa ohsem sangat-sangat..
Ini Sha ccheck pada 23.06.2017..

 
Nampak tak perbezaan dia..
Kena check lagi lepas ini..

 

 


Saturday, June 24, 2017

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Esok dah raya..
Sha nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog ini..
Semoga Aidilfitri  kali ini memberi sejuta kebahgiaan buat korang..

Filem Animasi Jepun | Resident Evil: Vendetta (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem animasi Resident Evil Vendetta (2017) ini memang best..
Walaupun dikeluarkan oleh Jepun tapi berbahasa Inggeris..
Lagi ganas dan mendebarkan.. hehehe..
Seronok juga nengok filem animasi ini..
Walaupun agak ganas dengan zombie yang boleh dicontrol..
Orang yang membuat zombie ini tak kan diserang zombie..
Ohsemlah kan..
Cara dia jadikan zombie ini pun terancang..
Memula dia masukkan virus zombie tu dalam bekalan air..
Kemudian untuk aktifkan virus itu dia gunakan asap..
Memang mantaplah..

Tapi zombie yang last tu memang ganas gila..
Jenuh gak hero nak kasi mati.. hehehe..
Sebenarnya kalau nengok animasi ini rasa macam lagi real..
Real macam kita main game..
Sha pernah gak main Game zombie ini..
Tapi tak adalah pro sangat..
Gitu-gitu je..

Sha tengok filem ini hari Jumaat..
Baru sempat nak buat review.. hehehe..

Almond Crunchy

Assalamualaikum...
Hye semua..

Sempat lagi ini kalau nak buat kuih raya..
Meh Sha sharekan resepi yang ringkas dan mudah ini..
Resepi asal dari sini ye FB : Dari Dapur Seorang Amatur
Sekiranya ingin melihat penerangan yang lebih detail berserta gambar, boleh klik  link diatas.
Dibawah ini Sha sharekan resepi berserta kesilapan yang perlu dielakkan semasa membuat Almond Crunchy ini.

ALMOND CRUNCHY
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Bahan-bahannya:-
250g Tepung Florenta
250g Almond Cincang / keping
100g Pumpkin Seed
1 sudu teh Black sesame (bijan hitam)
Pizza cutter
Baking paper/parchmnt paper/silicone paper

Cara-cara membuatnya:-
1. Mula-mula alas kemas-kemas baking tray kita dengan Baking paper / parchment paper / silicone paper.
2. Satukan tepung florenta, almond dan pumpkin seed dalam satu bekas. Gaul bagi semua bahan-bahan serata.
3. Tuang atas baking tray... Ratakan dengan kemas. Dengan sukatan di atas, saya dapat 2 dulang saiz 10 x 15 inci.
4. Taburkan black sesame. (Bijan hitam).. x payah banyak2 sangat...
5. Bakar api atas dan bawah suhu 160°c selama 10 minit ikut karenah oven masing-masing. Guna api atas dan bawah.
6. Bila almond crunchy kita dah berwarna keemasan... Keluarkan dan SEGERA dipotong dengan menggunakan pizza cutter... (kalau xde pizza cutter, apa-apa cutter pun belasahlah asal boleh potong)
7. Lepas potong biarkan sejuk sekejap dalam 10 minit... almond crunchy kita ni akan mengeras dan rangup... Bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan :
1. Kesilapan pertama adalah menggunakan kertas ALAS DULANG yg salah. Mesti guna Baking paper, parchment paper atau silicone paper... Jangan sesekali guna kertas minyak biasa atau kertas biasa, Nanti Almond Crunchy kita akan melekat pada kertas tu macam gam!
2. Jangan buat tebal-tebal... Nanti x sedap. Kalau nk Almond Crunchy kita lebih rangup, buat NIPIS-NIPIS je...
3. Kalau Almond Crunchy kita belum masak selepas 10 minit, tambah masa dan terus moniter sampai warnanya bertukar keemasan (golden brown)... JANGAN sesekali NAIKKAN SUHU... Nanti kekacang kita akan garing dan rasanya akan jadi pahit.
4. Perlu SEGERA DIPOTONG sebaik dikeluarkan dari oven. Proses perlu cepat sebab Almond Crunchy kita akan mulai mengeras seawal 30 saat selepas keluar oven... kalau dah terkeras susah pulak nak potong... Nannti dia akan mudah pecah (tapi kalau terkeras, boleh panaskn balik dalam oven selama 2 minit supaya florenta cair balik)
kiki emoticon
5. Jangan SALAH RATIO... Nanti x sedap dan muak makan... Ada berbagai-bagai ratio (nisbah) yang ada dalam resepi di google... Tapi nisbah 250:250:100 ni dah cukup ngam (maknanya 250 florenta : 250 almond : 100 pumpkin seed)... Nak beli bahan-bahan pun senang sebab memang dah ada packing dalam kuantiti tersebut.
6. Tepung Florenta yg lebih tu kena simpan dlm dlm BEKAS KEDAP udara yee... Supaya x masuk angin dan di simpan dlm peti sejuk. Kalau terdedah pada udara, Tepung Florenta akan beku.
Selamat mencuba... Jom share ramai-ramai yee...

