Thursday, June 25, 2026

EPSA MMPA: Misi Wajib Disempurnakan!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sejak kebelakangan ini, ramai penjawat awam Kumpulan Pelaksana sedang sibuk melengkapkan modul Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam (MMPA) melalui platform EPSA.. Sha pun tidak terkecuali.. Walaupun syarat wajib kursus ini 2 jam tapi Sha buat dalam tempoh 2 hari.. Sha buat sikit-sikit.. Selesai kursus ada soalan penilaian yang perlu dijawab sebelum sijil boleh dijana.. Okaylah sebab tak payah nak buat on the spot.. Kiranya hari ini selesaikan 1 subjek.. Besoknya sambung lagi.. Bila berjaya dapatkan sijil tu, memang puas hatilah.. 

"Ilmu tidak pernah mengenal pangkat atau jawatan. Sebagai penjawat awam, setiap peluang pembelajaran adalah ruang untuk memperbaiki diri dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat."

6 comments:

  1. Sekarang macam-macam kena buat. Wajib pulak tu.

    ReplyDelete
  2. Cie pun tak buat lagi ni. Busy dengan tugas hakiki yang tak habis2.

    ReplyDelete
  3. Dana baru dapat 34jam hahahha

    ReplyDelete
  4. Kalau di syarikat lama saya, e-learning ni dah masuk dalam KPI staff setiap tahun. Biasanya hujung tahun kiteorang pulun nak siapkan e-learning sblm deadline 🤭 paling tak best bila tak boleh skip video dan terus ke kuiz walaupun topik tu kita dah tau jawapannya 😅 sbb kena rekod training man-hours jadi nak tak nak kena mainkan video tu sambil buat kerja lain hehe

    ReplyDelete
  5. kami kalau bab elearning memang bercinta juga kejar deadline, dah jadi perkara wajib. Tahniah Sha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..