Sunday, February 28, 2021

Drama Thailand | The Stranded (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Stress.. Bersambung pula.. Geram je tengok watak Anan tu.. Tak layak jadi ketua tapi berlagak macam bagus.. Misteri betul watak Kraam tu.. Drama ini memang buat Sha huru hara betul, dengan kebanyakkan waktunya warna gelap.. Bila Arisa masuk hutan dan hilang 2 minggu tapi Arisa cakap dia baru 2 hari dalam hutan, dah rasa dah vibes pelik.. Paling pelik bila muncul Professor Lin tu dan kemudian Arisa, Nat dengan Gun jumpa pula seorang lagi Professor Lin dekat dalam gua.. Tak ke pelik tu.. Belum lagi masa silam Kraam yang buat dia terselamat dari lemas.. Ending lah paling menyakitkan hati bila Kraam masuk dalam gua, terjun dalam air, terperangkap, lemas tapi lepas tu tak lemas dan keluar dari gua ke tempat lain.. Jumpa pula Joey yang patutnya dah mati.. Drama ini memang rumit betul.. Tapi vibes misteri dia best.. Kenapa agaknya pulau tu dilanda tsunami dan Kraam sebagai fokus dia..

Drama: The Stranded
Also Known As: Nada ao Redor
Screenwriter & Director: Jim Sopon Sukdapisit
Genres: Suspense, Thriller, Mystery, Drama, Supernatural
Country: Thailand
Episodes: 7
Aired: Nov 15, 2019
Aired On: Friday
Original Network: GMM One, Netflix,
Duration: 45 min.
When a tsunami strands dozens of teens on an island at their private school, they soon realize no rescuers are coming and they must save themselves. 
(Source: Netflix)

ebook | My Best Buddy oleh Sharina Elisa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah yang disampaikan penulis memang menarik walaupun ada beberapa bahagian tu macam tergantung.. Kisah mengenai Yaya yang kulitnya hitam dan sentiasa jadi mangsa buli rakan sekelas malah adiknya juga tidak sukakan dia.. Yaya mempunyai seekor itik bernama Oci yang sangat disayanginya.. Namun disebabkan sikap nakal dna dengki rakan sekelas Yaya, Oci akhirnya mati dan Yaya menjadi sangat sedih.. Sehinggalah munculnya Koci sebagai rakan baru Yaya.. Kemunculannya yang tiba-tiba mengundang tanda tanya.. Persahabatan Yaya dan Koci tidak disenangi.. Rakan-rakan Yaya mula menabur fitnah hingga hubungan yang baik berantakkan..

Pesanan penulis pada pembaca, siapa pun kita hati tu kena baik.. Berbaik sangkalah dna jangan terlalu sinis seolah-olah semua orang jahat.. Manusia itu tidak dipandang pada paras rupa tapi budi perkerti yang baik..

Sha baca dan selesai pada 26.02.2021

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published July 15th 2019 by Bookiut

Filem Jepun | Tokyo Ghoul (2017)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini Sha tonton sebab ada Kubota Masataka, suka tengok dia berlakon dalam Death Note tu yang cuba tengok filem lain yang ada dia.. Filem ini sedikit gore dengan adegan bunuh-bunuh, darah dan ghoul makan manusia.. Kalau tak biasa, jangan tengok nanti loya tekak..Sha pun jenuh jugalah telan air liur tengok filem ini.. Hahahaha..

Filem ini pasal Ken yang tanpa sengaja diserang Ghoul dan memang nasibnya baik bila hampir dibunuh, ghoul tu terkena runtuhan batu.. Ken dimasukkan ke hospital dan menerima organ ghaoul tu dan menyebabkan dia menjadi separuh manusia separuh ghoul.. Hidup Ken berubah 360 darjah bila dia dah tak boleh terima makanan biasa.. Ken kena makan manusia lain.. Bukan mudah untuk menyembunyikan siapa dirinya dari diketahui manusia lain.. Ken punya face mask bila dia berlawan dengan organisasi yang cuba menghapuskan Ghoul tu ohsem..

Movie: Tokyo Ghoul
Also Known As: Tōkyō Gūru, Tokyo Guru
Director: Hagiwara Kentaro
Screenwriter: Kusuno Ichiro
Genres: Action, Mystery, Horror, Psychological, Supernatural
Country: Japan
Release Date: Jul 29, 2017
Duration: 1 hr. 59 min.
University student Ken Kaneki becomes injured by Rize, a human eating ghoul. Ken is saved when a steel frame falls on the ghoul. They are both sent to the hospital, where Ken receives an organ transplant from Rize. Because of that, he becomes a half ghoul.

ebook | Si Penjual Aiskrim oleh Zint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah si penjual aiskrim yang terjebak dengan misi menyelamat bila seorang pembeli membeli aiskrimnya dan mengucapkan satu frasa.. Memang kelakar tengok dia berusaha emlindungi perempuan tu dari ditangkap orang jahat.. Dalam masa yang smaa dia tak ingat pun nama perempuan tu.. Memang kelakarlah.. Sesekali melayan komik sebegini memnag boleh release tension.. Lawaknya mampu buat kita sebagai pembaca bergelak ketawa..

