Monday, August 10, 2026

📷 Coretan Sehari | 10 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hye.. Terkejut betul pagi ini bila encik suami whatsapp bagi tahu anak kawan kitorang kemalangan.. Sha turunlah pergi dekat bahagian kecemasan untuk tengok.. Adoi.. Anak kawan tu nak ke sekolah, tak sempat nak break lalu terlanggar kereta depan dia yang break mengejut.. Jatuh dan dilanggar kereta dari depan.. Dua-dua kereta ini lari dan tinggalkan beliau terbaring.. Semoga cepat sembuhlah hendaknya..

Cerita pagi tadi.. Sebelum ke pejabat sempatlah singgah tapau air cappucino 7E, nasi lemak RM1 dan kuih tepi jalan.. Mulanya nak beli mocha tapi tak ada pula..

Penuh air kopinya adik tu bubuh.. 

Ini pula cerita 6 Ogos.. Singgah 7E Cafe pagi Khamis belikan sandwich untuk Amani dan Imani.. Sha pula tapau Australian Iced Chocolate.. Minta adik tu bubuh dalam tumbler Sha.. Katanya air coklat ini manis.. Pada Sha, ngam-ngam ja rasa dia mungkin sebab Sha tambah ais lagi bagi penuh.. Tak adalah manis dan rasa coklat dia memang padulah.. Berbaloilah dengan harga dia tu..

7 comments:

  1. tempat sha ada lagi nasi lemak RM1 ye...nampak bungkusan tu besar jg

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar
    Semoga baik2 la ank
    Tu c cedera serius
    Cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. kesiannya kena langgar dengan kereta dekat sekolah. seriau kalau dengar kes macam ni. semoga dia cepat sembuh dan dipermudahkan urusan keluarga dia

    ReplyDelete
  4. Langgar lari la kisahnya tu. Kesian je. Semoga baik2 je tu.

    ReplyDelete
  5. Allahu, kasihan anak kawan k.Sha tu. Moga cepat sembuh. Btw, Australian Iced Chocolate 7E tu memang padu!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..