Saturday, August 23, 2025

Nestle La Cremeria: Neapolitan Royale

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pada bila mata tu ternampak.. Belilah sebungkus.. Sedap sebab bahagian luar dia tu ada salutan coklat yang tebal dengan taburan kranberi kering dan kacang cerdik.. Aiskrim dia pula dua rasa iaitu vanila dan strawberi.. Memang mewahlah, sesuai dengan harga.. Tapi tu lah, tak semua kedai ada.. Ini pun Sha jumpa masa ambil suratkhabar untuk Perpustakaan.. 

Nestle La Cremeria: Neapolitan Royale (76ml) - RM4.20

Salutan bahagian luar ini ialah coklat dengan taburan bijirin campuran, kranberi kering dan juga kacang pistacio..

Bahagian dalam dia aiskrim strawberi dan vanila..

1 comment:

  1. Wah! menariknya kan..cara ambil gambar tu..terbaik..hadap stering kereta rupanya..bijak2

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..