Wednesday, January 31, 2018

S.A.M.U.R.A.I. oleh Dekna Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila baca novel ini memnag berdekah Sha ketawa.. seronok tengok perangai jahat si Aizat aka Samurai yang kerap sangat membahan si Melur aka Jasmine.. Dari awal novel sampai separuh novel, kerjanya nak bertekak je.. Tapi dalam pada dok bertekak tu, tetibe kena kahwin pula.. Hati dok main dup dap dup dap.. Ada pula penyebok yang tak tahu malu, dok mengendeng dekat si Aizat.. Melur dah rasa macam nak siat kulit orang.. Hehehe.. Memang tak kering gusi baca novel penulis ini..

Rasa release tension bula baca.. Walaupun cerita cinta tapi watak dan jalan ceritanya memberi kelainan.. Heronya bukanlah abang sado yang kerja ceo tapi budak sekolah juvana yang keding dan kerempeng tapi sweet sebab pandai main alat muzik.. Heroin pun gadis kampung je.. Dahlah manja dan brutal.. Memang gandingan yang ohsem dan mampu membuatkan pembaca gelak terbahak-bahak.. 

Sha baca pada 28.01.2018 dan selesai pada 29.01.2018.. 

(ebook - PNM e-Reader)
Published April 2015 by Love Novel..

GANTUNG:2 oleh Nadia Khan

Assalamualaikum.. 
Hye semua.. 

Novel ke 27 untuk bulan Januari 2018.. A bit slow.. Tak ada mood camtu.. Huhuhu.. 

Gantung 2 ini macam tak sampailah.. Tak tahu apa yang kurang tapi tak kick macam Gantung.. Macam ada yang mising.. Tapi berjaya juga baca sampai habis.. Kehidupan Ray/Khalil lepas kawan-kawan dia mati.. Bagaimana Ray/Khalil tak boleh nak move on dan lepaskan kawan-kawan dia.. Terutama sekali Gibs.. Tapi kita manusia ini kena terima hakikat, yang pergi tetap pergi.. Setiap yang berlaku tu mesti ada sebab.. We need to move on.. 

Sha baca pada 27.01.2018 dan selesai pada 28.01.2018..
(ebook - PNM e-Reader)

Tuesday, January 30, 2018

Cape Cafe, Tanjong Malim

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Akhirnya berjaya juga jejak kaki di Cape Cafe ini.. Yellah, selalu datang asyik penuh je, stress tau.. Hehehe.. Pada Sha, makanannya memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.. Semuanya RM1.70 satu mangkuk.. Air pun dikira harga yang sama.. Sha paling suka Ubi kayu rebus bersama sambal memang sedap.. Ubinya empuk dan sambalnya pun okay.. Encik suami pula suka Nasi Lemak bersama rendang ayam.. Sedap katanya..

Meehoon sup, meehoon tomyam, mee kari dan ubi kayu rebus bersama sambal.. 

Ayam goreng, mee kari dan nasi lemak + rendang ayam.. 

Dua gelas air dikongsi bersama.. 
Jumlah semua RM15.30..

 
Ubi kayu rebus bersama sambal..

Imam Tulang Rusuk oleh Khairy Tajudin (Anekdot Daim #1)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Anekdot Daim yang pertama.. Daim memang sengal.. Hahaha.. Serious lah.. Buku ini memang menarik.. Dari babak ke babak pasti berjaya buat Sha ketawa, tersenyum dan sentap sampai ke hati.. Bukan sekadar hiburan tapi penuh punch line yang menusuk ke jiwa..
Daim yang sengal tapi licik.. Berangan punya banyak awek sampai mengabaikan perempuan yang setia bersamanya, Shasha.. Sampailah abang Zali membawanya keluar untuk berhijrah dan berguru.. Daim yang sengal, nakal dan banyak akal.. Memang tak kering gusi..

Sha baca dan selesai pada 27.01.2018..


