Thursday, March 17, 2016

Neighborhood Hero

Assalamualaikum...
Baru-baru nie Sha ada layan Drama Korea : Neighborhood Hero.
Drama nie lakonan Park Shi-hoo sebagai Baek Shi-yoon dan Lee Soo-Hyuk sebagai Choi Chan-gyu..
Dua pelakon nie memang ohsem sangat..
Drama bersiri ini ada 16 episod..

Perjalanan cerita bagi drama nie bermula di Macau semasa Shi-yoon sedang melaksanakan tugas khas bersama tiga orang lagi agen. Kawan Shi-yoon mati dibunuh dan Shi-yoon dipenjarakan selama tiga tahun. Selepas bebas Shi-yoon membeli sebuah bar yang diberi nama "Neighborhood". Bar ini menjadi tempat agen bersantai dan berkumpul. Maka bermulalah usaha Shi-yoon dalam mencari kebenaran mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Macau sambil menjadi The shadow dan melindungi mereka yang berada di sekitar bar "Neighborhood"..

Aksi berlawan yang dipaparkan dalam cerita nie memang ohsem.. Hubungan persahabatan, ikatan kekeluargaan dan juga hubungan kekasih.. Semuanya akan bercelaru dalam drama aksi thriller ini..

Selamat menonton..


 Lee Soo-hyuk

Park Shi-hoo

Owh ya.. Saya selalu menonton online drama Korea ini di :-

4 comments:

  1. lama tak tengok cerita korea, macam best cerita ni

    ReplyDelete
  2. MV.. Selalunya Sha tengok online.. Kalau dekat Astro Channel 393 @ 391 kot..

    ReplyDelete
  3. park shi hoo hensemnyaaaaa. hahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..