Sha baca dan selesai pada 25.02.2021

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 2010 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd

Saturday, February 27, 2021

ebook | CUN #6: Chef oleh Artis-artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekali lagi Sha baca komik menggunakan tema makanan.. Komik-M telah mengeluarkan komik ini serentak bersama komik CKOM: RESIPI LEGENDA dan CKOM: NASI LEMAK.. 

Dalam komik ini, penulisnya semua perempuan.. Sebab tu tajuknya Cun #6: Chef.. Menyampaikan kisah berkaitan dengan chef atau tukang masak.. Ada kisah mengenai pertandingan memasak, usaha seorang chef dalam mencipta resepi masakan terhebat dan ada juga kisah mengenai makanan dan kasih sayang seorang ibu..

Sha baca dan selesai pada 25.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2020 by Komik-M, PTS Media Group

ebook | K-Pop Girl: ARMY yang Bertuah! oleh Husna Rosli

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis menyampaikan penceritaan yang menarik mengenai peminat kepada kumpulan BTS yang dikenali sebagai Army.. Bagaimana Yana yang nekad juga ingin ke Korea demi melihat persembahan live dari BTS.. Namun Yana ke Korea tanpa pengetahuan keluarganya disebabkan ingin menenangkan dirinya sendiri yang kini berbapa tiri.. Yana meraskaan bahawa dirinya tidak serasi dengan mak dan juga bapa tirinya.. Perjalanan ke Korea yang disangka lancar rupanya berakhir dengan musibah bila ejen yang ditemuinya di FB rupanya penipu.. Yana langsung tak dapat menonton konsert BTS namun Yana sempat bertentang mata dengan ahli BTS.. Percutian Yana bertukar 360 darjah bila Yana bertemu seorang perempuan tua dan menerima sebuah buku nota.. Yana dan BTS berada dalam dimensi yang sama namun semuanya bukanlah semudah yang disangka.. Yana terperangkap kerana ada sesuatu yang masih terbuku dihatinya.. 

Penceritaan penulis menarik dan diselitkan nasihat buat peminat artis tak kiralah tempatan atau luar negara, jangan jadi terlalu taksub.. 

Sha baca dan selesai pada 25.02.2021

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 2020 by Bookiut

Filem Melayu | Hantu Bonceng 2.0 (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Babak yang boleh buat Sha tergelak bila setiap kalai Joey muncul sebagai Mr. Durga.. Memang kelakar yang kelakarlah.. Penyeri betul Joey ini.. bolehlah nak layan sambil-sambil melipat baju atau mengemas rumah.. Hehehe.. Kelakar ada, seram adalah sikit.. Gandingan pelakonnya pun menarik..

Kali ini Amran dengan Kunyit diganggu semasa ingin ke Fraser Hill.. Motor Amran rosak dna mereka terpaksa bermalam di hotel kepunyaan Ayu.. Ayu ini pula pelik bebenor perangainya.. Macam hantu pun ada.. kejap muncul, kejap lagi hilang.. Di hotel ini Amranlah paling teruk diganggu bayangan seorang perempuan dan lelaki yang bergaduh.. Rupanya ada kes pembunuhan yang berlaku di hotel tersebut dan Amran berjaya menyelesaikannya..

Hantu Bonceng 2.0 (2021)
Country: Malaysia
Language: Malay
Release Date: 11 February 2021
Genres: Horror
Amran, Kunyit and Mat Motor goes on a getaway with their girlfriends to Fraser's Hill but is stalled when one of their member's bike breaks down. They are approached by mysterious local girl Ayu, who directs them to a creepy hotel to stay for the night. There, they encounter apparations and nightmares that can only be deterred by solving an old mystery.

ebook | Puaka Guli oleh Bahruddin Bekri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah mengenai sebiji guli yang menjadi rebutan.. Guli yang menyimpan ratusan tentera syaitan dan juga gerbang ke tempat harta karun tersimpan.. Kerana cuba mendapatkan harta, sebuah perkampungan teruk dimusnahkan.. Hanya tinggal beberapa keluarga sahaja dan dalang sebenar masih hilang tanpa dapat dikesan.. Pada zaman kini sekumpulan pelajar yang cuba membuat kajian dan menyiasat kejadian tersebut telah dipergunakan oleh mereka yang tak bertanggungjawab namun akhirnya rahsia terbongkar juga bila ada yang berkeras ingin menghapuskan kejahatan pada guli tersebut..

