Thursday, June 25, 2026

Eksplorasi Digital @ U-Pustaka 2026: Me Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Me Books merupakan aplikasi e-buku dan buku audio yang lebih memfokuskan kepada kanak-kanak dan keluarga.. Antara ciri uniknya ialah pengguna boleh merakam suara sendiri untuk membacakan cerita, menambah kesan bunyi, dan berkongsi pengalaman membaca bersama anak-anak.. Ia turut menawarkan buku dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina daripada pelbagai penerbit antarabangsa dan tempatan..

Antara ciri menarik Me Books:
πŸ“– Koleksi buku cerita kanak-kanak dan buku pendidikan
πŸŽ™️ Rakaman suara sendiri sebagai pencerita
πŸ† Sistem pencapaian dan pelekat (stickers) untuk galakkan tabiat membaca
πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Profil berasingan untuk beberapa orang kanak-kanak dalam satu akaun
πŸ“Š Dashboard ibu bapa untuk memantau kemajuan membaca anak-anak

Me Books ini dibangunkan khusus untuk kanak-kanak yang sedang membina minat membaca, biasanya sekitar prasekolah hingga sekolah rendah tahap 1 dan tahap 2.. Banyak kandungannya berupa:
Buku bergambar
Cerita pendek
Buku pembelajaran asas
Aktiviti interaktif
Audio dan fungsi rakaman suara

Untuk murid sekolah menengah, ia bergantung kepada tahap dan minat mereka..

✅ Masih sesuai jika:
a) Tingkatan 1 yang kurang gemar membaca dan perlukan bahan ringan.
b) Murid yang sedang meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
c) Adik yang suka membaca cerita bergambar atau novel grafik ringan.

⚠️ Kurang sesuai jika:
1) Mereka sudah biasa membaca novel remaja.
2) Mereka mencari cerita yang lebih kompleks, mencabar atau panjang.
3) Mereka memerlukan bahan rujukan akademik peringkat menengah.

JEMPUTAN MENYERTAI EKSPLORASI  DIGITAL U-PUSTAKA 2026 : ME BOOKS

Mari bercerita bersama Me Books.  Aktiviti terbaik bersama keluarga.
Anda boleh menonton,  bercerita, mendengar, merakam suara dan membaca  bersama-sama.

Akses dalam talian dengan PERCUMA!
Sila layari www.u-pustaka.gov.my 

Jom, sertai kami:
πŸ—“️ 25 Jun 2026  (Khamis)
⏰10. 00 pagi - 12.00 tengah hari
πŸ§•Puan Siti Baizurah binti Osman
(Jurulatih Me Books)
Google Meet

4 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..