Wednesday, June 18, 2025

Meet Mee Sambal Udang Kering Premium (Rangup)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berbaloi beli sambal udang kering ini.. Cukup pedas, manis dan garing dia.. Memang sedap ini kalau tambah dalam makanan lain.. Rasa udang tu pun kuat.. Puas hatilah..

Meet Mee Sambal Udang Kering Premium (Rangup) - RM15.73

Merah menyala.. Mantap..

Jepun | The Hound of the Baskervilles: Sherlock the Movie (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini tentang 2 lelaki iaitu Shishio dan Junichi yang diminta menyiasat satu kes penculikkan yang pelik.. Perempuan bernama Beni diculik namun, penculiknya tak ambil pun duit tebusan malah melepaskan semula Beni.. Jadi ayah Beni ni macam peliklah tu yang dia suruh 2 lelaki ini siasat.. Awalnya, diorang tak nak tapi bila ayah Beni ini tiba-tiba mati akibat penyakit rebies.. Bila 2 lelaki ini di soal siat oleh polis, ada seorang polis ini suruh diorang ke tempat ayah Beni dan siasat sebab ada kes lain juga sebenarnya yang berlaku di situ..

Kes kedua ini tentang penculikkan seorang budak 20 tahun yang lalu.. Semuanya saling berkait rapat..

Movie: The Hound of the Baskervilles: Sherlock the Movie
Also Known As: Baskerville ke no inu Sherlock Gekijouban, Baskerville's Dog Sherlock
Director: Nishitani Hiroshi
Genres: Mystery
Country: Japan
Release Date: Jun 17, 2022
Duration: 1 hr. 59 min.

Homare Shishio who was thought to be dead reunites with Wakamiya Junichi after 3 years to investigate the attempted kidnapping of an entrepreneur's daughter. However, the entrepreneur dies soon after so the duo ends up on a strange island in the Seto Inland Sea where they come face-to-face with the entrepreneur's weird family members and associates amid a scary legend of a dog which attacks people.

~~ Adapted from the novel "The Hound of the Baskervilles" by Arthur Conan Doyle. ~~

Aik Cheong 3in1 Ipoh White Coffee with Soy Protein

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah Sha cari kopi ini di pasaran namun tak jumpa.. Sudahnya Sha beli atas talian ja.. Sha nampak iklan kopi ini setiap kali ke Ipoh atau utara.. Terpampang besar di papan iklan.. huhuhu.. Kopinya pekat dan padu tau.. Namun tak manis.. Buat mereka yang sukakan kopi tak manis, ini memang sesuai untuk anda.. Mungkin pekat sebab digandingkan dengan protein soya tu kot.. Terasalah soya tu.. Namun soya tu tak menenggelamkan rasa kopi sebaliknya menjadikan rasa kopi tu lagi pekat dan padu.. Minum awal pagi memang syoklah.. Segar mata dibuatnya..

Aik Cheong 3in1 Ipoh White Coffee with Soy Protein (360g) 12 sachet - RM18.50

Pekat melekat kopinya..

Tuesday, June 17, 2025

Temujanji Pertama Implant Tahun 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini baru ada temujanji implant Sha untuk tahun 2025.. Bos bagi kebenaran keluar pejabat, jadinya jomlah jumpa doktor.. Lepas zohor terus Sha gerak pergi klinik.. Jadi yang kedua menanti klinik dibuka.. Tepat jam 2, misi pun mula panggil nama.. Timbang berat, naik balik 2kg.. Cakap dah.. Berat Sha memang dekat area situ ja.. Naik turun tak jauh perginya.. Alhamdulillah masa ambil darah pun mudah, rasa cucukan jarum ja.. Lepas tu sakit sekejap dan okay.. Bengkak atau lebam pun tak ada.. Suka Sha.. Lepas dapat keputusan darah dan urine, masuk bilik doktor pula.. Alhamdulillah bacaan darah dan urine cantik.. Lega.. Lepas tu doktor minta Sha update kes dekat SOPD dan MOPD.. Selesai.. Misi bagi tarikh untuk jumpa doktor balik lagi 6 bulan.. Jomlah balik.. Ada dalam 2 ke 3 kali lagi temujanji dengan doktor sebelum buang implant ini..