Terbitan KTR Press

Signature Market

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha dah lama teringin nak beli kekacang dekat Signature Market punya website.. Tapi tak berkesempatan ataupun bila ada duit lebih asyik terlupa je.. Kebetulan minggu lepas ada offer baik punya dari Signature Market, takkan nak lepaskan.. Maka berjayalah Sha membeli.. Sha cuma bayar kos penghantaran RM10 dan RM6.20 untuk 3 produk.. Jimat kan.. Kikiki..
Sha dapat dua jenis kekacang secara percuma tapi kena bayar postage.. Lepas tu ada diskaun 10% untuk pembelian pertama tu yang Sha tambah 1 lagi.. Saja nak mencuba.. Harapnya kenalah dengan selera.. Kikiki.. Tak boleh beli buku, dia beli makanan pula.. Sabar jelah perangai.

 
Free dua pack kacang cuma bayar postage RM5 je..
Nanti dah sampai Sha buat entry lain ye..

Monday, January 29, 2018

Jin-Tina oleh Abdul Rahim Awang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah buku pertama tulisan beliau yang Sha baca.. Memang menarik dan menangkap pembacaan.. Misteri terbina bermula dengan kematian Katrina dan pandangan Khairil.. Kemudian misteri mengenai kematian Nurul/Huda yang terkait dengan kematian Katrina.. Memang teruja nak baca sebab nak tahu sebenarnya apa atau siapa yang membunuh Katrina.. Lepastu muncul pula misteri Bukit Kuntum berhantu dan kegiatan apa agaknya yang dibuat Mazlan didalam hutan.. Adoi.. Suspen betul.. Tapi memang bestlah.. Penamat dia mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di Bukit Kuntum dan siapa penjenayah sebenar..

Sha start baca pada 24.01.2018 dan selesai pada 26.01.2018.. 

(ebook - PNM e-Reader)

Penulis - Abdul Rahim Awang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru baca satu je novel beliau.. Memang menarik.. Buat hati meronta-ronta nak cari karya beliau yang lain.. Ada sesetengah buku beliau ada di Perpustakaan tempat Sha kerja, bolehlah kita meminjam.. Hehehe..

Sumber google serach..

Senarai buku beliau:-
  1. Demi Dara - 2017
  2. Jin-Tina - 2016 
  3. Pulang - 2007
  4. Bara - 2006
  5. Realiti - 2005 
  6. Ego - 2004
  7. Meterai - 2003 
  8. Kompilasi Generasi Yang Hilang - 2002 
  9. Mama - 2000 
  10. Dosa-dosa besar - 1999 
  11. Zamrud - 1995 
  12. Jaguh - 1994 
  13. Obsesi - 1994 
  14. Boneka - 1993 
  15. Konspirasi - 1993 
  16. Verdict - 1993 
  17. Orang Ketiga - 1992 
  18. Saka - 1992 
  19. Legasi - 1991 
  20. Jejak-Jejak Songsang - 1990 
  21. Generasi Yang Hilang - 1989
Sekiranya berminat ingin mengetahui lebih lanjut atau berkenalan dengan lebih dekat bolehlah add beliau melalui Goodreads, Facebook, Twitter, Wikipedia ataupun boleh cari beliau di Google search.. Banyak juga artikel mengenai beliau..

Jom Kursus Online

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semua tahu kan Sha penjawat awam yang memegang jawatan Pembantu Pustakawan..
Jadinya bila masuk awal tahun, banyak nak kena rancang dalam SKT..
Korang dah buat ke perancangan SKT ke?
Selain itu, kursus pun dah mula kena survey..
Perpustakaan Negara Malaysia pun belum keluarkan senarai Latihan/Kursus untuk tahun 2018..
Jadinya, pendekatan muah jomlah berkursus secara atas talian dengan EPSA..
Lebih mudah dan boleh dilakukan sambil membuat kerja..
Sha dah mula berkursus dengan EPSA..
Cuma untuk jawatan Sha memang tak adalah..
Yang ada lebih kepada umum..
Tak daftar lagi? Boleh tengok SINI..

Sha tengah buat Kursus Perkhidmatan Pelanggan yang Berbudi Bahasa.. 44 jam bersamaan dengan 7 hari.. Hahaha.. Terus settle kursus.. Boleh gitu.. Dalam Kursus ini ada 7 topik.. Tempoh masa minimum lebih kurang 2.5 jam.. Tapi Sha buat satu topik, satu hari.. Hehehe..

