Wednesday, September 10, 2025

Temujanji Pakar Pergigian Pediatrik September 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha bawa Imani ke Pakar Pergigian Pediatrik untuk temujanji susulan.. Doktor periksa keadaan gigi dan tampalan Imani.. Kemudian mereka tengok juga keadaan gigi taring yang belum keluar tu.. Selepas doktor berbincang sesama mereka, doktor maklumkan kemungkinan pembedahan yang akan dilakukan.. Doktor bagi tahu keadaan gigi Imani tu yang kiri dia berada di bahagian lelangit sebelah dalam dan yang kanan dekat dengan bahagian gusi di bibir.. Sekiranya boleh, doktor akan cuba untuk buat potongan pada satu tempat sahaja tapi kalau tak memang kena buat di dua tempatlah.. Kalau dua tempat ini proses baik tu lambatlah sikit dan perlukan penjagaan rapi.. Sha okay ja untuk semua cadangan sebab kalau boleh memang nak buang gigi tu secepat yang mungkin.. Selesai perbincangan doktor bagi tarikh seterusnya untuk jumpa pakar bius dan juga untuk buat acuan..

Awal datang, awal selesainya.. Alhamdulillah..

Wonda Original

Assalamualaikum..
Hye semua..

Meriah entry Sha kali ini dengan review pasal kopi.. Kikiki.. Nak buat macam mana, asyik sangat membeli pelbagai jenis kopi.. Kali ini kita sembang pasal kopi dari jenama Wonda ini.. Okaylah.. Bolehlah tapi tak berapa kena dengan tekak Sha.. Kopi dia rasa lain.. Itu untungnya beli 1 sachet ja.. kikiki..

Tuesday, September 9, 2025

Thailand | Enigma Black Stage (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Enigma keluar dengan siri baru.. Cuma tu lah, hero ja masih sama.. Watak heroin tu orang lain.. huhuhuhu.. 

Kali ini Ajin berkerjasama dengan Plengpin untuk mendapatkan gaun Bu-nga Muen Phamorn yang dikatakan disumpah dan berbahaya.. Awal tu kita nampak macam Plengpin ni naif dan keras kepala manakala Ajin pula bersifat terlalu berahsia.. Memang tak nampak sangatlah keserasian mereka dalam berkerjasama.. Tapi masuk ja episod seterusnya kita akan nampak bagaimana mereka berkerjasama dengan baik.. Episod akhir beri satu kejutan yang tak dijangka.. Betul-betul plot twist.. Harapnya akan adalah lagi siri Enigma ini.. Pendek, padat dan melekat jalan cerita dia..

Title: Enigma Black Stage
Also Known As: Enigma 2, The Bloom and a Thousand Bees, Bu-nga Muen Phamorn, Bunga Muen Phamon
Screenwriter & Director: O Patha Thongpan
Director: Nat Thachai Komolphet
Screenwriter: Mook Jarinee Thanomyat
Genres: Mystery, Horror, Drama, Supernatural
Type: Drama
Format: Standard Series
Country: Thailand
Episodes: 5
Aired: Jul 26, 2025 - Aug 23, 2025
Aired On: Saturday
Original Network: One 31
Duration: 42 min.
When the play “The Bloom and a Thousand Bees” is in being remade, it calls for a serious casting for the lead female role. Now, everyone in showbiz scrambles for and it seems they will do whatever it takes. Thus, the watchful eye of a certain group looms over this audition. What no one knows is that there’s a dangerous secret lurking behind the curtain, and whatever black magic is called upon.

Ritter Sport Sweet 'N' Salty Duo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa terakhir dari rangkaian Ritter Sport Duo.. Sha beli dengan kawan pejabat, jadinya harga dia murah sedikitlah dari pasaran.. Kalau tak RM20 lebih juga.. Coklat ini bergabung dengan dua rasa iaitu krim karamel yang dihiasi dengan ketulan biskut butter masin.. Manakala sebahagian lagi mengandungi krim brownie koko yang lembut dan cair dimulut.. Memang gandingan yang memberikan keseronokkan berganda..

