Wednesday, October 15, 2025

Peperiksaan Khas Sijil Pendidikan Islam Tamat Sekolah Rendah (SPITSR)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini kan Sha ada kongsikan pasal Sijil Pendidikan Islam Tamat Sekolah Rendah (SPITSR).. Rupanya ada peperiksaan khas juga untuk sijil ini.. Semalam Imani kena ke sekolah untuk menduduki peperiksaan SPITSR ini.. Sha maklumkan dengan guru kelas Imani pasal kehadiran dia untuk menduduki peperiksaan sahaja, boleh ke.. Guru kelas Imani kata boleh..

Kehadiran untuk peperiksaan ini adalah wajib.. Jadinya pagi-pagi sebelum hantar dia, Sha bagi Imani minum oat dan makan ubat tahan sakit.. Sha bekalkan juga air batu berbalut tuala untuk Imani tuam di pipi.. Jam 10 pagi Sha tunggu Imani di pejabat sekolah untuk bawa balik.. Bila tanya Imani dia boleh ke jawab periksa tu, Imani kata boleh.. Soalan senang katanya.. Sha tak letakkan harapan, cuma berdoa semoga dia lulus sebab dia menjawab kertas soalan dalam keadaan menahan kesakitan..

Makluman dalam group Whatsapp kelas..
Ujian bertulis SPITSR 2025 akan dilaksanakan pada:
Tarikh: 14.10.2025
Hari: Selasa

📌 Kehadiran adalah wajib
📌Murid dikehendaki memakai uniform sekolah
📌Bawa bersama alat tulis dan pensel khat

Terima kasih atas kerjasama ⭐

3 comments:

  1. Semoga Imani lulus cemerlang...

    ReplyDelete
  2. Semoga Imani beroleh kejayaan cemerlang hendaknya aamin 🤲🏻
    Semoga sihat juga

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..