Sha baca dan selesai pada 24.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published January 6th 2020 by Penerbit X

Friday, February 26, 2021

ebook | Puaka Gasing oleh Tia Audria

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Gasing pun boleh dijadikan cerita.. Bermula di Jepun dan kemudiannya dibawa ke Malaysia.. Gasing yang telah diletakkan syaitan didalamnya mula menjalankan kerja menyesatkan manusia.. Seorang demi seorang berjaya di sesatkan hinggalah sampai ke tangan Taufik.. Mujurlah berlaku kemalanhan dan gasing tenggelam ke dasar sungai namun kerana telah terikat, Taugik umpama orang mabuk kepayang.. Merindukan gasing yang berada di dasar sungai.. Siapa yang memandang pasti akan terpukat kalau iman tak kuat di dada..

Sha baca dan selesai pada 24.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 19th 2020 by Penerbit X

ebook | Puaka Dewan Makan Asrama oleh Zehann ur Rakhie

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Penulisnya seorang sahaja namun ada 3 cerita didalamnya iaitu Yot, Kurung dan Mural.. Kisah Yot dan Kurung itu menyampaikan tragedi akibat kes pembulian.. Yot menyampaikan bagaimana mangsa buli mula bertindak balas akibat yidak mampu bertahan dibuli hingga menjadi satu tragedi yang diingat di asrama tersebut.. Untuk kisah Kurung pula semuanya berlaku dengan sengaja bila seorang pelajar telah mengurung dua rakan yang cuba membilinya dan membiarkan mereka mati di dalam dewan makan.. Kisah ketiga pula adalah kejadian tak sengaja yang bertukar menjadi pembunuhan..

Sha baca dan selesai pada 23.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader
Published January 24th 2020 by Penerbit X

Hershey's: Sprinkles 'N' Creme

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarikkan packaging dia.. Kalau ikut tekak Sha memang tak berapa suka coklat putih sebab rasa coklat putih ini lebih manis dari coklat biasa.. Tapi Hershey's: Sprinkles 'N' Creme ini tak manis.. Mungkin sebab ada sugar candy tu kot.. Dia rasa sedikit masam yang datang dari gula warna warni tu, buat rasa coklat putih tu tak manis.. Macam seimbang je rasa dia bila dekat lidah Sha.. Hahaha.. Harga jangan tanya ye, Sha lupa dah.. Beli minggu lepas coklat ini.. Lepas tu simpan dalam beg, ini baru makan.. Baru teringat.. Hehehe.. Tapi kalau korang teringin nak rasa boleh cari dekat 7Elevan.. Sha beli dekat situ, kat tempat lain tak ada pula nampak..


ebook | Sakti oleh Kieraeinz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita yang menarik tapi masih banyak persoalan yang tergantung bila perkataan tamat muncul.. Kay yang tiba-tiba boleh mendengar suara hati manusia lain dan bermimpikan Farish selepas kemalangan.. Kehilangan remaja lelaki dan perempuan yang pernah membuat pembedahan hati.. Kisah mengenai Farish dan empat sahabat baiknya iaitu Cikgu Hisham, Dr. Zamarul, Alice dan Wang.. Haikal yang diselamatkan dan juga kisah mengenai anak-anak Profesor Harun yang dilindungi.. Kenapa Haikal perlu diselamatkan?? Siapa sebenarnya Farish dan kawan-kawan dia.. Kenapa Hati Farish menjadi rebutan.. 

Mungkin penulis akan buat sambungan.. Harapnya cepatlah.. Ceritanya menarik..

Sha baca dan selesai pada 22.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 28th 2019 by Buku Fixi

Thursday, February 25, 2021

ebook | Puaka Rempit oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku puaka kali ini menyampaikan kisah sebuah motor yang diletakkan puaka demi memudahkan penunggangnya memenangi perlumbaan motor dengan mudah.. Namun motor tu mendambakan darah.. Dihilangkan setelah tuannya mati namun syaitan sentiasa berusaha menyesatkan anak adam.. Sekali lagi motor tu muncul dan membuat onar.. kematian demi kematian dan akhirnya kes lama turut terbongkar bila polis menjumpai tempat berlakunya korban darah untuk motor tersebut..

Sha baca dan selesai pada 21.02.2021..


Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published August 15th 2019 by Penerbit X

Dark Roasted Coffee Almond Butter

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Akhirnya berjaya juga beli Dark Roasted Coffee Almond Butter ini.. Semuanya sebab entry di Blog kak Farah yang bertajuk Dark Roasted Coffee Almond Butter.. Sha makan macam tu je.. Hahaha.. Sedap kot.. Kopikan.. Memang kesukaan Sha lah.. Rasa dia tak pahit atau pelik.. Kena sangat dengan taste bud Sha.. Memang jadi kesukaanlah.. Makan macam tu je pun dah sedap, apatah lagi bila dimakan bersama roti ataupun scones.. Uish.. Meleleh lak air liur nii masa taip entry.. Hahaha.. Owh ya, Sha beli di Shopee tau..

