Tuesday, December 24, 2024

Temujanji Ortodontik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susulan Temujanji Ortodontik & X-Ray 2 minggu lepas.. Jumaat (20.12.2024) aritu, Imani perlu ke Klinik Ortodontik lagi.. Kali ini doktor bagi plan untuk pakai pendakap gigi atau gigi palsu.. Ini kerana gigi taring Imani kemungkinan besar tak dapat nak diselamatkan.. Namun keputusan perlu tunggu setahun lagi.. Doktor tunggu sampai Imani betul-betul dewasa sebelum ambil tindakan.. Kiranya lepas ini memang kena pilih antara 2 lah.. Gigi taring tu dah jauh sengetnya.. huhuhu..

Menanti tarikh temujanji seterusnya..

Friday, December 20, 2024

Samyang Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Teringin nak cuba, Sha belilah juga.. Ingatkan bila ada cheese, kuranglah pedas dia.. Tidak ya saudara saudari.. Sha bubuh sikit je sos dia pun tetap pedas ya amat.. Jadinya kita makan sesudu saja.. Lepas tu menung tengok ramen ini.. Demi keselamatan perut, tidaklah Sha teruskan memakan.. Seram.. Risau perkara lain pula yang jadi kalau terus makan.. Makanya kita pandang mi, mi tu pandang kita.. huhuhu..

Samyang Cheese RM7.65 (105g)

Isi dalam dia.. Ada perencah, serbuk keju dan mi..

Setelah digaul semuanya.. Inipun Sha bubuh perencah dia tu separuh ja..

Korea | Light Shop (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini membawa kita ke sebuah kedai lampu misteri yang dibuka hanya pada waktu malam. Jung Won-young (lakonan Ju Ji-hoon) adalah pemilik kedai lampu ini, yang bukan sahaja menjual lampu tetapi juga menjadi saksi kepada pelbagai kisah manusia (dan roh!) yang melangkah masuk ke kedainya..

Apa yang membuatkan drama ini istimewa ialah gabungan suasana misteri, seram dengan penceritaan yang perlahan tetapi penuh emosi.. Watak-watak dalam cerita ini, termasuk Kwon Young-ji (Park Bo-young) dan Lee Ji-young (Kim Seol-hyun), membawa kita melalui pelbagai konflik dalaman mereka.. Setiap pengunjung kedai lampu ini tidak hanya mencari cahaya fizikal, tetapi juga pencerahan jiwa..

Apa yang Sha suka dengan drama ini ialah:

Latar kedai yang unik dan penuh simbolik.
Lakonan mantap Ju Ji-hoon yang benar-benar membawa wataknya..
Elemen seram dan misteri yang tidak klise tetapi tetap menarik perhatian..

Apa yang mungkin kurang dan tidak digemari penonton lain:

Tempo cerita mungkin terasa perlahan bagi sesetengah penonton..
Beberapa subplot seperti tergantung tanpa penjelasan penuh, jadinya kita kena fikirkan sendiri..

Secara keseluruhan, Light Shop adalah drama yang bukan hanya menarik dari segi visual tetapi juga menyentuh hati.. Ia membuatkan Sha berfikir tentang cahaya, baik yang kita cari dalam hidup mahupun yang kita berikan kepada orang lain..

Drama: Light Shop
Also Known As: Lighting Store, Shop of the Lamp, Lighting Shop, Lightshop Keeper, Jomyeonggage
Director: Kim Hee Won
Screenwriter: Kang Full
Genres: Thriller, Mystery, Horror, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Dec 4, 2024 - Dec 18, 2024
Aired On: Wednesday
Original Network: Disney+
Duration: 42 min.
The series follows the story of a group of strangers who are all having a hard time processing a horrible experience from their past. Each of them is going about their normal lives when they are all strangely pulled to a light shop located at the end of a dubious alleyway. A cautious shopkeeper guards the light shop, which may contain the key to the strangers' pasts, present, and futures.

~~ Adapted from the webtoon "Shop of the Lamp" (조명가게) by Kang Full (강풀).~~

Thursday, December 19, 2024

ebook | Sahabat Misi 3Q #1: Suatu Permulaan oleh Ben Wong, A. Ubaidillah Alias (Penulis)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang menyentuh hati.. Dengan watak utama Akid Fitri, komik ini membawa kita memahami pentingnya kasih sayang keluarga, persahabatan yang ikhlas, dan kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.. Gabungan nilai qudwah, qanaah, dan quwwah menjadikan cerita ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga panduan untuk memperbaiki diri. Gaya lukisan Ben Wong yang menarik dan cerita mendalam oleh Ubaidillah Alias menjadikan komik ini sesuai untuk pembaca pelbagai usia..

