Sunday, November 1, 2015

Mrs. Cop (2015)

Assalamualaikum...
Drama Korea 18 episod..
Genre : Prosedur polisMengisahkan tentang seorang perempuan yang menjadi ketua Seoul Central's Violent Crime.

Kelebihan cerita ini ialah ada paparan mengenai polis, menteri, doktor dan orang biasa yang jahat dan makan rasuah. Paparan yang tidak terhad menyerlahkan tidak semua polis itu baik dan tidak semua polis itu jahat.. Ini adalah sebab kenapa saya lebih suka menonton drama dari Korea berbanding drama melayu kita. Maaf ye, ini hanya pendapat saya.
Bagaimana dia mengendalikan antara kerjaya, tanggungjawab sebagai ibu dan juga kakak.
Kerana dia juga dua watak berubah menjadi lebih baik dan flexible..
Cerita ini menarik kerana ada watak tambahan yang pelbagai.
Karekter yang nakal dan lucu..
Ganas tapi cantik.. Jambu tapi cekap..
Kalau minat cerita-cerita berkaitan penyiasatan, dunia polis dan aksi sila tengok cerita ini.
Memang ganas dan awesome..

Watak-watak penjahat dia pun psiko..
Ada yang membunuh dengan alasan menyelamatkan..
Ada yang membunuh tanpa rasa simpati..

Mrs. Cop poster.jpg
Poster yang Awesome

Pelakon-pelakonnya..

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..