Tuesday, August 26, 2025

Iced Brown Butter Oat Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang suka ja cuba kopi.. Janji ada yang minum sama dengan Sha.. Kali ini Sha kongsi dengan Amani.. Rasa kopi dia memang uniklah sebab menggabungkan rasa dari mentega perang, susu oat, dan espresso ais.. Gabungan ini menghasilkan rasa karamel hangat dan tekstur yang lemak tetapi menyegarkan ketika dihidangkan sejuk.. Memang puaslah minum dan gabungan tu menghasilkan rasa unik tapi sedap.. Cumanya rasa kopi dia tak adalah kuat, ia lebih kepada rasa kopi yang lembut dan sedikit manis.. 

Sha beli dengan harga RM7.99

Harga kalau beli air sahaja dan add-on dengan makanan lain berbeza RM1.. Banyak juga bezanya tu..

3 comments:

  1. Skrg macam² campuran kopi kan.. pastinya setiap satu tu memberi kelainan kpd pencinta kopi

    ReplyDelete
  2. Ada macam2 jenis minuman di Seven eleven

    ReplyDelete
  3. Oh kfc punya ya kak. Belum coba lagi kalo kopi KFC Ini

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..