RM26.90 sebotol..

Pekat memikat butternya.. hehehe.. Sedap sampai dah tinggal banyak tu je..

ebook | Penjejak Kristal oleh Simon Malik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memula sekali nak bagi tahu, buku ini bersambung.. Kisah Alzroc dan Balder yang terjumpa batuan unik semasa mengembara ke dalam gua.. Batu itu dibawa balik dan ditunjukkan kepada Madam Blu seorang penjaga arkib dan beliau mengatakan bahawa asal batu itu mungkin beribu-ribu tahun dahulu.. Maka keduanya kembali semula ke gua tersebut untuk menyiasat dan membuat kajian.. Malangnya mereka diserang raksasa dan terjumpa kristal biru.. Rahsia apa agaknya yang tersembunyi disebalik kristal biru tersebut hingga Madam Blu memberikan jurnal suaminya kepada Alzroc untuk kajian..

Sha baca dan selesai pada 21.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published September 2019 by Bookiut

Drama Melayu | Kampong Pisang Bersiri-Siri: Episod 12 (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Episod kali ini merupakan sambungan Alam Pak Din.. Episod akhir ini dia macam kurang umph.. 

Alien datang ke Kampung Pisang dan menaiktaraf  Pak Karim dari lemah kepada boleh berlari laju dah macam the flash.. hehehe.. Lepas tu Wani yang tak pandai kepada cerdik kemain, siap boleh terangkan term-term matematik.. hahaha Akhir sekali Barkobar kepada lemah diberi kuasa menjadi kuat, selamba je dia angkat peti ais.. Masa nak dekat habis, ada lagi pak din muncul di warung Pak Jabit.. Sebenarnya Ska ke bukan.. Kenalah tunggu sambungannya..

ebook | Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM): Resipi Legenda oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini menghimpunkan 9 komik yang bertemakan makanan.. Pembacaan yang menarik bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga.. Ada resepi turut disertakan.. Namun ada satu komik yang tergantung penceritaannya dan penulis menulis perkataan akan bersambung.. Maka kenalah tunggu penulis buat sambungan.. Ada juga komik pasal pil makanan, bayangkan bila kita tak lagi memasak untuk makan sebaliknya hanya oerlu telan pil sahaja.. Mesti pelikkan..

Sha baca pada 21.02.2021 dan selesai pada 22.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published July 30th 2020 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd


Wednesday, February 24, 2021

ebook | Mukbang Girl oleh Sharina Elisa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel remaja dari Bookiut ini sangat comel.. Menyampaikan cerita mengenai Hanis seorang pelajar tingkatan empat yang cemerlang dan suka bermukbang secara rahsia.. Tiada siapa yang tahu mengenai aktiviti Hanis ini.. Namun hidup Hanis akhirnya kacau bilau bila dia dituduh mencuri dan video siapa dirinya yang sebenar terbongkar.. Tanpa disedari, ada yang dengki dengan dirinya..

Penulis berjaya membina cerita mengenai pelajar sekolah dengan menarik malah menyelitkan tauladan serta hikmah dalam cerita beliau.. Buku yang sesuai dibaca semua peringkat umur..

Sha baca dan selesai pada 21.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published March 2020 by Bookiut

Random Photo #6 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa petang-petang ini? Tengah minum petang ke tu.. Terima kasihlah singgah blog Sha.. Jomlah layan entry bergambar ini ye.. Asyik entry pasal buku je kan.. hehehe..

Kesukaan Sha.. Beli lagi buat stok.. Beli online di Shopee.. RM4.80 sebungkus..

Arwah abah Sha cukup suka air ini.. Saja beli sebab harganya agak murah.. Sebungkus ini RM10.50 dan ada 27 sachet dalam 1 pek ini.. Kira murahlah dari Nescafe kan.. hehehe.. Cuma rasa dia agak lemak manis.. Macam makan gula-gula kopiko tapi versi air.. Patutlah arwah abah Sha suka..

Jumaat lepas buat jamuan makan untuk adik-adik praktikal tempat Sha ini.. satu baru datang, yang satu lagi dah nak habis..

Nasi lemak, pulut kuning dan rendnag ayam..

Tu dia.. Kemain meriah buahnya.. hehehe..

Adik praktikal tempat Sha jual.. Sebekas ini RM6.. Penuh isinya.. Sambal kicap dia pun wow..