Tebal dah buku perancangnya.. Kena ambil dulu buku ini dekat Klinik Desa sebelum ke Klinik Kesihatan..

Update keberadaan Sha dekat encik suami.. Pergi sendirikan, kenalah update.. Masa ini belum pukul 2 tapi dah dalam klinik, tu yang gelap.. Ginilah rupanya bila rabun jauh, nak tengok telefon kena buka kaca mata.. Kalau tak memang sakit kepala dibuatnya..

ebook | Hikayat Adiwangsa Lasykar (Hikayat Adiwangsa #1) oleh Awan Wafdan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya setelah hampir seminggu, berjaya juga habiskan ebuku ini.. Sha baca melalui aplikasi Cereka.. Buku ini merupakan permulaan kepada perjalanan Faris dan Ayyan dalam memulihkan kembali Estodania.. Awalnya Faris harus melarikan diri menyelamatkan Nadi Estonadia yang satu hari nanti akan dapat memulihkan.. Malangnya Faris tersesat.. Pada waktu yang sama Ayyan mengembara mencari Faris.. Terperangkap di dasar Samudera kemudiannya penjara Ekrandia namun nyawanya masih dipanjangkan Allah untuk bertemu kembali Faris..

Bertemu mereka di saat perang kembali menjelma dibawa oleh makhluk-makhluk dari Ekrandia.. Paling tak disangka musuh dalam selimut yang tak terduga.. Perjuangan masih panjang..

Sha baca pada 12.06.2025 dan selesai pada 16.06.2025..

Published January 17, 2022 by Mahakarya

Lee Special Crackers

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli di kedai ECO.. Bungkusan dia begitu menyerlah dengan perkataan Special.. Kalau ikutkan orang lama panggil biskut tawar atau biskut mayatlah kan.. Tapi biskut ini rasa dia sedikit berlainan dari biskut 4 segi yang biasa tu.. Rasa dia lebih berlemak dan penuh.. Bila makan, dia ada rasa sedikit manis walaupun tak ada gula pada biskutnya.. Sha suka.. Mulanya beli sebab tertarik dengan pembungkusan berwarana biru dan perkataan Special tapi bila dah rasa,, memang sedap.. Biskutnya ada rasa lain dari biasa..

Lee Special Crackers (160g) - RM2.40

Dapatlah sebekas comel, lebihan tu selamat ke dalam perut.. kikiki..

UK | Deep Cover (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini kelakar sebenarnya walaupun ada babak ganas dan penjenayah.. Tapi tetaplah tak sesuai budak-budak tengok.. Kisahnya Kat ini cikgu bagi mereka yang nak buat lawak spontan tapi tak berjaya.. Marlon pula pelakon yang gagal dan Hugh pekerja IT yang tak pandai bergaul.. Bertiga mereka ditawarkan menjadi penyamar dan membantu polis.. Masalahnya baru pertama kali buat kerja mereka terjebak dengan penjenayah besar serta berjaya buat urusniaga jualan dadah.. Bermula dari situ mereka kekal menjadi penyamar, masalahnya polis yang upah diorang ini rupanya hanya menggunakan mereka.. Mujurlah mereka tak tertangkap dan penjahat sebenar akhirnya tahu yang diorang ini bukanlah penjenayah.. Tapi tu lah, diorang berjaya selamat dengan bakat sedai ada diorang..

Deep Cover
2025 ‧ Comedy/Crime ‧ 1h 49m
An improv teacher and two of her students infiltrate the London underworld by impersonating dangerous criminals.