Antara topik yang dipelajari ialah Perkhidmatan Pelanggan yang Berkualiti, Hasrat dan Ekspektasi Pelanggan dan Stakeholder dalam Penyampaian Perkhidmatan, Komunikasi dan lain-lain.. Dalam setiap topik akan ada pengenalan, konsep, aktiviti, kesimpulan dan kuiz.. Kuiz tu nanti akan menentukan sama ada kita faham atau tak mengenai topik yang dipelajari.. Mudah je kan.. Sambil buat kerja, boleh buat kursus.. 

Masa Sha publish entry ini, Sha baru berjaya sampai topik 3.. Hehehe.. Slow motion betul.. 
Selamat berkursus ye kawan-kawan..

Sunday, January 28, 2018

Mashallah by Sajid-Wajid ft Shreya Ghoshal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom layan satu lagi lagu.. Kali ini dari filem Ek Tha Tiger lakonan Salman Khan dan Katrina Kaif.. Sha suka muzik dan lirik dia.. Lepas tu layan tengok si Katrina tu menari.. Badan dia melentik-lentik.. Bilalah agaknya nak dapat badan camtu kan.. (berangan jelah kau Sha.. Hahaha..) Nak tengok video dia? Klik SINI tau kalau nak dengar lagu dia..



[Intro: Wajid]
Mashallah Mashallah woh hoo ho…

[Chorus: Wajid & Shreya Ghoshal]
Mashallah Mashallah Chehra hai Masha’Allah
Naino pe naino ka pehra hai mashallah
Tujhko churaya hai, paaya hai yeh jahaan
Mashallah Mashallah Chehra hai Masha’Allah
Rang tere ishq ka Ghehra hai mashallah
Tujhko churaaya hai Paaya hai yeh jahaan


[Post-Chorus: Wajid]
O habibi, mashallah antashaqla azimullah
O habibi mashallah yashauq aaini miliaai hai
O habibi mashallah roopzabarbat ganini
Badganini badganini badganini taaiho

[Verse 1: Wajid & Shreya Ghoshal]
Jalta hai jal jaaye
Jalta hai jal jaaye pighal jaaye zamaana
Main tujhse, tu mujhse bas itna fasaana
Teri yaariyan dildariyaan sun jaaniyan
Mili mila mujhe milana


[Chorus: Wajid & Shreya Ghoshal]
Mashallah Mashallah
Mashallah Mashallah Chehra hai Masha’Allah
Naino pe naino ka pehra hai mashallah
Tujhko churaya hai, paaya hai yeh jahaan
Mashallah Mashallah
[Verse 2: Wajid & Shreya Ghoshal]
Sholon mein sharara hai
Arey Sholon mein sharara hai
Taaron mein sitaara
Kudrat me fursat se banaya mera yaara
Teri chaahatein meri raahatein
Hain ibaadatein, tu mila, mili mujhe Khudaai


[Chorus: Wajid & Shreya Ghoshal]
Mashallah Mashallah
Mashallah Mashallah Chehra hai Masha’Allah
Naino pe naino ka pehra hai mashallah
Tujhko churaya hai, paaya hai yeh jahaan
Tujhko churaya hai, paaya hai yeh jahaan

[Post-Chorus: Wajid]
O habibi, mashallah antashaqla azimullah
O habibi mashallah yashauq aaini miliaai hai
O habibi mashallah roopzabarbat ganini
Badganini badganini badganini taaiho

Kamen Rider Build (2017-2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lamanya tak layan drama bersiri.. Mood macam tak ada.. Lagipun tengah kemaruk membaca guna PNM e-Reader kan.. Banyak buku best-best.. Lepas tu budget membeli pula kena sekat.. Tak boleh nak membeli sesuka hati walaupun geram je tengok buku-buku yang diterbitkan setiap bulan.. Tu dia.. Melalut entah kemana dah.. hehehe..

Sha memang peminat siri Kamen Rider ini, walaupun tak tengok semua.. Ada yang tak best.. Kamen Rider Build ini adalah siri yang ke 28 untuk keseluruhan dan yang ke 19 untuk Heisei period.. Sha belum tengok sampai habis lagi.. Tapi sha suka..