Komik ini komik bersiri.. Buku pertama ini bermula dengan perkenalan kita pembaca kepada 3 watak utamanya iaitu Akid, Ilham dan juga Izz.. Bagi siri satu ini, penulis membangkitkan permasalahan buli dan peras ugut dan sikap pelajar yang membawa barang terlarang.. Bagaimana usaha sekolah dalam mengatasi permasalahan ini..

Sha baca dan selesai pada 19.12.2024..

Published June 13, 2022 by Komik-M

US | Venom: The Last Dance (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau tengok ending macam akan ada lagi.. kikiki..

Eddie menjadi buruan Xenophage yang dihantar oleh Knull.. Knull ini pencipta Venom.. Oleh kerana Eddie dengan Venom bergabung, dalam badan mereka ada Codex yang boleh membebaskan Knull dari penjara dan ini menjadi penyebab lebih banyak Xenophage dihantar ke bumi.. Makanya terpaksalah Eddie melepaskan simbiot lain yang ada dalam tahanan tentera untuk melawan Xenophage.. Pada akhirnya Venom terpaksa mengorbankan diri dia demi menyelamatkan bumi dari serangan Xenophage yang menggila..

Venom: The Last Dance
2024 ‧ Action/Sci-fi ‧ 1h 49m
Eddie Brock and Venom must make a devastating decision as they're pursued by a mysterious military man and alien monsters from Venom's home world.

Yeo's Yeogurt Mangga

Assalamualaikum
Hye semua..

Sha beli air ini dekat kedai ECO, dua kotak dengan harga RM2.40.. Rasa mangga yang sangat mewah dan sedap.. Nak lagi sedap, sejukkan dahulu kemudian minum.. Pergh!! Melegakan tekak.. Jarang ada air yogurt dari jenama Yeo's ini di kedai ECO.. Bila jumpa haruslah kita beli sebab sedap..

Yeo's Yeogurt Mangga (200ml) RM1.20

Wednesday, December 18, 2024

USA | Red One (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita yang simple dan tak perlu penng-pening.. Kisahnya santa claus kena culik disebabkan Jack bocorkan kordinat Santa.. Masalanya Jack tak percayakan Santa dan dia tak tahu pun yang dia dah bocorkan kordinat Santa.. Callum bengang dengan Jack tapi mereka terpaksa berkerjasama sebab hanya Jack sahaja yang boleh bantu Callum cari balik Santa.. Rupanya yang culik dnata ialah ahli sihir.. Ahli sihir ini nak kurung semua budak yang ada dalam senarai jahat, dan ini termasuklah Jack.. Kesudahannya bahagia.. Semua budak yang berada dalam senarai baik dapat hadiah.. Santa berjaya diselamatkan dan Jack berbaik dengan anak dia serta berubah jadi baik..

Red One
2024 ‧ Action/Comedy ‧ 2h 3m
When a villain kidnaps Santa Claus from the North Pole, an E.L.F. (Extremely Large and Formidable) operative joins forces with the world's most accomplished tracker to find him and save Christmas.

ebook | Hanya... Cinta oleh Fakhrul Anour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini mengandungi kompilasi komik mengenai cinta.. Ada pelbagai jenis cinta, cara luahan dan cara penerimaan manusia.. Memang komik ini bagi pelbagai rasa bila kita baca.. Menarik namun dalam masa yang sama boleh dijadikan tauladan.. Karya ini menampilkan ilustrasi unik yang menjadi ciri khas Fakhrul Anour, dengan jalan cerita yang mendalam dan penuh emosi.. Pada Sha gaya lukisan tu kenalah dengan jalan cerita yang disampaikan.. 

Sha baca dan selesai pada 18.12.2024..

Published January 1, 2018 by Kadokawa Gempak Starz

Saturday, December 14, 2024

Family Mart | Hakuto Peach & Triple Chocolate Melon Pan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ini Sha pergi Family Mart, eh ada roti melon baru.. Jadinya jomlah kita beli untuk dicuba..