Monday, June 16, 2025

Magnolia Hershey's Triple Chocolate Nuggets

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli aiskrim ini dekat Segi Fresh Mart.. Tak jumpa pula dekat kedai lain.. Sedap sebab gabungan 3 jenis coklat.. Sha memang suka coklat jadinya aiskrim ini memang kenalah dengan tekak Sha.. Aiskrim coklat berkrim yang kaya dengan lapisan sos coklat, topping coklat rangup dan isi sos coklat yang menyerlahkan setiap tekstur coklat dengan penuh bergaya kepada lidah dan tekak.. Sesuai untuk mereka yang percaya kepada kata-kata, tak kan pernah terlalu banyak coklat.. 

Magnolia Hershey's Triple Chocolate Nuggets (42g) - RM3.20

Ada 3 ketul dalam setiap pek..

US | Karate Kid: Legends (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini kalau ikutkan Sha dah tengok dari yang lama-lama sebelum Jackie Chan lagi.. Oleh kerana permintaan Imani yang minat Jackie Chan, kita pergilah tengok walaupun separuh filem ja Jackie Chan nya keluar.. Bolehlah.. Ada babak cium sikitlah.. Wataknya remajakan.. Heronya tak handsome.. Bolehlah..

Kisahnya Li Fong yang masih struggle nak teruskan hidup lepas abang dia kena tikam dan mati depan mata dia.. Akibatnya mak dia tak suka Li Fong belajar kung fu dan bawa Li Fong berpindah ke New York.. Di sini Li Fong berkenalan dengan Mia dan bantu bapa Mia untuk kembali boxing.. Malangnya lawan bapa Mia main tipu dan bapa Mia dikejarkan ke hospital dan Li Fong mula rasa bersalah.. Jackie Chan muncul menarik Li Fong keluar dari rasa bersalan dan bantu Li Fong sertai kejohanan seni bela diri dengan bantuan Daniel LaRusso.. Kung fu dan karate bergabung meletup dan menang.. Gitu..

Karate Kid: Legends
2025 ‧ Action/Family ‧ 1h 34m
After moving to New York City with his mother, kung fu prodigy Li Fong struggles to let go of the past as he tries to fit in with his new classmates. When a new friend needs his help, Li enters a karate competition -- but his skills alone aren't enough. With help from Mr. Han and Daniel LaRusso, he soon learns to merge two styles into one for the ultimate martial arts showdown.

Sunshine Shokupan Gold: Shiro Barley

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah diberikan rezeki untuk membeli roti terbaru jenama Sunshine ini.. Memang tak sangka sangat akan dijual di Aeon Rawang sebab sebelum ini memang tak ada di jual di sekitar Rawang.. Bila dah rezeki kan.. Roti ini roti terbaru dari sunshine.. Diperbuat dari serbuk barley Kanada.. Rasa barli dia tak adalah terlalu kuat, tapi ngam-ngam ja.. Bau barli yang wangi sebaik sahaja kita buka bungkusan roti tu.. Owh ya, dia bukanlah kita rasa bijirin tu, dia lebih pada rasa barli yang lembut dan dijadikan roti.. Roti Sunshine ini satu yang sha suka adalah roti dia padat dan mengenyangkan.. Sukalah sebab roti berperisa dan tak kosong.. Ada pelbagai dan menarik setiap satunya..

Sunshine Shokupan Gold: Shiro Barley (300g) - RM5.00

Macam roti kosong cuma diperbuat menggunakan tepung barli..

Sunday, June 15, 2025

US | How to Train Your Dragon (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

FIlem ini kami tonton di wayang atas permintaan Amani.. Teruja betul dia nak tengok versi live action ini.. Kalau pernah tengok versi animasi, pasti yang ini akan lebih mengujakan.. 

Sha dan encik suami memang layan ja.. Tambahan pula cerita fantasi kan.. Memang relaks-relaks ja tonton.. Syok layan cerita macam ini sebab grafik dia yang cantik.. Jalan cerita sama ja macam animasi.. Suka betul Sha tengok Tootless tu.. Comel..

