Wednesday, August 5, 2015

Tabung Pendidikan Aman Jaya

Assalamualaikum...
Meh nak share berita baik untuk semua warga Perak..
Yayasan Perak ada menyediakan Tabung Pendidikan Aman Jaya (dulu dikenali sebagai Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak).

Tabung Pendidikan Aman Jaya ini diwujudkan sebagai satu kaedah simpanan pendidikan untuk masa hadapan. Peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM200.00 untuk setiap kelahiran anak Perak bermula pada tahun 2010.DIbawah ini merupakan syarat-syarat bagi memohon Tabung Pendidikan Aman Jaya ini. Cubalah mana tahu rezeki anak-anak kitakan.

PERATURAN / SYARAT-SYARAT
  1. Anak kelahiran Negeri Perak adalah bermaksud sepertimana yang termaktub di dalam Akta Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.
    (Bagi maksud Anak Perak, pengertian seperti yang diperuntukan dalam Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu:- “Pemohon lahir di Negeri Perak. Ibu atau Bapa hendaklah lahir di Negeri Perak atau telah bermastautin dengan tinggal di Negeri Perak secara berterusan untuk tempoh 10 tahun atau lebih”.)
  2. Kelahiran Anak Negeri Perak bermula pada 1/1/2010 mulai selepas jam 12.00 tengah malam.
  3. Anak kelahiran Negeri Perak mestilah mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak dan mempunyai Sijil Kelahiran yang sah.
  4. Hendaklah mendaftar dengan Yayasan Perak untuk mendapat Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak ini melalui borang atau kaedah-kaedah yang akan difikirkan dari masa kesemasa.
  5. Setiap kelahiran akan mendapat RM200.00 dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
  6. Ibu/Bapa/Penjaga digalakkan menabung dan menambah tabungan di dalam SSPN dari masa ke semasa.
  7. Wang simpanan dalam tabungan SSPN ini boleh dikeluarkan selepas anak kelahiran Negeri Perak tersebut genap 18 tahun ke atas.
  8. Sekiranya anak-anak kelahiran Perak yang mendaftar melalui Yayasan Perak dan menabung di dalam SSPN tersebut meninggal dunia sebelum 18 tahun maka wang tersebut akan dikembalikan kepada waris yang mendaftar dengan Yayasan Perak.
Maklumat lanjut mengenai Tabung Pendidikan Aman Jaya serta borang permohonan boleh didapati di laman web YAYASAN PERAK

Dibawah ini adalah contoh borang yang perlu diisi untuk memohon Tabung Pendidikan Aman Jaya.
Borang-borang ini boleh didapati di laman web YAYASAN PERAK. Selain mengisi borang-borang dibawah ini, anda juga perlu menyertakan salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan Ibu atau Bapa dan Penyata Pendapatan yang disahkan oleh majikan.




15 comments:

  1. Assalamualaikum..selamat pagi...
    Nieyl singgah di sini =)

    ReplyDelete
  2. Bagus kongsi info ni. Kadang-kadang orang tak tahu ada tabung bantuan pendidikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cp kan.. sha nie pun kebetulan je tau..tu yg share..

      Delete
  3. alahhhh x dapek lah nak claim..even iols org perak..tp anak2 org pinang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita..sha ng hubby dua2 kl..anak2 je perak..kena menetap 10 thn dulu baru leh mohon..

      Delete
  4. Untung jadi orang Perak yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..untung orang perak..sha belum lg..xckp 10 thn..hehehe..

      Delete
  5. Hubby lahir kedah, saya lahir trg, ank lahir perak.. Blh x ek

    ReplyDelete
  6. Hubby lahir kedah, saya lahir trg, ano lahir perak blh ke ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah menetap dekat perak lebih 10 tahun, rasanya boleh..

      Delete
  7. Contoh sya Dan suami IC Kelantan..tapi anak dilahirkan di Perak,adakah anak saya dapat yg rm200 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau puan sudah dan masih menetap di Perak lebih 10 tahun, boleh rasanya.. Lebih baik kalau puan bertanya dengan Yayasan Perak sendiri..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..