Hakuto Peach Pan RM3.90
Triple Chocolate Melon Pan - RM4.40

Roti Peach ini wangi baunya dan mewah dengan buah pic.. Lembut ja.. Rasa rotinya sedang elok dan tak manis.. Cumanya bukanlah kegemaran Sha..

Triple coklat ini memang bestlah.. Puas hati makan.. Roti dia roti coklat, bahagian atas tu dia salut coklat dan tabur coklat cip.. Lepas tu dekat bahagian dalam toti pun ada sos coklat.. Paling syok sebab tak manis.. Memang best..

Friday, December 13, 2024

Mighty White: Pandan Coconut Bread

Assalamualaikum..
Hye semua..

Roti pandan kelapa dengan ketulan karamel bergaram.. Sedap dan tak manis.. Paling syok bila kau kunyah tu ada pelbagai rasa.. Setiap gigitan memang sangat ohsem tau.. Sha makan macam ini sahaja pun dah sedap, bayangkan kalau bakar sekejap lepas tu makan, memang lagi ohsemlah.. Sha beli dengan harga pengenalan.. Harga sebenar dia RM1.80.. Berbaloilah dengan harga dia untuk saiz yang dia beri tu..

Mighty White: Pandan Coconut Bread (70g) - RM1.50

Tebal dan besar roti dia, kenyang makan..

Thursday, December 12, 2024

Mighty White: Chocolate Chips Bread

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mighty White pun keluarkan juga roti coklat dengan coklat cip.. Cumanya roti dari Mighty White ini dijual dengan saiz comel dan sekeping sahaja untuk setiap pek.. Okaylah untuk dijadikan sarapan pagi.. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan dan rasa yang diberikan.. Mengancam tau..

Mighty White: Chocolate Chips Bread (70g) -RM1.50

Ketulan hitam itu adalah cip coklat.. Banyakkan..

Wednesday, December 11, 2024

Variety Korea | The Backpacker Chef Season 2 (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Kali ini memang lagi teruklah diorang kena memasak.. Episod pertama je diorang kena masak tanpa perkakasan.. Mujurlah masa awal-awal mereka dah diberikan gadjet baru.. Jadinya semua jadi mudah.. Watak yang kekal hanya Baek Jong Won dan Ahn Bo Hyun.. Kali ini ada Lee Soo Geun, Heo Kyung Hwan dan Go Kyung Pyo.. 

Musim kedua Backpacker Chef ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi inspirasi melalui kreativiti dan semangat kerjasama antara mereka dalam menghasilkan hidangan di lokasi luar biasa.. Rancangan ini memaparkan bagaimana masakan boleh menjadi seni improvisasi, walaupun dengan peralatan dan bahan yang terhad.. Selain meningkatkan penghargaan penonton terhadap masakan dan usaha mereka dalam memasak, interaksi pasukan yang lucu dan penuh emosi turut meninggalkan kesan yang mendalam.. Sha bukan sahaja merasa terhibur tetapi turut belajar nilai ketabahan, kreativiti, dan cara menghadapi cabaran dengan sikap yang positif.. Ini menjadikan rancangan Backpacker Chef ini lebih daripada sekadar rancangan memasak..

Jumlah menu yang berjaya mereka buat ialah 135 untuk 4011 orang dengan 24 tempat.. Pelbagai jenis dapur yang mereka kena gunakan, namun masakan mereka tetap disukai.. 

TV Show: The Backpacker Chef Season 2
Also Known As: The Backpacker Chef 2, Baekpaekkeo 2, Baekpaekkeo Sijeun 2
Genres: Food, Adventure
Country: South Korea
Episodes: 20
Aired: May 26, 2024 - 
Aired On: Sunday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 20 min.
Get ready to cook up a storm... but on wheels?! Korea's top chef Baek Jong Won and his celebrity assistants take on a challenge of creating culinary wonders in unfamiliar places, limited time, and with restricted ingredients. What delicious creations will they whip up?

Tuesday, December 10, 2024

Tofiluk Caramel Crunch Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak beli coklat ini.. Sha dapat dari abang Sha.. Sedap rupanya coklat ini.. Tapi tu lah, manis sikit jadinya tak bolehlah makan banyak.. Rasa dia sama saja untuk kedua-dua saiz.. Beza hanya pada saiz.. Kalau bubuh dalam bouquet hadiah pun menarik ini sebab warna plastik dia yang terang.. 