Kisahnya bermula di sebuah tempat dimana para viking berkumpul demi menghapuskan naga yang asyik mengacau.. Hiccup ini budak yang beria nak membunuh naga tapi selalu menyebabkan perkara-perkara luar jangka sampailah pada satu hari tanpa sengaja Hiccup ini telah terjatuhkan Night Fury yang kemudiannya diberi nama Toothless.. Masa ini bermulalah bonding antara manusia dan naga.. Masa ini jugalah baru Hiccup tahu yang naga-naga tu menyerang diorang bukan sebab sengaja tapi terpaksa.. Ada ratu naga yang lebih jahat.. Begitulah..

How to Train Your Dragon
2025 ‧ Fantasy/Action ‧ 1h 56m
On the rugged isle of Berk, a Viking boy named Hiccup defies centuries of tradition by befriending a dragon named Toothless. However, when an ancient threat emerges that endangers both species, Hiccup's friendship with Toothless becomes the key to forging a new future. Together, they must navigate the delicate path toward peace, soaring beyond the boundaries of their worlds and redefining what it means to be a hero and a leader.

Sunshine Signature Hokkaido Milk: Cream Cheese, Butter Sugar & Chocolate Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara variasi baru untuk roti jenama Sunshine ini.. Menggunakan Hokkaido Milk.. Rotinya okaylah.. Ada yang best dan ada yang biasa ja.. Pada Sha, okaylah untuk pilihan yang berbeza dari yang sedia ada.. Bukan selalu dapat beli..

Sunshine Signature Hokkaido Milk Cream Cheese (52g) - RM1.60
Sunshine Signature Hokkaido Milk Butter Sugar (52g) - RM1.60
Sunshine Signature Hokkaido Milk Chocolate Hazelnut (52g) - RM1.60

Ini yang Cream cheese inti dia.. Sedap untuk tekak Sha, tak manis dan inti tu ngam-ngam ja.. Roti dia pun lembut.. Boleh beli lagi.. kikiki..

Ini butter sugar.. Rotinya agak kering.. Walaupun krim tu nampak banyak namun tak manis sangat.. Ngam ngam ja krim dia tu..

Ini yang coklat Hazelnut ya.. Memang mantaplah rasa coklat dia cuma roti dia agak kesat sikit.. Tak lembut.. Tapi padat dan mengenyangkan.. Owh ya, inti dia tu agak pahit sedikit..

Hujung Minggu Yang Mengejutkan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dan encik suami bawa anak-anak ke Aeon Rawang.. Buat kejutan untuk mereka.. Semalam ja yang encik suami lapang sebelum beliau sibuk dengan urusan kerja, jadinya terpaksalah Sha tolak beberapa acara.. Kami tunaikan permintaan Amani yang nak tengok cerita How To Train Your Dragon dan permintaan Imani yang nak tengok Karate Kid.. Puas hatilah anak-anak melayan cerita semalam.. Sempat mereka membeli belah di Daiso.. 

Sha yang memandu semalam.. Encik suami kepenatan menguruskan MIL.. Sempatlah Sha beli kopi di mesin Hentian Sebelah Rawang.. kikiki.. Sha emmandu dengan had laju 100 ke 110 sahaja.. Laju sikit bila memoton dan kekal duduk di lorong tengah.. Kadang tu ke lorong paling hujung bila tak ada kenderaan berat seperti lori atau bas.. Seram pula bila duduk belakang atau depan kenderaan berat ini..

Sampai-sampai je Aeon, masih awal.. Sha ajak Amani pusing-pusing dekat bahagian roti.. Yeah!! Sunshine dah masuk Aeon Rawang.. Lepas ini lagi sennaglah nak cari.. Meriah roti Sunshine dekat rak.. Harapnya lepas ini dia lajak lah pula sampai ke Tanjung Malim.. kikiki..