Ritter Sport Sweet 'N' Salty Duo (218g) - RM18.00

Caramel Crush pada bahagian yang ada perkataan Ritter Sport & Big Brownie pada bahagian yang ada perkataan DUO..

Dua rasa yang mengancam.. Yang putih tu rasa karamel dan ada sedikit ketulan rangup.. Manakala yang hitam tu rasa brownies yang smooth ja..

Sebekas comel..

Sticker Wonderland Chicky Meal KFC

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat pelekat ini lama dah.. Saja kongsi kat sini sebelum buang gambar dalam telefon.. Pelekat ini dia bagi bila beli set Chicky Meal.. Okaylah boleh jadi koleksi.. Ataupun bosan-bosan boleh main lekat-lekat.. Pelekat ini datang sekali dengan tapak untuk kita cipta wonderland kita.. Kalau dapat dekat anak-anak, habis ditampalnya merata tempat.. kikiki

Ini adalah pelekatnya..

Bahagian belakang dia, ada lanskap untuk kita susunkan gambar-gambar tadi..

Monday, September 8, 2025

Ritter Sport Fruity Duo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Fruity Duo ni memang lain sikit daripada kebanyakan coklat Ritter Sport lain yang lebih fokus pada rasa coklat penuh atau kekacang.. Versi Fruity Duo ini ada lapisan coklat putih dan coklat gelap/susu yang digabungkan dengan inti berperisa buah beri..

Rasanya boleh digambarkan macam ni, mula-mula gigit kita akan dapat rasa manis lembut daripada coklat putih yang bagi sentuhan berkrim.. Bila kita kunyah masuk pula lapisan coklat gelap atau susu yang lebih pekat, ini akan beri rasa kontras manis bercampur sedikit pahit/berlemak.. Selepas itu kita akan dihidangkan pula dengan rasa masam dari buah beri yang meletup dengan meriahnya dan rangup..

Coklat ini buat kita tak rasa terlalu muak sebab ada keseimbangan antara manis coklat dan masam buah beri.. Sesuai untuk anda, kalau suka coklat tapi nak ada rasa buah yang menghasilkan kombinasi manis dan masam serentak..

Ritter Sport Fruity Duo (218g) - RM18.00

Ritter Sport tu rasa Crazy Casis, dimana inti dia redcurrent yang berkrim dan mengandungi ketulan buah redcurrent.. Bahagian yang bertulis Doo tu pula rasa Be My Barry, yang mana dalam dia ada rice crispies yang rangup dan ketulan buah rasberi dalam rasa yogurt yang mewah..

Dua warna dengan dua rasa yang berbeza namun mengujakan..

Dapatlah sebekas coklat.. Makan masa juga nak habis sebekas ini.. Saiznya besar..

Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Rendah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ada Sambutan Maulidur Rasul di sekolah pagi Imani, maka bersiap sakanlah anak dara sorang ini..  Sekolah benarkan pakai baju kurung dan tudung jalan tapi kasut kena pakai kasut sekolah.. Awal bangunnya tapi lepas tu mulalah.. Mak tolong pin kan tudung.. Sabar jelah mak nengok kan perangainya.. Pagilah baru nak cari pin bagai.. Layan jugalah sebab dia bangun awal.. Kalau lambat memang tinggal ja.. kikiki..

Awal sampai sekolah..

Sedondon warna kelabu kami hari ini..

Oldtown White Coffee: Coconut & Roasted White Coffee O

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi dari jenama Oldtown ini memang menarik.. Sha beli 1 sachet ja setiap rasa tu.. Sekadar nak merasa.. Okaylah kopinya.. Menarik..

Oldtown White Coffee: Coconut (20g) - RM2.49
Mantap rasa dia.. Berbaloi beli.. Rasa kelapa dan kopi itu digabungkan dengan cantik dan tidak saling mengganggu.. Ngam-ngam ja rasa kelapa tu.. Kopi dia tak terlalu keras dan terlalu lembut.. Sesuailah untuk tekak Sha..

Oldtown White Coffee: Roasted White Coffee O Sugar Added (20g) - RM1.56
Pergh!! Pekat kopinya.. Awal tu Sha minum macam ini ja, okaylah.. Tapi lepas tu Sha tambah krimer.. Kikiki.. Tak bolehlah minum kosong macam ini.. Mesti nak tambah krimer.. Walaupun ada gula tapi kopinya tak manis dan pekat..