Tofiluk Caramel Crunch Chocolate (33g) & Tofiluk (10g)

White Castle: Butter Cookies & Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut ini encik suami bawa balik dari majlis kenduri.. Sha tak pergi masa ini.. Encik suami pergi dengan anak-anak dan MIL.. Sedap biskut dari jenama White Castle ini.. Rangup dan meriah dengan coklat cip.. Banyak juga isi dalam setiap kotak tu.. Cumanya bila dah buka kenalah habiskan..

White Castle: Butter Cookies & Chocolate Chips Cookies


Korean Variety | Three Meals a Day: Light (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini konsep dia lebih menarik.. Mereka akan bercuti secara santai  ke seluruh Korea.. Mereka bermula dengan kampung pertanian dan menuai kentang.. Kemudian mereka ke perkampungan nelayan di Jeju dan menangkap ikan.. Akhir seklai mereka ke gunung menikmati kehijauan.. Walaupun siri kali ini pendek sahaja tapi masih menghiburkan dengan pelbagai sajian makanan yang menyelerakan dan tetamu yang ohsem.. Syok betul tengok rancangan seperti ini.. Memang menenangkan..

TV Show: Three Meals a Day: Light
Also Known As: 3 Meals a Day: Light, Samsisekki Light
Director: Na Young Seok, Shin Hyo Jung
Genres: Food, Adventure, Comedy
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Sep 20, 2024 - Nov 22, 2024
Aired On: Friday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 30 min.
Three Meals a Day, which has been loved all over the country, has returned with a newer and more 'light' look to celebrate its 10th anniversary! Where will Chef Cha, who can quickly prepare a bowl of rice anywhere, and Mr. Cham Bada, who has become more experienced and versatile, and Cha Seung Won & Yoo Hae Jin, who have been friends for 10 years, go to the Three Meals a Day House? This summer, which was unusually hot, a special story that unfolds over mountains and across seas, Three Meals a Day: Light, is coming.

Monday, December 9, 2024

Aktivitu Hujung Minggu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan entry Rezeki Orang Berpindah.. Ini adalah buku-buku yang Sha ambil untuk bacaan anak-anak Sha.. Sebelum baca kita balut dulu.. Banyak senarai yang menarik ye kawan-kawan..

Jenuh nak balut.. kikiki..

Koleksi Ramlee Awang Murshid
Magis
Sunan Musafir
Sunan
Fiksyen 302
Raudhah
Aku Bercerita
Legasi Tombiruo
Mikhail
Imaginasi
Ungu Karmila
Mitos
Rayyan Fantasi
Banja Manggala
Haura
Anding Ayangan
Anding Ayangan II
Kasyaf Ain
Saifudin Jalis: Musafir Cinta Meraga Sukma

Buku Saifudin Jalis dan Haura ini masih berbalut, siap ada hadiah lagi.. Ada fridge magnet, penanda buku dan button batch..

Buku dalam gambar ini tak semua Sha ambil.. Kisah Laki Bini dengan Kisah Anak Bini tu Sha bawa ke Perpustakaan tempat kerja Sha.. Selebihnya macam senarai dibawah ini, Sha ambil dan balut..
Ahmad Ammar
Diari Diet Lola
Panggil Saya Bedah
Namaku Bedah
Dalam Bilik Darjah

Ini pula buku-buku berkaitan puzzle dan word search.. Anak-anak Sha ambil ini..

Koleksi Jangan Baca Novel ini, Forever Lat dan Medan Selera Odyssey..

Buku-buku ini Sha leta di Perpustakaan tempat kerja Sha.. Tak sesuai anak-anak Sha baca..

Ini pula buku selebihnya, Sha bawa ke Perpustakaan tempat kerja Sha.. Bertambahlah koleksi Perpustakaan..

Rezeki Orang Berpindah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengah ralit buat kerja, encik suami hantar gambar seketul rak buku berisi buku-buku pada (04.12.2024).. Tanya Sha nak tak.. Mestilah Sha jawab nak.. Kawan pejabat dia pindah keluar dari kuarters, jadinya banyak barang yang dia tak nak bawa pergi rumah baru.. Antaranya rak berisi buku ini dan mesin jahit.. Encik suami tahu Sha dan anak-anak minat membaca tu yang dia ambil gambar tunjuk dekat Sha.. Sebenarnya banyak lagi barang yang rakan pejabat dia bagi dekat kawan-kawan lain.. Selebihnya dia buang.. 