Encik Suami pula tapau jeans semalam dengah bahagianya.. Rezeki beliau sebab Levi's buat promosi hingga 70%.. Belilah 4 helai seluar baru.. Harga asal dalam 800 lebih juga tapi lepas diskaun dapatlah dalam 300 lebih.. Jadilah buat pakai pergi kerja dan jalan-jalan.. 

Cerita yang kami tengok.. Sementara nak tunggu tayangan Karate Kid tu sempatlah makan dan solat.. Encik suami ja terlambat sikit sebab surau lelaki penuh betul siap beratur orang nak masuk solat.. Surau perempuan, okay.. Masuk ja terus boleh solat.. Kami masuk ngam-ngam iklan habis.. Kira cun lah masa tu..

Saturday, June 14, 2025

Massimo Chiffon in a Cup - Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa baru dari Massimo.. Sha beli di 7 Eleven.. Kedai biasa tak nampak lagi.. Tekstur kek yang lembut dan gebu serta mewah dengan rasa coklat.. Memang sesuailah di makan bersama secawan kopi sambil menikmati rintik hujan yang turun.. kikiki.. Sedap.. Sha suka sebab kek dia lembut dan rasa coklat tu memang mantap..

Massimo Chiffon in a Cup - Chocolate (35g) RM1.50

Mengancam warnanya..

Massimo Chiffon in a Cup - Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kek rasa mocha yang mengancam.. Kegemaran Sha dan anak-anak.. Rasa kopinya tak terlalu kuat tapi bau dia wangi.. Memang mengancam selera sebaik sahaja bungkusan dibuka..

Massimo Chiffon in a Cup - Mocha (35g) RM1.50

Rupa kek ini setelah dibahagi dua..

Friday, June 13, 2025

Spain | Apocalypse Z: The Beginning of the End (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Berdebar jantung.. Hahaha..

Kisahnya jangkitan berlaku dengan pantas.. Hero kita tengah putus asa dan sedih jadinya menyendirilah.. Walaupun diminta kakaknya untuk sertai mereka.. Awalnya dia macam berat hati nak pergi tapi pergilah juga.. Sekali tak sempat pergi, kawasan dah kena kuarantin.. Cubalah bertahan tapi bekalan makanan pula dah tak ada.. Bila cuba mencari tempat selamat, hampir kena serang dengan zombie.. Masa ini memang dengan kita-kita tak senang duduk.. hahaha.. Perjalanan hero seterusnya memang tak mudahlah.. Walaupun berjaya jumpa bot untuk berlayar di lautan tapi kemudiannya terserempak dengan penjahat.. Terpaksa patah balik ke darat cari helikopter.. Masalahnya bila dah dapat helikopter nak terbang ke Pulau yang kononnya ada manusia terselamat, eh disuruh jangan datang pula.. Lepas tu filem habis..

Apocalypse Z: The Beginning of the End
2024 ‧ Action/Horror ‧ 1h 58m
A strange disease has spread across the planet, turning people into violent creatures. Manel, who lives in isolation after the death of his wife, will have to manage to survive in this apocalyptic scenario with his cat.

Timo BrefWell: Himalayan Salt Drops Honey Lime

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa perasa madu dan limau pula.. Menarik juga rasa dia.. Ada rasa pahit-pahit manis.. Layanlah juga.. Harga pun okay, isi ada 6 biji.. Okaylah untuk standby dalam beg tangan, buat hilang ngantuk..

Timo BrefWell: Himalayan Salt Drops Honey Lime (15g)

6 biji isi dalam dia..

US | Predator: Killer of Killers (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Versi animasi ini lebih ganas dan tak sesuai ditonton budak-budak.. 3 manusia telah ditangkap oleh predator..