Kamen Rider kali ini mengenai seorang saintis yang hilang 20 tahun ingatannya.. Dia cuma mendapat sedikit bayangan sahaja mengenai masa silamnya.. Maka bermulalah penyiasan beliau mengenai dirinya dan juga makhluk jahat bernama Smash.. Dari esen makhluk jahat itu beliau mencipta formula untuk digunakan ketika bertukar menjadi kamen rider Build.. Memang menariklah..

Kali ini Kamen Ridernya nampak lebih matang, costumenya lebih menarik.. Cara bertukar dan berlawan yang unik.. Keseluruhannya Kamen Rider Build ini berjaya menarik minat Sha untuk menonton seawal episod 1 lagi.. Sekarang baru ada 19 episod, tak pasti akan sampai episod berapa.. Nanti Sha update lagi ye..

Plot
"It has been 10 years since Pandora Box was discovered on Mars and caused the Skywall tragedy. Our country was divided into Touto, Seito and Hokuto, resulting in untold chaos." ―Narrator

10 years ago, the “Pandora Box” was found on Mars. On Earth, it created walls that divided Japan into Touto (Eastern Capital), Hokuto (Northern Capital) and Seito (Western Capital) and brought along the Smash, unidentified lifeforms that attack people. Sento Kiryu, a prodigy physicist, transforms into Kamen Rider Build to fight the Smash.

The Touto government requests his help in deciphering the mystery behind the Pandora Box and the Smash. There is one mystery not even Sento can solve: his own past. The only memory he has left of more than 20 years is the existence of a sinister figure called Night Rogue. There is one man who holds the key to Sento’s memories: A prison escapee by the name of Ryuga Banjo, who adamantly denies committing the murder he is accused of. Misora Isurugi, who works with Sento, has the ability to purify the harmful components the Smash are made of.

Sento transforms into Kamen Rider Build in order to uncover the mystery surrounding the Pandora Box, the Smash and his amnesia.

Saturday, January 27, 2018

Promosi Besq Publication - Beli 1 Percuma 1 Buku


Assalamualaikum..
Hye semua..
 
Promosi BESQ Publication datang lagi.. Kepada peminat buku, jangan lepaskan peluan.. (sha juga yang tak boleh nak membeli.. Huhuhu)

Apa!!! Beli 1 percuma 1, beli 2 percuma 2 dan beli banyak lagi banyak percuma.. Hanya di BESQ Publication.. Promosi bermula dari 26/01/2018 hingga 31/01/2018 sahaja.. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku-buku BESQ sekarang..



Komik Sayang Ummi oleh Danial Haikal & Sayang Abi oleh Piston

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada share mengenai komik RM5 kan.. Boleh baca di SINI.. Ini baru berkesempatan nak baca.. Amani pun baru mula baca.. Seronok juga sesekali baca komik, tambah yang ada pengajaran macam ini..

Sayang Ummi oleh Danial Haikal..
Kisah yang sangat menarik mengenai keluarga Ummi bersama 3 orang anak dan suami.. Kerenah Along dan Angah yang sedang membesar.. Nasihat dan juga maksud bagi petikan ayat Al-Quran..

Sha baca dan selesai pada 22.01.2018

 

Sayang Abi oleh Piston
Kisah mengenai seorang ayah yang ingin anaknya mengamalkan Sunah Rasullullah dalam kehidupan seharian.. Keletah ayah dan anak lelaki yang menarik dibaca..

Sha baca dan selesai pada 24.01.2018..


Terbitan Humaira Publication

Lost oleh Vessbroz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa tu? Sibuk ke? Jom layan lagu-lagu dari album Lost oleh Vessbroz ini.. Dalam album ini ada 11 buah lagu.. Antara 11 ini, Sha paling suka lagu yang bertajuk Lost Cause dan Fleeting..  Menarik tau lagu-lagunya.. Dia punya beat tu bila kita dengar walaupun strong tapi mengasyikkan.. Tambah bila Sha dengar sambil membaca novel thriller.. Pergh!! Buat jiwa lagi bergetar tu.. Hehehe.. Tak caya, cubalah dengar sambil membaca.. Memang layan tau..