Sunday, September 7, 2025

Wall's Cornetto Apple Crumble

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nampak menarik pula pembungkusan dia, makanya terbelilah satu.. Tapi rasa dia agak tak berapa ngam dengan tekak dan lidah Sha.. Agak pelik tapi masih boleh dihabiskan.. Bahagian hujung kon tu, akan ada sos karamel sebelum jumpa coklat..

Wall's Cornetto Apple Crumble (83g) - RM4.00

Menampilkan gabungan aiskrim berperisa epal berkrim dan karamel, pusaran karamel yang lazat, dan topping biskut kayu manis yang rapuh, semuanya terbungkus dalam kon wafer rangup..

Atas tu ketulan biskut kayu manis.. 

Saturday, September 6, 2025

Sour Candy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kemain meriah lagi isi dia.. Memang berbaloilah beli sepeket besar ini.. Bolehlah tahan lama sikit.. Separuh letak kat rumah, separuh lagi Sha bawa ke perpustakaan untuk letak dalam mangkuk atas meja.. Bolehlah pengunjung perpustakaan makan.. Ada 5 rasa dalam satu pek ini dan rasa yang paling banyak, rasa strawberi dengan oren.. Gula-gula ini ada serbuk masam tapi tak adalah masam melampau pun.. Masam-masam manja ja.. Serbuk tu salut bahagian luar gula-gula, lepas habis masam tu rasa biasa ja..

Sour Candy (357pcs) - RM20.50

Lychee - 68
Apple - 58
Grape - 55
Strawberry - 89
Orange - 87

Spain | Two Graves (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama pendek yang tak disangka.. Kisah 2 remaja yang hilang dan tak dapat dikesan.. Punca sebenar memang tak akan disangka.. Pada episod tiga kita akan tahu punca tu.. 

Nenek kepada salah seorang mangsa iaitu Verónica masih tak boleh terima dan mula menyiasat sendiri sebab mayat cucu dia masih belum ditemui manakala yang seorang lagi iaitu Marta telah ditemui di dalam laut.. Sampailah tiba-tiba saksi baru muncul depan mata tanpa sengaja.. Nenek terbunuh saksi tersebut tanpa sengaja dan mula mengadakan pakatan dengan bapa Marta untuk mencari pembunuh sebenar.. Maka terbongkarlah kisah parti liar yang dihadiri mereka berdua dan kemalangan yang berlaku.. 

"Jika anda pilih untuk balas dendam, bersedialah untuk hancur bersama."
@
"Sebelum anda memulakan perjalanan membalas dendam, gali dua kubur".

Two Graves
Original title: Dos tumbas
2025 ‧ 1 season ‧ Crime/Drama/Mystery/Thriller ‧ 50m
TV Mini Series 2025
When the disappearance of two teen girls shocks a quiet coastal town, a bereft grandmother risks everything to uncover the truth and seek revenge.


Gardenia Gourmet Selection: Roti Sommerset Cottage

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab geram tengok dekat rak.. Cantik bersusun.. Payahkan bila mata jadi hakim dalam aktiviti membeli.. kikiki.. Roti penuh bijirin (whole grain) yang mengandungi 12 jenis bijirin dan benih berkhasiat, memang mengenyangkan bila dimakan.. Sha makan sekeping sebagai sarapan dan kenyang hingga ke makan tengahari.. Memang baguslah kalau tak nak makan nasi..

Antara kebaikan roti ini:
1. Pilihan sihat: Kaya dengan serat dan nutrisi, sesuai untuk diet yang lebih seimbang.
2. Kandungan bijirin: Membantu melancarkan pencernaan dan memberikan rasa kenyang lebih lama.
3. Rendah kalori: Sesuai untuk mereka yang ingin mengawal berat badan atau menjaga kesihatan.

Gardenia Gourmet Selection: Roti Sommerset Cottage (300g) - RM5.50

Sha bakar kemudian sapu mentega dan juga keju..

Ini Sha sapu mentega kacang lepas bakar..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com