Saturday, October 5, 2024

Imani & Khat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini cerita Jumaat minggu lepas.. Masa hari kejadian Sha dekat Melaka, ada kursus.. Cikgu dan encik suami yang update dalam group whatsapp.. Imani pun tak sangka dia akan menang.. Masa hari pertandingan, jenuhlah dok ingatkan dia untuk bawa pensil khat.. Mujurlah memang ada extra dekat rumah.. Bila balik dari pertandingan tu pun dia macam tak berapa yakin yang dia akan menang.. Alhamdulillah, rezeki dia.. Hadiah disampaikan masa Majlis sambutan Maulidur Rasul di sekolah Jumaat pagi.. sukalah dia, siap buat video dia buka hadiah..

US/Jepun | Terminator Zero (TV Series 2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Animasi ini tak sesuai ditonton kanak-kanak ya.. Agak ganas dan tak ada sensor.. huhuhu..

Masih lagi mengekalkan premis penceritaan yang sama dimana, askar dari masa depan dihantar ke masa lalu untuk menukar masa depan.. Masalahnya bila kembali ke masa lalu, jalan ceritanya pastilah berubah untuk masa lalu itu sahaja.. Masa depan masih akan sama..

Malcolm Lee ini menghasilkan satu AI yang diberi nama Kokoro dengan harapan, Kokoro akan mengalahkan Skynet.. Terlalu fokus pada Kokoro, Malcolm abaikan 3 anak beliau iaitu Kenta, Reika, dan Hiro.. Eiko dihantar ke masa lalu untuk menghalang Malcolm dari melancarkan Kokoro.. Pada masa yang sama Skynet turut menghantar terminator untuk membunuh Malcolm dan 3 anaknya.. 

Kalau tengok penamat pada episod akhir, macam akan ada season baru.. Kita tunggu je lah.. Okay ja nak layan kalau memang minat siri terminator ini..

Terminator Zero
2024 ‧ Animation/Action/Adventure/Sci-Fi ‧ 1 season (Episode - 8) ‧ 28m
In Japan, Malcom Lee has been developing another AI system that is intended to compete with SkyNet. As Judgement Day approaches in 1997, Lee finds himself and his three children pursued by an unknown robot assassin.

Friday, October 4, 2024

ebook | Delima oleh Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini memang betul-betul cerita tentang Delima.. Kisah Delima yang berkenalan dan bercinta dengan Azhad seorang penyiasat persendirian.. Awal buku ini memang comellah sebab Azhad bawa Delima jumpa mak ayah dia.. Tapi tu lah.. Lepas tu berlaku perselisihan faham.. Kalai Sha jadi Delima pun Sha cemburu sebab selalunya Azhad bagi tahu ja kes apa dia siasat walaupun tak terperinci.. Kali ini main rahsia-rahsia pula.. Konflik kecil sajalah.. Mengimbau kenangan zaman pkp juga ebook ini..

Sha baca dan selesai pada 03.10.2024..

Published September 1, 2021 by Ummi Syafiqah Zaki

Kabuki Grilled Seaweed Roll Rice Cracker

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini buah tangan yang encik suami bawa balik.. Memang kesukaan Sha dengan anak-anaklah kalau snek seaweed ini.. Cuma yang ini dia buat ala-ala sushi.. Menarik betul sebab dalam gulungan rumpai laut tu ada keropok.. Seronok betul mengunyah.. Rangup dan sedap..

Kabuki Grilled Seaweed Roll Rice Cracker (12 packs X 7g) - RM10

Pembungkusannya panjang-panjang..

Inilah rupa dia.. Dalam gulungan rumpai laut tu ada keropok..

ebook | Cef Pastri Junior oleh Hayati Hanif

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini tentang seorang budak bernama Aina yang sangat nakal dan malas.. Aina selalu tak siap kerja sekolah, datang lambat dan malas membantu ibunya.. Satu hari ayah dan mak Aina membuat perjanjian dengan Aina.. Sekiranya peperiksaan pertengahan tahun Aina gagal, maka Aina perlu membantu ayah Aina di kedai roti.. Aina mulanya bersemangat namun kemudian malas.. Akhirnya Aina gagal dan didenda membantu di kedai roti ayah Aina.. Aina tetap juga dengan sikap tak bersungguh dan malas malah berani membuat onar, mujurlah tak ada yang teruk berlaku.. 

Aina akhirnya sedar dan mendapat pengajaran.. Malah Aina juga berjaya menghasilkan donut yang sedap serta menggamit kenangan pada sesiapa yang memakan donut Aina..

Sha baca dan selesai pada 03.10.2024..

Published July 22, 2011 by PTS Media Group Sdn. Bhd.

Thursday, October 3, 2024

Hershey's Cookies 'N' Creme

Assalamualaikum
Hye semua..

Ketulan biskut yang meriah pada coklat.. Sha kurang minat coklat putih sebab pada Sha coklat putih ini manis tapi bila makan Hershey's Cookies 'N' Creme ini, Sha suka.. Sebabnya tak manis.. rasa dia seimbang disebabkan ketulan biskut tu.. Sedap tau mengunyah coklat bila ada ketulan biskut.. Meriah ja rasa dalam mulut.. kikiki..