Dalam album ini ada 11 buah lagu antaranya:-
Lost cause ft Kyle Davis
Nothing ft Kyle davis
Show You ft Black Gs
Fleeting ft Zainal Abidin
Never Know ft Farahdiya
Strong Word ft Britney Nieves & Kyle Davis
Horror Film ft Kyle Davis
Better Than This ft Dylan Thomas
Fearless ft Arastella
Fallen Feathers ft Mehrdad Mozart
Like She Does It ft Nadeera

Klik je link dekat bawah ini untuk dengar dan jangan lupa like..

 Follow Vessbroz: Website: http://vessbroz.com 

Friday, January 26, 2018

Misteri Lif Berhantu oleh Phakinai

Assalamualaikum..
Hye semua..

 Novel ini mengisahkan sebuah lif di pusat pengajian perubatan yang berhantu.. Pustakawan bernama Paeng telah diganggu dari mula dia masuk berkerja di Pusat pengajian itu.. Hantu dalam lif itu meminta Paeng menyiasat kematiannya dan mencari pembunuhnya.. Malangnya Paeng telah menerima amaran supaya tidak masuk campur urusan mereka yang dah mati.. Tapi Paeng berdegil.. Disebabkan itu satu demi satu mereka yang berkaitan dengan hantu itu mula mati.. Semakin rahsia terbongkar semakin banyak kematian..Penamatnya memang Sha tak sangkalah.. Watak utama pun jahat tapi tak berkaitan dengan misteri yang dia selesaikan..

Novel ini best cuma cara penulis membentangkan ceritanya tak berapa Sha suka.. Tak tahulah memang buku asal macam tu ke atau bila dah adaptasi ke bahasa Melayu dia jadi sedikit kacau.. Yang pasti ada pengajaran dan cerita nya best.. Seram dan misteri..

Sha baca pada 23.01.2018 dan selesai pada 24.01.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Terbitan Pelangi Novel

Filem China | L.O.R.D: Legend of Ravaging Dynasties (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom tonton animasi dari China ini.. Sha tengok sebab ada Kris Wu.. Kikiki.. Nampak tak perangai tu.. Hehehe... Comel pula bila dia buat wajah karekter kartun tu menyerupai pelakon sebenar.. Nampak lebih realistik.. Cerita dia pun menarik cuma tergantung pada ending.. Maybe ada sambungan kot.. Harapnya adalah.. Tak puas pula nengok ceritanya...

Cerita ini pasal Soul master dan Soul beast.. Memang menariklah sebab boleh kawal roh haiwan.. Kemudian ada aksi berlawan.. Masa tengok babak Kris Wu berlawan memang mengasyikkan.. Sha memang suka cerita-cerita macam ini.. Nak tahu lebih detail pasal filem ini, boleh klik SINI dan SINI..



Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior

Assalamualaikum..
Hye semua..

Carrie Junior datang bersama figura comel yang akan disukai anak-anak.. Seius comel okay figuranya.. Lepas tu tersembunyi dengan sangat jelas.. Sha memang tak perasan, anak Sha Imani yang tunjuk dekat mana figura tu bersembunyi.. Jom dapatkan dan kumpul kesemuanya...



MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!

Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah me reka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

********
Tentang CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Thursday, January 25, 2018

Loket Zinnia oleh Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Kisah percintaan yang agak tragis lah juga pada Sha.. Cinta yang setia dibalas dengan kecurangan.. Zenia akhirnya terperangkap dengan Azfar.. Mengandung dan tidak habis belajar..Azfar pula tak nak bertanggungjawab.. Terpaksalah zenia memulakan hidup di tempat lain bersama anak yang dikandungnya.. Takdir menemukan Zenia dengan Hayyan (kekasih pertama) semula.. Puas ditepis, namun jodoh mereka tetap ada.. Tapi muncul pula Zana dan Azfar.. Berjayakah mereka bersatu?? Kenalah baca.. hehehe..

Novel ini ada imbas semula di tengah-tengahnya.. Jadi bolehlah pembaca faham apa sebenarnya yang terjadi kepada Zenia, Hayyan dan Azfar..