Isnin malam encik Suami ajak makan luar.. Lama dah anak-anak terkurung je dalam rumah, makanya saja lah bawa keluar.. Ini nasi budget.. Harganya RM3.50 je tapi memang puas hatilah.. Ada 2 ketul ayam goreng, sup pedas, nasi, telur dadar dan sambal tumis.. Sambal tumis dia tu yang mengancam..

Ini pula cheezy wadges yang harganya RM3.50 sahaja.. Meriah dengan cheese dan mayonis.. hehehe

Biskut Makmur yang sedap dan Murah.. Kawan pejabat Sha jual.. Harga sebalang ini RM11 sahaja.. Biskutnya tak manis, berderai dimulut dan kacangnya rangup.. Memang sangat menepati tekak Sha.. hehehe..

ebook | Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM): Nasi Lemak oleh Artis-artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Misi membaca kembali hangat dengan penemuan pelbagai jenis buku baru di PNM e-Reader..

Kali ini Sha baca komik dari Komik-M iaitu Cabaran Komik Onlinie Malaysia dengan tajuk Nasi Lemak.. Walaupun tak semua cerita menggunakan nasi lemak namun cerita-cerita yang disampaikan semuanya menarik.. Ada 9 tajuk dengan kepelbagaian yang unik dan menggambarkan masyarakat di Malaysia.. Memang bacaan yang sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi orang dewasa.. Siap ada resepi lagi.. hehehe.. Paling best komik ini bercerita tentang makanan macam Nasi Lemak, rendang, kuih badak berendam, parpu telur dan lain-lain lagi.. Malah ada pelukis yang turut menyampaikan cerita mengenai pembaziran makanan.. Memang ohsemlah..

Sha baca dan selesai pada 21.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published July 29th 2020 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Tuesday, February 23, 2021

ebook | Misi Reunion oleh Nazry Salam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke 30 untuk tahun 2021.. Komik misi kali ini mengumpulkan Zahid bersama teman-teman lamanya.. Disebabkan mereka semua sudah berkerja, perjumpaan antara mereka agak susah untuk berlaku.. Maka Zahid merancang percutian bersama namun lain pula yang jadi.. Misi reunion mereka bertukar menjadi misi menyiasat dan juga menyelamat.. Khabar angin mengenai hantu dan kehilangan penduduk kampung menjebakkan mereka.. Berjayakah mereka menyelesaikan misi tersebut..

Sha baca dan selesai pada 21.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2020 by PTS Publishing House Sdn Bhd

ebook | Puaka Kafe Hipster oleh Sabrina Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tiga cerita dalam satu buku yang berkisarkan mengenai Kafe Hipster.. Memang menarik untuk dibaca..

Pusara Pusaka oleh Sabrina Ismail
Adoi.. nama cafe pun dah mengundang rasa.. Sara seorang bligger yang rajin berkongsi mengenai Kafe Hipster telah ke Ipoh untuk membuat liputan.. Semasa berada di Ipoh, Sara telah ke Kafe Pusara Pusaka dan menerima sesuatu yang memang dah lama menunggu kedatangan Sara.. Tanpa sengaja warisan lama diwarisi Sara.. Syaitan sentiasa berusaha menyesatkan..

Warkah Untuk Rafeah oleh Mira Ishak
Kerana perasaan cinta yang keterlaluan membuatkan manusia menjadi gila dan membunuh serta mensyirikkan diri dari Allah.. Mujurlah waris yang tinggal berjaya melepaskan.. Memang kisah yang berlaku walau dizaman moden..

Pelaris Uwan Besah oleh CikPuan Fifi
Bila meminta tolong pada syaitan memang tak kemanalah perginya.. Mujur ada yang sudi membantu memulihkan.. Sebaik-baik pertolongan adalah kepada Allah kita meminta..

Sha baca dan selesai pada 20.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published March 2019 by Penerbit X

Lirik | My Oxygen by Supanut Lourhaphanich

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa lagu ini masa bersiar-siar di youtube.. Bila dengar sambil baca lirik terjemahan, eh menarik lagunya.. Muzik dia pun ohsem.. Suara penyanyi dia okay okay je.. Sha fall in love dengan lagu dan lirik dia.. hahaha.. Siap buat caller ringtone okay.. Sha suka bahagian You're my oxygen tu.. hehehe..

My Oxygen by Supanut Lourhaphanich (Rom/Eng) Lyric
Kun tee jai me piang kwam wang bplao
(A man with hollow heart)
Bpen nang seu tee mai mee reuang rao
(A book unwritten and scarce)

Jai duang nee tee glai ja dtai Jak jai tee du gao gao
(This withered dying heart)
Tur tam hai mee kwam mai
(You've brought it to life)

Yang gap seng ahtit nai na nao
(Like the sunshine in the midst of winter)
Te ma koi bpen ai un yam chao
(The warmth at the dawn)
Tam hay chan may nao gern bpai
(Sheltering me from the cold)
Tur kao jai reu bplao, wah tur sam kan kae nai
(Do you realize how special you are?)