 
Sumber gambar Google Image

Dugaan Nak Raya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nak Raya ini, tetibe kerete keluar bunyi..
Adoi.. Apa pula lah halnya..
Setelah diperiksa kipas aircond tu bergegar..

Jadinya Hari Selasa (20.06.2017) Encik Suami bawa ke bengkel kawan dia..
Setelah diperiksa motor kipas perlu diganti baru..
Harganya dalam 200 lebih..
Mujurlah duit tepi untuk kecemasan memang ada standby..
Terus tukar dan ganti..
Barulah aircond kembali sejuk..
Bunyi pun dah tak ada..

Kepada kawan-kawan yang nak balik kampung..
Jangan lupa periksa kenderaan anda ye..


Friday, June 23, 2017

Membaca di Wattpad #3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun baru dapat 4 buah buku tapi Sha tak start membaca lagi..
Kata buku Raya kan..
Kena tunggu Syawal lah baru kita start membaca..
Jadinya Sha membaca dulu di Wattpad..
Masih lagi genre thriller dan seram..

Nama Aku Suhaila oleh Ruby Annas
Cerita yang sangat menarik.. 
Kisah bangunan pejabat yang berhantu.. 
As merupakan watak yang sering diganggu oleh roh Suhaila.. 
Penyiasatan As telah membongkar tragedi ngeri.. Memang best..

Sembunyi oleh Ruby Annas
Kisah ini agak ngeri sikit.. 
Percutian belajar bertukar menjadi tragedi ngeri.. 
Kemunculan makhluk bersayap dan manusia pemakan manusia.. 
Siapa yang terselamat? Kenalah baca sendiri.. 
Ini baru Part 1 kata penulis.. 
Nanti akan ada sambungan sebab ending Sembunyi nie macam tergantung..

Babysitter oleh Ninie Othman
(ini penulis yang dah ada keluar buku)
Cerita yang ini memang cuak giler..
Niat nak jadi Babysitter je..
Tapi macam-macam pula yang jadi..
Kakak tanpa mulalah.. Uish!! Ngeri..

Penunggu Tiang Seri oleh pemburumalam
Kisah pasal tiang seri yang dipuja..
Sehingga menyebabkan gangguan pada orang lain..
Menarik juga.. Ceritanya boleh dikembangkan lagi..
Memang terasa keseramannya.. hehehe

Kad Raya 2017 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Masih lagi dapat kad raya..
 
Ini dari Cik En..
Pemilik Blog Intan Nurfuzie

 
Yang ini pula dari Penulis Novel, Sis Illya Abdullah.. 
Cantik dan kreatif.. Kad 3D yang ohsem..

 
Kad terakhir diterima untuk bulan Ramadhan..
Dari Nina.. TQ ye..

Menang GiveAway by The Cartieca

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, masih ada rezeki buat Sha..
Kali ini Sha menang tudung cantik dari Blog Cartieca..
Terima kasih pada owner blog sebab memlih sha sebagai pemenang..
Kalau korang nak semak senarai pemenang, boleh klik SINI.

Nama Sha terpilih sebagai salah seorang pemenang..

Kalau korang berminat nak dapatkan tudung yang cantik-cantik ini boleh ke
Facebook Hijab by Cartieca - https://www.facebook.com/thecartieca/

Alexa Ranking #5

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Ada perubahan..
Walaupun tak banyak tapi berubahlah juga kan..
Ini Sha check pada 20.06.2017..