Sha baca dan selesai pada 22.01.2018..

 
(ebook - PNM e-Reader)
Published October 2014 by Love Novel..

Koleksi Januari 2018 #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Buku yang Sha pre-order tahun lepas dah sampai.. Karya Tajul Zulkarnain.. Dari buku first dia sampailah buku yang ke empat ini memang Sha beli direct dari dia.. Kali ini satu buku thriller, satu buku seram.. Terima kasih buat penulis sebab bagi gift yang comel beserta tandatangan di setiap buku.. Memang terbaiklah.. Yang paling best, penulis pos 22.01.2018 dan buku sampai dekat Sha 23.01.2018.. Memang ohsem okay..

 Bertarung Dengan Syaitan
Mental

 Free gift yang ohsem..
Keychain, Sticker dan Fridge Magnet..


Tandatangan dan sedikit ucapan memang wajib ada kalau beli terus dengan penulis..

Swag Se Swagat by Vishal Dadlani and Neha Basin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak share dengan korang lagu hindustan.. Sha suka lagu ini sebab catchy.. Tapi kan tak sesuai tonton dengan anak.. Seksa mata nengoknya.. hehehe... Kalau nak tengok video dia, klik SINI ye.. Lagu ini dari filem Tiger Zinda Hai sambungan kepada Ek Tha Tiger.. Lakonan Salman Khan dan Katrina Kaif.. Filem ini Sha tak tengok lagi.. Kalau dah tengok bolehlah Sha review.. Hehehe..


Listen close to what I gotta say
Coz you know there ain’t no other way
Love is the message!

You ready?
Let’s go!

Yeah! we can make it better
Yeah! when we come together
Yeah! all you got is me
Yeah! all I got is you!

[Verse]
Ishq se aagay
Kuch nahi kuch nahi kuch...
Ishq se behtar
Kuch nahi kuch nahi kuch...
Ishq se oper
Kuch nahi kuch nahi kuch...
Ishq bina hum kuch nahin...

[Verse]
Ishq se uncha
Kuch nahi kuch nahi kuch...
Ishq se bardh-ker
Kuch nahi kuch nahi kuch...
Ishq se acha
Kuch nahi kuch nahi kuch...
Ishq bina hum kuch nahin...

Chaahe jo aaye
Leke dil mein ishq mohabat
Sab ko gale lagaana
Apne culture ki hai aadat
Swag se karenge sabka swagat!
Swag se karenge sabka swagat!

Mil-ke chalta chal
Masle karke hal
Behtar hoga kal
Ye sab se kahte rehna

Rehna banke dil
Dil hi hai manzil
Manzil pe tu mill
Sab sabka hai kehna kehna

Chaahe jo aaye
Leke dil mein ishq mohabaat
Sabko gale lagaana
Apne culture ki hai aadat

Swag se karenge sab ka swaagat!

Ya’ll ready to bring the riff back

Swag se karenge sab ka swaagat!

Hey.. ishq se pyara
Kuch nahi kuch nahi kuch...
Ishq se umdaa
Kuch nahi kuch nahi kuch...
Ishq se asaan
Kuch nahi kuch nahi kuch...
Ishq bina hum kuch nahi...

Wednesday, January 24, 2018

Hantu Vila Praha oleh Prayudi Q

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novei ini dialih bahasa daripada Prahara Vila Praha oleh karya Prayudi Q.. Lama tak baca novel seramkan.. Jom layan... Novelnya pendek je.. 172 muka surat.. memang boleh settle sekejap je ni..

Cerita pasal 5 remaja yang menghabiskan cuti sekolah di sebuah Vila sahabat baru mereka.. Vila yang sangat cantik dan penuh barang-barang unik.. Mulanya tak ada apa.. Tapi tak lama lepas tu, seorang demi seorang mula diganggu.. Makhluk yang mengganggu juga menyerupai keluarga sahabat mereka yang dah mati.. Apakah sebenarnya yang berlaku di Vila itu? Misteri dan menyeramkan..

