Sunday, December 27, 2015

Penpal atau Sahabat Pena

Assalamualaikum...
Hari ini masa blogwalking sha terjumpa satu topik yang menarik iaitu Penpal atau Sahabat Pena..
Topik yang sangat menarik dan ohsem..

Penpal
A pen pal is a new friend from another corner of the earth whom you get to know through letters... or online messages and chat. Love to travel? Meet people to show you around! Meet people now.

Zaman sha dulu, kami berkenalan menggunakan laman perkenalan di majalah dan suratkhabar..
Berkenalan melalui surat.. Memang ohsem..
Sekarang zaman dah moden.. Macam-macam cara untuk menambah kenalan...
Melalui Facebook, Weechat, Instagram, Blog dan laman sosial lain.

Namun masih ada yang gemar mengutus surat antara satu sama lain..
Perasaan menerima surat dan kad dari rakan tu lebih mengujakan dan menarik..
Kadang-kadang ada yang bertukar-tukar hobi seperti mereka yang mengumpul Fridge magnet, setem, Poskad dan pelbagai lagi.. Bila ada sahabat pena nie kita boleh saling memberi maka koleksi kita akan bertambah dan datang dari pelbagai pelosok..
Malah kita juga boleh belajar mengenai kepelbagaian budaya sekiranya rakan kita datang dari berbilang negara. Selain itu kita juga boleh menambah baik penggunaan bahasa Inggeris..
Bahasa antarabangsa yang memudahkan semua berhubung..
Betul kan.. Macam dalam satu episod Upin Ipin ada bercerita mengenai Sahabat Pena nie..
Sebenarnya Penpal atau Sahabat Pena nie tidak terbatas, malah tiada pemisah..
Kita boleh sahaja menjadikan sesiapapun sebagai Sahabat pena kita..
Walaupun orang tu berada di Malaysia ataupun di mana sahaja..

Ada sesiapa berminat untuk jadi sahabat pena Sha??
Rasa macam nak menulis kembali.. Hehehe...

Disini Sha sharekan beberapa tempat untuk mencari kenalan Penpal atau Sahabat Pena..

Instagram #penpalwanted
Laman web : Penpalworld  studentoftheworld  Interpals!
Ataupun boleh klik sini, ada disenaraik 15 website yang best untuk cari kenalan..

AMARAN : Segala urusan anda mengenai penpal adalah tanggungjawab anda. Sekiranya anda ke laman web yang saya senaraikan diatas dan berkenalan dengan sesiapa sahaja, Itu adalah tanggungjawab anda.. Saya sekadar berkongsi info dan maklumat. Sekiranya berlaku apa-apa, saya tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..