Wednesday, July 29, 2026

Farm Fresh Ice Potong Red Bean & Cendol

Assalamualaikum..
Hye semua..

Farm Fresh keluarkan aiskrim potong pula.. Setakat ini, Sha baru jumpa dua rasa ni ja.. Kacang merah dan cendol.. Dua rasa klasik yang memang disumai ramai.. Sha beli ini dekat Kedai Mesra Petronas.. Memang Farm Fresh letak peti aiskrim dia sendiri.. Meriahlah dengan pelbagai perisa..

Farm Fresh Ice Potong Red Bean (65ml) - RM1.50
Farm Fresh Ice Potong Cendol (65ml) - RM1.50

Aiskrim dia panjanglah juga.. Meriah lah dengan kacang merah.. Memang bestlah makan.. Tak manis sangat dan mewah dengan rasa kacang merah cuma kacang dia tu dekat bahagian atas dan adalah seketul dua di bahagian tengah..

Memang ngamlah rasa cendol dia.. Lepas tu meriah dengan kacang merah.. Cumanya aiskrim ini bukanlah kesukaan Sha.. Sesekali makan, okaylah..

5 comments:

  1. sedap aiskrim potong kacang merah. kalau jumpa di speedmart mmg selalu ammi beli tp belum jumpalah jenama Farm Fresh ni

    ReplyDelete
  2. Belum jumpa lagi FF nya eskrim potong. Suka kalo dapat kacang merah.

    ReplyDelete
  3. Ini malah fav saya kak. Untungnya banyak seller yg jual es krim ini di sini pakai sepeda. Kami sebut nya es lilin . Fav saya biasanya yg rasa kacang merah dan kacang hijau

    ReplyDelete
  4. wahhhh padu lah ada aiskrim potong kacang merah. kena cari ni

    ReplyDelete
  5. Antara Red Bean dengan Cendol, yang mana satu paling juara kat tekak? Dua-dua pun nampak sedap sangat! Suka betul bila Farm Fresh keluarkan variasi aiskrim potong lokal macam ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..