Filem bermula dengan perjalanan Ursa bersama anaknya Anders untuk membalas dendam.. Tanpa mereka sedari, mereka diekori predators.. Bila Ursa berjaya sampai dekat musuh dia, predators mula menyerang.. Walaupun Ursa berjaya kalahkan predator, namun anak dia mati.. Ursa ditangkap.. Kisah kedua mengenai Kenji dan Kiyoshi.. Asalnya mereka bersahabat tapi bila dipaksa berlawan, Kenji dicederakan dan melarikan diri.. Bila besar, Kenji cari Kiyoshi untuk bertarung semula tanpa menyedari yang predator melihat pertarungan mereka.. Bila Kenji berjaya kalah kan Kiyoshi barulah predator mula menyerang.. Mujurlah ada Kiyoshi, predator berjaya dikalahkan tapi Kiyoshi mati dan Kenji ditangkap predator.. Kisah manusia ketiga bernama Torres pula, dia dihantar untuk meninjau serangan kapal asing.. Masa ini barulah dia tahu pasal predator.. Walaupun berjaya kalahkan, Torres ditangkap..

Mereka bertiga ini dijadikan sebagai mainan predator selepas diculik.. Dipaksa berlawan dan pemenang akan berlawan dengan ketua predator tapi mereka bertiga berkerjasama menentang predator.. Kenji dan Torres berjaya melarikan diri dan diburu.. Ursa pula mengorbankan diri dan dibekukan.. Masa dekat hujung filem kita ditunjukkan watak dari filem Prey.. 

Predator: Killer of Killers
2025 ‧ Animation/Action/Adventure/Sci-Fi/Thriller ‧ 1h 30m
Taglines: Hunt the enemy, before they hunt you!
A Viking raider, a ninja in feudal Japan, and a World War II pilot encounter a fierce intergalactic hunter.

Thursday, June 12, 2025

Whittakers Fresh Roasted Almond Gold Milk Chocolate Bar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kawan pejabat Sha jual coklat ini.. 3 ketul RM14.. Belilah buat kunyah-kunyah dekat pejabat.. Sedap coklatnya.. Paling best bila setiap gigitan ada badam.. Pergh!! Memang puas hatilah.. Coklatnya tak adalah manis sangat.. Sedang elok ja untuk tekak Sha.. Saiz dia pun tak adalah besar.. Sha suka..

Whittakers Fresh Roasted Almond Gold Milk Chocolate Bar (45g)

Ini permukaan atas coklat ini.. Ada perkataan Whittaker's..

Nampak tak betapa meriahnya dengan ketulan badam..

ChatGPT Memudahkan Kerja Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha bersembang dengan ChatGPT.. Awalnya Sha tanya dia pasal satu aplikasi buku ini sebab curious gila tengok ada rakan FB yang kongsikan.. Sha cuma tangkap layar gambar tu dan kongsikan dengan ChatGPT.. Terus dia bagi tahu pasal aplikasi tersebut.. Siap bandingkan dengan beberapa lagi aplikasi pasal buku.. Cari untuk seronok-seronok tapi jumpa yang boleh guna untuk kerja juga.. 

Aplikasi tu nama dia The StoryGraph.. Lebih kurang macam Goodreads tapi lebih mesra pengguna dan menyeronokkan.. Seronok kalau tengok fungsi yang dikongsikan ChatGPT.. Sha belum betul-betul jelajah lagi.. Sha baru import masuk data dari Goodreads dalam The StoryGraph ja.. Selebihnya Sha tak jelajah pun lagi..


Perkara yang lebih menarik Sha nak kongsikan ialah mengenai aplikasi Libib.. Nama pelik tapi fungsi dia menarik gila untuk Sha yang berkerja di perpustakaan tanpa sistem.. Bayangkanlah bila orang tanya tajuk buku tu ada ke tak kat perpustakaan Sha, jenuhlah nak belek satu-satu buku dekat rak.. Tapi aplikasi Libib ini dia memudahkan kerja Sha.. Nak muat naik buku pun mudah sangat-sangat, cuma perlu imbas barkod pada buku sahaja.. Cumanya maklumat buku tu tak lah terperinci sangat tapi bolehlah sekadar untuk pencarian sama ada buku tu ada dalam Perpustakaan ke tak.. Kalau buku tu aplikasi libib ini tak jumpa, kita boleh masukkan secara manual.. Muat turun aplikasi ini dalam telefon pun okay sebab saiz dia kecik dan bila kita imbas barkod buku tu dia terus simpan dalam cloud bukan dalam telefon kita.. Sesuai untuk perpustakaan kecil yang ada tak lebih dari 5000 buku.. Kalau lebih kena bayarlah Libib ini..