Tar tur ja tam, wah rak tur tao ray, chan kong hai tur dai kae nee
(If asked, how much I Love You, this is that much)

Kun kun nee.. mee tur bpen lom hai jai
(this is you, you're my oxygen)
Tar meau ray tur hai bpai nan nan, chan kong tor ra man
(When you're away, I'd always be in pain)
Dang kat a gat hai jai
(Gasping for air in vain)
Tar may mee tur, kung may mee lom hai jai
(If there was no you, there was no oxygen)

Tur ja ru reu bplao, tur nas sam kan, mak mai kae nai
(Do you realize how special you are?)
Yang ngai gor dtong mee tur
(No matter what, there must be you)

You're my oxygen, You're my oxygen,
You're my oxygen,
Chan jam bpen ja dtong mee tur
(And I really need you)

You're my oxygen, You're my oxygen,
You're my oxygen,
Chan jam bpen ja dtong mee tur
(And I really need you)

Tur mar tam hai lohk may wang bplao
(You completed my world)
Tur fah chan ma glai jak kwam ngao
(Rid me of loneliness)

Dtor chee wit tee glai ja dtai
(Holding living which almost dies)
Dtor lom hai jai tee bao, hai glap keun ma ik krang
(Breathing new life into a dying soul)

Tar tur ja tam, wah rak tur tao ray, chan kong hai tur dai kae nee
(If asked, how much I Love You, this is that much)

Kun kun nee.. mee tur bpen lom hai jai
(this is you, you're my oxygen)
Tar meau ray tur hai bpai nan nan, chan kong tor ra man
(When you're away, I'd always be in pain)
Dang kat a gat hai jai
(Gasping for air in vain)
Tar may mee tur, kung may mee lom hai jai
(If there was no you, there was no oxygen)

Tur ja ru reu bplao, tur nas sam kan, mak mai kae nai
(Do you realize how special you are?)
Yang ngai gor dtong mee tur
(No matter what, there must be you)

You're my oxygen, You're my oxygen,
You're my oxygen,
Chan jam bpen ja dtong mee tur
(And I really need you)

You're my oxygen, You're my oxygen,
You're my oxygen,
Chan jam bpen ja dtong mee tur
(And I really need you)

Kun kun nee.. mee tur bpen lom hai jai
(this is you, you're my oxygen)
Tar meau ray tur hai bpai nan nan, chan kong tor ra man
(When you're away, I'd always be in pain)
Dang kat a gat hai jai
(Gasping for air in vain)
Tar may mee tur, kung may mee lom hai jai
(If there was no you, there was no oxygen)

Tur ja ru reu bplao, tur nas sam kan, mak mai kae nai
(Do you realize how special you are?)
Yang ngai gor dtong mee tur
(No matter what, there must be you)

You're my oxygen, You're my oxygen,
You're my oxygen,

You're my oxygen, You're my oxygen,
You're my oxygen,

Lirik Versi English
Empty feeling was around me
Aimless life just had no meaning
And my heart was beating slow, you came rescued my soul,
You loved me back to life
You're the morning winter sunrise,
Keep me warm in freezing cold time
You are heaven-sent, you see?
You mean the world for me, you bring me brighter sky
If I describe, this great love of mine,
I would say

You're the air
So I can breathe just fine.
Can't go on if you're gone away, I won't be ok
No way I can survive.

Without you
I can't breathe, I would die
Have I ever told how much I need you in my life?
And I just long for you.

You're my oxygen,
You're my oxygen,
You're my oxygen,
I can't live without you now
You're my oxygen,
You're my oxygen,
You're my oxygen,
I can't live without you now.

From the emptiness you save me, no more loneliness you free me
Oh you fuel my heart to beat, and make me wanna live,
you bring me back to life.

If I'm to describe, this great love of mine,
I would say

You're the air
So I can breathe just fine.
Can't go on if you're gone away, I won't be ok
No way I can survive.

Without you
I can't breathe, I would die
Have I ever told how much I need you in my life?
And I just long for you.

You're my oxygen,
You're my oxygen,
You're my oxygen,
I can't live without you now.
You're my oxygen,
You're my oxygen,
You're my oxygen,
I can't live without you now.

You're the air
So I can breathe just fine
Can't go on if you're gone away, I won't be ok
No way I can survive.

Without you
I can't breathe, I would die
Have I ever told how much I need you in my life?
And I just long for you.

