Friday, August 8, 2025

Hari Interaksi Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ada Hari Interaksi di sekolah Imani.. Oleh kerana Sha kena bawa encik suami ke KPJ, Sha minta Imani maklumkan cikgunya yang kami tak dapat datang.. Alhamdulillah Imani faham yang kami tak boleh nak datang.. Petangnya Imani tunjuklah keputusan TP untuk semua subjek dia.. Alhamdulillah semuanya berada dalam prestasi yang baik-baik.. Mana yang TP4 tu Imani bagi tahu sebab dia tak berapa aktif dalam kelas.. Bila Sha tengok subjeknya, Sha fahamlah kenapa dia tak aktif.. Bukan subjek kesukaan dia.. Selepas selesai semua urusan petang itu, Sha mesej cikgu kelas Imani nak tahu juga maklum balas dari cikgunya tentang Imani..

Legalah bila makluman begini yang Sha dapat dari cikgu..

2 comments:

  1. Alhamdulillah...nasib baik Imani pun ok je...risau pula, bila dia tengok ibu bapa lain datang sekolah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..