Kelebihan Libib untuk kegunaan formal:

Multi-koleksi & label tersusun
Anda boleh cipta lebih daripada satu koleksi (contohnya: “Bahan Latihan”, “Rujukan Pelajar”, “Koleksi Perubatan”, dsb).. Setiap satu boleh diasingkan dan diurus secara sistematik..

Imbasan Kod Bar
Untuk kemas kini pantas, memang sangat berguna jika kita perlu rekod banyak bahan dalam masa yang  singkat..

Akses Berbilang Peranti
Boleh buka akaun Libib dari komputer di tempat kerja dan juga telefon peribadi, jadi mudah untuk buat kemas kini di mana-mana.. Tak payahlah nak angkut buku keluar dari rak..

Boleh Set sebagai Perpustakaan Umum atau Peribadi
Kalau kita nak kongsikan katalog bahan kepada pengguna, boleh tetapkan koleksi sebagai public dan mereka boleh lihat melalui pautan sahaja (tak payah nak log masuk)..

Eksport Data
Untuk tujuan laporan atau simpanan rekod, Libib membenarkan anda eksport data dalam bentuk CSV, berguna untuk buat backup, atau sediakan laporan kepada bos..

Munchy’s LEXUS Salted Chocolate Biscuit Sandwich with Chocolate Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha rasa ini antara biskut baru dari rangkaian LEXUS sebab tak pernah jumpa lagi.. Kali ini inti coklat dengan biskut coklat bergaram.. Gabungan yang unik dan menarik untuk dicuba pada Sha.. Rasa dia memang sedap dan menarik.. Gabungan yang serasi.. Gitu..

Munchy’s LEXUS Salted Chocolate Biscuit Sandwich with Chocolate Cream (190g) - RM5.50

Ada 10 pek..

Ada 2 keping 

Oleh kerana krimnya pun coklat, tak berapa nampak pula krimnya tapi hampir penuhlah krim dia..

Wednesday, June 11, 2025

Warong 69, Kalumpang, Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah perginya, lupa nak buat entry dekat blog ini.. Awal Mei hari tu Sha pergi dengan encik suami.. Lama dah sebenarnya nak ke sini.. Okaylah.. Jenis open air.. Masa sampai tu dia dah bubuh siap dekat board menu apa yang ada.. Nak lepak santai, tenang-tenang memang okaylah.. Harga pun okaylah tak terlalu mahal atau murah.. Biasa ja.. Rasa pula, okaylah.. Pada Sha tak ada wow faktorlah.. Sesekali nak ubah angin, okaylah..

Warong 69, Lot 185, Kampung Keliang, 44100 Kalumpang, Selangor

Antara menu yang ada masa kami pergi..
Owh ya, ada kuih muih juga..

Style macam ini tau kawasan dia.. Jenis outdoor.. Kalau malam sebelum tu hujan, banku kayu tu akan lembap sikit..

Nasi lemak lauk paru dan sambal sotong kembang..

Sinar Bakery: Kek Susu Hokkaido

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa kek ini dekat kedai runcit biasa ja.. Tertarik sebab saiznya yang comel dan bahan yang digunakan ialah susu hokkaido.. Keknya lembut namun rasa susu tu tak adalah kuat mana.. Okaylah untuk sajian minum petang sambil menonton drama.. Gitu.. Menariklah untuk dicuba..

Sinar Bakery: Kek Susu Hokkaido (70g) - RM3.50

Comel ja saiz kek dia.. Bau susu tu wangi..