Thursday, June 22, 2017

Birthday Nur Amani #7

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam sambut birthday Nur amani..
Amani dah siap-siap request nak kek sama macam adik..
Mujurlah orang yang buat kek tu masih terima order..
Kek Cheese dia memang sedap..
selain kek Amani request nak mainan doktor-doktor..
Ajak pergi kedai RM2 untuk beli mainan..
Mainan tu nanti dulu..
On the way nak balik kampung kot baru singgah..
Takpun masa perjalanan balik dari kampung ke rumah..
sebab kedai tu bukan dalam laluan harian..
Kenalah Amani bersabar.. Hehehe..

Besar dah Amani..
Dah sekolah.. Dah mula belajar puasa dan solat..
Rasa macam baru je semalam Amani keluar dari perut Sha..
Bila tengok Amani dah pandai pilih baju apa nak pakai..
Dah mula bertudung dan ikut ayah pergi masjid..
Terasa tuanya Sha.. Hahaha..
Begitulah kita punya cycle kan..
Anak-anak makin besar..
Kita makin tua..

Membaca di Wattpad #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jun ini sha kurang membaca buku fizikal..
Kekangan masa dan keterlupaan membubuh buku dalam beg tangan..
Jadinya Sha membaca di Wattpad..

Ada satu karya yang Sha baca hasil tulisan Blogger Mai..
Best tau karya beliau tu.. Tajuknya Izinkan Aku Bahagia..
Kalau korang nak baca boleh Follow beliau kat SINI.
Sha bagi 4 bintang untuk karya beliau ini..
Kalau beliau kembangkan dan jadikan Novel bercetak, Sha beli..
Ceritanya sangat menarik mengenai seorang budak bernama Aqif..
Perjalanan hidup Aqif bersama emaknya..
Berjayakah Aqif mengecap kebahagiaan dan meraih kasih sayang emaknya..
Kenalah baca..

ebook kedua yang Sha baca bertajuk Dendam, tapi yang ini macam tergantung..
Penulis dia tak update.. Huhuhu..
Best gak cerita ini.. Kisahnya agak misteri dan seram jugalah..
Ada pontianak dan gangguan..
Tapi berhenti sampai bab 10 je.. sedih.. hehehe

Wattpad ini pilihan lain Sha untuk membaca..
Kena pandai cari cerita yang dah complete..
Ada sesetengah tu memang penulis tak habiskan sebab nak dibukukan..
Ada juga yang buat sampai habis..

Nanti Sha update lagi ye..

Rezeki Ramadhan #4

Assalamualaikum..
Hye semua..


Alhamdulillah.. Rezeki Ramadhan ini..
Ada orang belanja Sha buku..
Bukan satu tapi empat buah tau..
Memang buku Rayalah..
Sampai pada 20.06.2017..
Buku-buku ini, memang Sha aim nak beli..
Bila ada yang sudi nak belanja, bersyukur sangat Sha..
Semua ini buku baru keluaran Buku Prima..
Ada seram dan thriller..
Walaupun Sha puasa membeli bulan ini, tapi bila ada orang offer takkan nak lepaskan..
Haruslah diterima dengan hati dan tangan terbuka.. Ye tak..
Sha doakan semoga makin murah rezeki orang yang belanja Sha buku ini.. Aamiin.. Aamiin..

Klimaks oleh Helmi Effendy
Marina oleh Saidee Nor Azam

Whisper (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok drama ini separuh jalan je..
Sampai episod tiga..
Mood ke laut.. Tak pastilah kenapa..
Tapi dari episod first lagi Sha dah tak boleh nak follow..
Gigih jugalah nengok, sebab kadang-kadang episod 1 tak best..
Masuk episod dua baru best..
Tapi sampai episod 4 tak berapa ngam dengan Sha..
Terus stop dan tengok drama lain..
Korang ada yang tengok drama ini? Boleh komen ye..

Shin Young-Joo (Lee Bo-Young) is a female detective with charisma and Lee Dong-Joon is a righteous judge. They uncover corruption at the nation's biggest law firm Taebaek

Wednesday, June 21, 2017

Hadiah Top Commentor Mei-Jun 2017 di Blog Starlavenderluna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hadiah Top Commentor Mei-Jun 2017 di Blog Starlavenderluna dah sampai..
Hadiah sampai pada 20.06.2017..
Teruja Sha buka bungkusan..
Ada Lipstik dan juga nota dari Shikin..
Sha doakan semoga makin murah rezeki Shikin.. Aamiin..

Hadiah dan Nota..

Dual colour.. My feveret kaler pula tu..
Red & Pink..

Terus pakai and selfie.. Hehehe..
Lama tak berlipstik..