You're my oxygen,
You're my oxygen,
You're my oxygen,

You're my oxygen,
You're my oxygen,
You're my oxygen,

Novel | Life Baggage oleh Syaz Eym

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini Sha terima dari penulis sebagai hadiah.. Terima kasih Sha ucapkan pada penulis dan tahniah juga untuk buku yang kedua.. Antara buku fizikal yang Sha pilih untuk baca pada bulan Februari ini..

Penulis membawakan tajuk Life Baggage atau dalam bahasa Melayu Bagasi Hidup.. Menggunakan font yang besar memang memudahkan pembacaan malah cover hadapan beliau juga sangat memberikan gambaran tentang isi didalamnya..

Ada 3 kisah dalam ini.. Kisah 1 dan 2 ada pengajaran yang tersendiri tapi kisah 3 paling memberi impak pada Sha.. Kisah Segala Tentang Dua yang memaparkan betapa berseliratnya hidup manusia ini bila keputusan yang dibuat itu berdasarkan rasa mahu memiliki.. Kisah Hatim, Najah, Fendi, Jahra, Mustaqim dan Yasmin.. Kisah mereka yang saling berkait namun akhirnya bertemu bahagia pada peluang kedua.. Sha jatuh cinta dengan apa yang penulis sampaikan melalui Hatim..

'Percaya pada peluang kedua'

'Mensyukuri apa yang kita ada dan yang kita mampu beri'

"Menghargai dan menikmati walaupun perkara-perkara kecil. Sebab kita tak tahu masa depan kita macam mana. Siapa yang akan pergi tinggalkan kita, siapa pula yang akan masuk dalam hidup kita".

Sha baca dan selesai pada 20.02.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published January 2021 by Syihabudin Press

Berminat untuk dapatkan buku ini?? Boleh hubungi penulis di:-

Monday, February 22, 2021

ebook | Puaka Bundle oleh Ayda Arianna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke 27 untuk tahun 2021.. Laju sebab terjumpa buku baru di aplikasi PNM e-Reader.. hehehe.. Banyak dah siri ini..

Kali ini pasal baju bundle.. Asalnya baju tu tak dijual, sebaliknya tergantung di dalam frame.. Namun syaitankan.. Usahanya menyesatkan anak adam.. Pembeli dan penjual, keduanya diganggu hingga menyebabkan kematian dan baju tu pulang semula ke kedai tersebut.. Kejadian kedua akhirnya membongkar rahsia di sebalik sehelai baju.. Kerana tak dapat menerima takdir kematian, maka baju tu dipuja untuk memanggil kesayangan.. Namun yang datang syaitan durjana..

Sha baca dan selesai pada 19.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published November 2018 by Penerbit X

ebook | Aku, Kau & Malaysia: Barisan Hadapan (Frontliners) oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang sangat ohsem.. Mengenai cabaran petugas barisan hadapan sepanjang Malaysia diserang Covid19.. Sindiran kepada masyarakat yang susah nak patuhi SOP dan pertauran.. Pengorbanan mereka yang berpenat lelah dan bertungkus lumus menjaga negara seperti polis, doktor, pegawai perubatan, askar dan ramai lagi.. Memang bacaan yang bagus.. Usaha menghargai jasa mereka melalui komik memang terbaiklah.. Bacaan yang bagus untuk anak-anak dan semua lapisan umur..

Sha baca dan selesai pada 19.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published September 2020 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Nakada Air Fryer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya misi membeli Air Fryer tercapai juga.. Memang nekad nak beli sebab rasa berkeperluan gitu.. Beli masa flash sale dekat Shopee dan harganya berbaloi pada Sha.. Namun warna yang ditawarkan masa jualan murah tak berapa Sha berkenan tapi beli jugalah sebab warna je pun.. Lama-lama pandang mesti jatuh cintakan.. Masalahnya tak payah tunggu lama, buka je kotak terus jatuh cinta.. hahaha.. Encik suami suruh cuba terus lepas keluar kotak.. Kami masak kentang dan nugget.. Memang bestlah.. Rasa dia tak sama macam kita goreng.. Pada Sha dan keluarga kami suka lagi versi Air Fryer ini, lebih sedap.. Cuma kena try and errorlah.. hehehe.. Hari pertama je 3 trip memasak.. Memang bestlah rasa hati Sha bila anak-anak dan encik suami pun suka.. Sangat-sangat memudahkan..

Sha beli pada 16/02.2021 dan selamat terima pada 19/02/2021 dengan harga RM189 serta postage RM6.46 (selepas diskaun Rm4.03).. Sha guna shopee ekspress..

Dapat gunting dan pengepit makanan..

Inilah rupa nya.. Sha memang nak beli versi buka macam ini.. 

Perkakasan yang datang sekali..

Set ini memang diberikan percuma..

Cubaan pertama menggunakan air fryer..