Sha baca dan selesai pada 21.01.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Terbitan Pelangi Novel

Drama Imani Mencabut Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Last week, (Rabu 17.01.2018) Sha bawa Imani cabut gigi.. Gigi Graham dia dah rosak teruk.. Tapi tak bawa gi klinik kerajaan, Sha bawa pergi Klinik Swasta.. Sebab Klinik kerajaan dia tak nak cabut gigi susu.. Masalahnya gigi Imani tu dah teruk.. Kesian dia nak makan susah.. 

Masa nak cabut tu dia start tak nak.. Pergh!! Jenuh pujuk suruh duduk atas kerusi.. Sudahnya Sha dokong dan baringkan dia.. Lepas tu nurse tutup mata dia sebab doktor nak suntik ubat bius.. Sha pula peluk tangan badan dan kaki dia.. Dia punya menjerit.. Adoilah Imani..

Tu belum babak mencabut gigi.. Yang sebenarnya Imani ini panik sebab orang pegang dia.. Berjaya jugalah doktor cabut gigi dia walaupun dia punya jeritan tu macam doktor cabut tanpa bagi bius.. Sabar jelah Sha tengok perangai dia.. hehehe.. Sha seram juga sebenarnya tengok dia meraung, menjerit.. Berderau darah rasanya.. Tapi lepas tu okaylah.. Bila jadi mak ini, jiwa memang kena extra kental.. Suka ke tak suka ke kena juga bawa anak buat rawatan..

Balik rumah dia okay je.. Cuma biasalah dua tiga hari ini dia takutlah nak mengunyah.. Bagi dia makan makanan yang lembut-lembut je..

Petang tu belanja budak kecik ni aiskrim.. Nak bagi kebas gusi dia..

Tuesday, January 23, 2018

Cherita oleh Mesbo (Zine)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Zine yang sangat comel ini Sha beli dari Mesbo.. Berharga RM17 (termasuk postage) Diterbitkan sendiri oleh penulis.. Menghimpunkan 5 cerpen dalam ini.. Ada cerpen seram dan juga cinta.. Zine ini kalau korang beli memang best.. Comel dan senang nak selit dalam handbag.. serius.. Cover dia pun cantik..

Zine yang sangat menarik.. Sha suka pada cerita seramnya.. Menarik dan memberikan debaran pada Sha cerita cintanya pula sedikit tragis.. Tapi memang menariklah.. Sebab Sha baca dalam masa sejam sahaja..

Sha baca dan selesai pada 19.01.2018..

Suamiku Encik Perfect 10! by Syamnuriezmil

Assalamualaikum..
Hye semua..

"Ada alasan dan hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Terpulang pada kita untuk memilih jalan yang sesuai kerana kita punya pilihan. Apabila kita tersalah pilih, kita selalu punya peluang kedua. Ingatlah, Allah tak akan menduga hambanya kalau kita tidak mampu dan dugaan selalunya datang dengan pakej iaitu jalan penyelesaiannya, kerana Allah itu Maha Adil. -Syamnuriezmil"

Sha baca dan selesai pada 20.01.2018.. 

(ebook - PNM e-Reader)

Seven Collar T-Shirt - Lines

Assalamualaikum..
Hye semua..

Laguna Music membawakan single terbaru Seven Collar T-Shirt, ‘Lines’ dari album terbaru mereka yang bakal siap pada April 2018. Sebuah produksi rakaman Jeffrey Little, ‘Lines’ menampilkan muzik yang epik serta alunan melodi yang amat lantang dan bersemangat dari Saiful Ridzuan, amat berbeza dari rakaman mereka sebelum ini.

Album ke empat yang dinantikan ramai ini akan menonjolkan kematangan dalam hasil penulisan lagu SevenCollar T-Shirt yang telah bertapak di industri muzik tanah air selama 21 tahun lamanya.

Manakala muzik video bagi ‘Lines’ telah diarahkan oleh Jordan Suleiman dan ÍCara yang berkonsepkan futuristik kini boleh ditonton di laman Youtube Laguna Music. https://youtu.be/2z2ic2z1Wk4

SevenCollar T-Shirt atau SCTS telah ditubuhkan pada tahun 1997 bersama ahli anggota asal Saiful Ridzuan, Muhammad dan disertai oleh Adil Ali dan Sim Keng Lee.