Hershey's Cookies 'N' Creme (40g) - RM3.29

Nampak tak betapa meriahnya coklat tu dengan ketulan biskut.. Ohsem okay..

ebook | Anis Si Ratu Payung: Saya Sayang Awak! oleh Hayati Hanif

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang comel.. Kali ini Anis terpaksa berdepan dengan sepupu yang tidak disukainya iaitu Zuria.. Anis tak suka Zuria sebab Zuria suka merosakkan barang.. Perkara pertama yang Anis buat bila dapat tahu Zuria akan tinggal dengannya sepanjang cuti sekolah ialah menyembunyikan payung-payung kesayangannya.. Masalahnya kali ini Zuria datang dengan Jimi seekor kucing yang bijak dan agak nakal.. Anis ingin ke kubu rahsia bersama Hana dan Sofia tetapi Zuria juga ingin ikut.. Anis terpaksa membawa Zuria bersama kerana tidak mahu dimarahi emak.. Semasa ekspedisi mereka, Zuria hilang dan ini akhirnya membongkarkan perasaan sebenar Zuria terhadap Anis..

Sha baca dan selesai pada 02.10.2024..

Published October 12, 2012 by PTS Media Group Sdn. Bhd.

Lee Butter Coconut Flavoured Biscuits

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut dengan rasa mentega dan kelapa.. Memang ngamlah.. Wangi bau kelapa tu.. Bila gigit biskut, rasa ketulan kelapa juga tau..Bahagian atas biskut ada gula halus.. Memang sedaplah.. Jadi lagi sedap sebab biskut tu ada mentega juga.. Memang layan kunyah biskut ini..

Lee Butter Coconut Flavoured Biscuits (160g) - RM2.40

Banyak juga isi dia..

Dapatlah sebekas comel ini..

Wednesday, October 2, 2024

ebook | Jurig Jarian oleh Prayudi Q.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini membawa pembaca menyelami kisah seram di sebuah kampung yang diliputi misteri.

Watak utama cerita ini ialah sekumpulan remaja sekolah yang skeptikal terhadap hal mistik, perlahan-lahan terjebak dalam kancah seram ini apabila cuba merungkai misteri sepucuk surat yang dijumpai.. Surat itu membawa mereka ke sebuah kampung lama dimana pernah berlaku kejadian sebuah keluarga yang ditelan bumi.. 

Penulis berjaya membina suasana seram dengan elemen tempatan dan kisah rakyat, mencampurkan ketakutan psikologi dan realiti kehidupan desa yang sederhana. Penceritaannya mendalam dan kaya dengan emosi, membuatkan pembaca terjebak dalam dunia penuh misteri dan rasa takut yang menghantui setiap halaman.. Ketakutan bermula bila mereka berada dekat dengan kawasan yang dikatakan misteri dan dihuni hantu jurig jarian..

Buku ini adalah satu bacaan wajib bagi peminat genre seram, kerana ia bukan hanya mengusik ketakutan terhadap yang ghaib, tetapi juga membawa peringatan tentang dosa dan rahsia yang cuba disembunyikan oleh manusia..

Sha baca dan selesai pada 01.10.2024..

Published April 1, 2009 by Gramedia Pustaka Utama

Himalaya Vajomba Altice Fresh Mints

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tu dia.. Vajomba keluarkan perisa baru.. Pergh!! Jatuh cinta Sha dengan rasa dia.. Lebih segar dan menangkap, berangin je mulut lepas makan.. Harga pun berpatutan.. Memang sesuai sangat makan masa memandu, terus segar.. Awesome.. Cumanya jangan makan dengan keraplah sebab gula-gula ini ada garam, nanti dehydrate/cepat dahaga pula.. 

Himalaya Vajomba Altice Fresh Mints (15g) - RM2.20

Warna hijau gelap gula-gula dia..

Tuesday, October 1, 2024

Hudson's Wild Cherry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa ceri yang berangin dan menyegarkan.. Gula-gula zaman kanak-kanak.. Mana nak dapat sepeket ini harga RM1 ja.. Sekarang RM1 boleh dapat dalam 5 ke 6 biji ja gula-gula.. Sha beli ini masa promosi tu yang murah.. Tapi rasa ini ja lah.. Bolehlah buat hilang mengantuk masa memandu.. Cumanya kena bubuh dalam bekas kedap lah.. 

Hudson's Wild Cherry (100g) - RM1.00

Merah mengancam warna gula-gulanya..

ebook | Rasuk oleh Uja Hamza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen pendek dari aplikasi Cereka.. Kisah Muaz yang diterima berkerja di sebuah kedai bakeri.. Awalnya semua bai-baik sahaja.. Muaz buat kerja sambil berbual dengan Pakcik Hasnol.. Namun makin lama makin pelik perbualan mereka dan perangai Pakcik Hasnol pun makin lain.. Sampailah nama Muaz dipanggil kawannya Saenal.. 

Sha baca dan selesai pada 26.09.2024..

Aik Cheong It’s Cup White Choco Biscuit Crumbs

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa coklat putih.. Tak manis dan tak adalah pelik rasanya.. Bila bubuh serbuk biskut tu, macam tak ada impak apa pun.. hahaha.. Mungkin sebab bila kena air dia jadi kembang kot.. Tapi menariklah.. Selalu air coklat biasa kan.. Kali ini dia buat guna coklat putih.. Macam rasa susu pun ada..

Aik Cheong It’s Cup White Choco Biscuit Crumbs (45g)

1. White Choco Premix
2. Biscuit Crumbs

Putih airnya.. Lepas tu yang serbuk tu, serbuk biskut..