Sunday, February 21, 2021

ebook | HERO #1: Sudah Mati? (HERO #1) oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik tanpa dialog namun berjaya menyentuh perasaan.. Lukisan yang dilukis penulis berjaya memberi impak pada Sha.. Namun ada yang mungkin tak suka stail komik begini.. 

Sha baca dan selesai pada 19.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published March 17th 2017 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Makanan | Cadbury Twirl Caramilk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masuk je 7Eleven hilang ingatan.. Hahaha.. Rambang mata melihat coklat pelbagai jenis.. Ternampak Coklat jenama Cadbury ini macam menarik.. Sha pun belilah buat rasa dan jadikan entry blog.. Sedap.. Memang bestlah.. Tambah masa Sha makan tu coklat ini lembut je.. Terasa bahagian tengah yang putih tu cair di mulut.. Hehehe.. Cuma harganya agak mahal sedikit..

Tak ingatlah harganya berapa.. RM5 lebih kalau tak silap..

Ada dua batang.. Sedap dan puas..

ebook | Bayang Puaka Sekolah: Puaka Asrama, Puaka Stor Sukan, Puaka Bilik Darjah oleh Khairul Nizam Khairani, Siti Solehah, Pn Fakarina, Del Osmera, Lyla, Lavender Biru, Rhea

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menghimpunkan 3 buah buku iaitu Puaka Asrama, Puaka Stor Sukan dan Puaka Bilik Darjah.. Ketiga-tiga buku ini Sha dah baca sebelum ini.. Kiranya baca lagi sekalilah.. Hehehe.. Seronok juga bila baca gabungan macam ini.. Perasaan seram tu lebih menusuk ke jiwa dan memberi ingatan serta memori mengenai sekolah dengan lebih dekat lagi.. Ketiga-tiga novel ini berkaitan dengan sekolah dan disampaikan oleh penulis dengan sangat baik.. Memang ohsemlah..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published December 13th 2019 by Penerbit X

Saturday, February 20, 2021

ebook | Puaka Kuda Kepang oleh Mira Ishak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha mencari momentum bacaan dengan membaca buku-buku nipis dan genre kesikaan Sha iaitu komik dan seram..

Kali ini Sha pilih buku seram dari Siri Cerita Hantu bertajuk Puaka Kuda Kepang.. Ceritanya berkisarkan ilmu bermain kuda kepang yang diwarisi oleh Haji Sunan.. Namun ilmu tersebut tak lagi diamalkan kerana bertentangan dengan ajaran Islam tapi tak pula dibuang.. Hanya diketepikan.. Bila ilmu tersebut meragut nyawa anaknya pun Haji Sunan tetap mendiamkan sahaja dengan harapan makhluk tersebut menghilang.. Malangnya cucu Haji Sunan menjadi sasaran dan ketika ini barulah Haji Sunan berusaha mendapatkan bantuan..

Penyampaian yang menarik oleh penulis..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published March 2019 by Penerbit X

Filem English | Monster Hunter (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik sebab ada Milla Jovovich.. Hehehe.. Cerita dia sempoi je.. Pasukan Milla ditugaskan mencari pasukan askar yang hilang tapi mereka terperangkap dalam ribut elektrik yang luar biasa.. Bila mereka tersedar, mereka berada di dunia lain dan diserang raksasa Diablos yang ganas dan duduk dibawah pasir.. Menyerang bila terdengar bunyi.. Berjaya melarikan diri dari raksasa pertama tapi tak sempat relaks merrka diserang pula oleh raksasa Nerscyllas iaitu raksasa berbentuk labah-labah yang menyerang diwaktu malam dan bersembunyi dari matahari.. Hanya Milla sahaja yang selamat dan berjumpa dengan Tony Jaa.. Mereka gaduh-gaduh manja dulu sebelum berkerjasama menentang raksasa pertama dan bertemu dengan penduduk dunia tu yang lainnya..

Rupanya manusia dari bumi yang telah ke aitu dan membuat huru hara.. Bila Milla berjaya balik ke dunia asal, raksasa Rathalos seperti naga telah ikut beliau dan mula menyerang askar yang menyelamatkan Milla.. Ending dia macam akan ada sambungan.. Kena tunggu jelah nanti..

Nak kata syok sangat tu tak juga tapi okaylah untuk layan kalau minat Milla dan Tony Jaa atau raksasa ganas.. hehehe.. Syok tengok diorang lawan pakai pedang yang boleh keluar api.. 

Monster Hunter
2020 ‧ Action/Fantasy
Behind our world, there is another -- a world of dangerous and powerful monsters that rule their domain with deadly ferocity. When Lt. Artemis and her loyal soldiers are transported from our world to the new one, the unflappable lieutenant receives the shock of her life. In a desperate battle for survival against enormous enemies with incredible powers and unstoppable, terrifying attacks, Artemis teams up with a mysterious hunter who has found a way to fight back.