Gambar rak berisi buku yang encik suami hantar dekat Sha.. Sha ingatkan sikit ja, rupanya banyak.. Paling mengujakan ada koleksi Ramlee Awang Murshid.. Turut diberinya rak tu sekali.. Owh ya, buku bahagian bawah tu ada dua lapis rupanya.. Bahagian belakang ada lagi buku..

Ini pun dapat juga.. Encik suami bagi dekat Imani.. Imani minat jahit-jahit ini jadinya encik suami bagi dekat dia..

Sunday, December 8, 2024

Drinho | Soya Milk Corn Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali cuba soya campur jagung ini.. Tak sangka pula ngam dan sedap.. Paling best sebab airnya tak manis.. Memang puaslah minum..

Soya Milk Corn Flavour (250ml) - RM1.70

Saturday, December 7, 2024

Calpis Soda: Anggur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan pasal Calpis Soda Original kan.. Kali ini Sha kongsikan perisa anggur.. Minuman yogurt ditambah dengan karbonat berperisa anggur yang ohsem.. Rasanya agak manis namun akan jadi seimbang bila ditambah ais.. Memang sedap di minum sejuk.. Sha beli dengan tawaran harga 2 tin untuk harga RM5.. 

Calpis Soda: Anggur (320ml)

Massimo | Divino Raisin & Roasted Walnut Bun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap juga roti ini.. Sha makan sikit ja, selebihnya encik suami yang makan.. Meriah dengan kismis.. Gabungan roti, kismis dan kacang walnut tu memang ngamlah.. Cumanya Sha bukan peminat roti yang ada kismis.. 

Divino Raisin & Roasted Walnut Bun - RM2.50

Girls Day Out

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selasa, Sha terima mesej dari adik manis yang pernah praktikal dekat perpustakaan Sha kerja sebelum ini.. Katanya jomlah minum kopi.. Makanya menunggulah Sha kedatangan beliau ke hospital untuk mengambil Sha.. Melepaklah kami makan-makan dan minum kopi sambil bercerita tentang apa yang berlaku dalam kehidupan.. Lama sebenarnya Sha tak keluar macam ini.. Sesekali dan tiba-tiba, memang menarik..

Sebelah Sha tu rakan sekerja di tempat lama.. Adik manis tu baru ja diijabkabulkan Sabtu (30.11.2024)..

Menu kami.. Sha memang minum kopi tau.. kikiki..

Friday, December 6, 2024

Buku | Pujuk oleh Arlina Banana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menarik sebab Sha baca saat Sha dah tak ada rasa untuk membaca.. Sha saja selak-selak sebab nak katalogkan.. Eh! Macam menarik.. Jadinya berhentilah sekejap dari melaksanakan kerja dan mula membaca.. Baca buku ini buat emosi Sha macam roller coaster.. Kejap mendatar, kejap menaik kejap menjunam.. Walaupun ada beberapa bahagian Sha agak kurang berkenan dengan apa yang disampaikan tapi okay lagilah buku ini, boleh ja nak baca santai-santai.. Dia macam menarik tapi lepas tu hambar kemudian macam... Eh!! Apa yang aku baca ini.. Tapi Sha masih berjaya baca sampai habis.. Kelakarkan.. Walhal dah berapa lama tak pegang buku atau selak ebook.. huhuhu..

Sha memang sensitif bila baca topik berkaitan figura seorang 'Abah', buku ini menyedarkan betapa kita selalu terlupa betapa pentingnya watak seorang abah.. huhuhu..

Sha baca pada 06.12.2024

Published January 1, 2016 by Buku Pojok

Timo BrefWell: Ivy Leaf & Himalayan Salt Drops

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gula-gula ini menarik.. Yang Ivy Leaf tu rasa dia berangin tapi tak adalah kuat sangat.. Okaylah untuk segarkan mulut dan mata.. kikiki.. Himalayan Salt tu ada rasa lemon dan garam.. Menyegarkan tapi tak sesuai makan banyak.. Sedap dan mudah nak simpan sebab dia pack secara berasingan..

Timo BrefWell Ivy Leaf Drops (15g) - RM3.70
Timo BrefWell Himalayan Salt Drops (15g) - RM2.10

Ada 6pcs setiap pek..