Mereka telahpun menghasilkan tiga album Freeway Dreaming & Broke (2002), Drones (2004) yang tercalon dalam kategori Album Inggeris Terbaik di AIM 2005. The Great Battle (2009), album ketiga mereka juga telah tercalon untuk Album Inggeris Terbaik dan juga Kulit Album Terbaik di AIM 2010.

Album keempat yang bakal mewarnai industri muzik tanahair adalah album yang dinantikan di kalangan peminat dan pemuzik tempatan.

Rezeki dari Kampung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Ahad hari tu, abah Sha datang amik Sha di rumah untuk pergi kenduri.. Masa sampai tu abah bagi satu bungkusan plastik suh letak dalam peti ais.. Ikan katanya.. Sha pun tak tengok.. Terus simpan.. Isnin barulah tengok lepas defrost kan ais.. Rehat sejam, sha balik la rumah.. Menyiang ikan.. Apa lagi, masuk kerja bau ikan masih melekat.. Sebab masa nak basuh, baru perasan stock limau dah tak ada.. Jenuhlah cuci tangan dengan sabun, still melekat juga bau ikan.. Hehehe.. 

Bila tengok gambar ikan ini, dah terbayang-bayang nak masak apa.. Hehehe..

 
Ada ikan pari, ikan sebelah, ikan kerisi dan ikan protan..

Monday, January 22, 2018

The Golden Monk (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom tengok wayang.. Cerita dari China ini menarik tau.. Menggabungkan fantasy, komedi dan juga cinta..

Cerita yang sangat menarik tau.. Mengisahkan hero yang asalnya dewa tapi sebab telah melanggar peraturan telah dicampak ke dunia lepas meminum air penghapus cinta.. Pasangan beliau pun turt dicampak ke dunia tapi tak minum air penghapus cinta tu.. Maka berkelanalah pasangan beliau mencari beliau.. dewa lelaki tu telah menjelma menjadi sami dan membantu menghapuskan makluk jahat.. Sehinggalah muncul musuh lama membuat kacau.. Berjayakah hero menemui cinta dan menghapuskan penjahat..


Berjalan ke IKEA, Cheras

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Ahad (21.01.2018), Sha ikut abah ke kenduri di Keramat.. Sha dengan Imani je.. Encik suami dan Amani pula balik kampung.. Kenduri ini kawan baik arwah ibu.. Jadinya rasa macam tak best pula kalau tak pergi.. Lagipun baju sekolah anak-anak, beg semua dah siapkan.. Bolehlah berjalan..

 

 
Kebetulan buat dekat dengan Keramat Mall rasanya.. Sempatlah teman abah membeli capal kesukaan dia.. RM40 je sepasang.. Dari Keramat kami ke IKEA Cheras.. Pergh!! Hari Ahad kan.. Punyalah ramai umat manusia.. Serik rasanya.. Hahaha.. Dah tua dah Sha ini.. Tak lalu rasanya bersesak-sesak dalam IKEA tu.. Lepas jalan-jalan survey barang.. Cuci mata je pun.. Abah belanja makan meetball.. Yang ini pun satu hal juga.. Jenuhlah beratur.. Lepas jenuh beratur, jenuh lak nak mengawal nafsu membeli adik dengan adik ipar Sha.. Diorang ni macam kena sawan makanan.. Semua nak dibelinya.. Adoilah.. Nasib baik Sha beratur sama.. Bolehlah kawal sikit.. Kalau mereka berdua je memang huru haralah.. Itupun terpaksa tapau juga makanan.. Masing-masing dah kenyang..

Jom tengok Sha dan keluarga makan apa.. Sila jangan marah ye..

 
Bebola daging ini Sha amik yang 20pcs (RM20.00) 2 pinggan..

 
Bebola ayam 10pcs - 1 pinggan

 
Ayam goreng 6pcs - 1 pinggan

 
Strawberry cheese cake - 1pcs
Coklat cake - 1pcs (tak sempat snap gambar)

 
Mushroom soup - 3 mangkuk
Soft bun - 1pcs
Garlic Bread - 6pcs

Soft drink - 2
Hot cup - 1
Drinking water - 2 botol

Total lost RM107.10