Tuesday, February 7, 2017

Amani Meminjam di Perpustakaan Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..
Alhamdulillah, Amani mengikut perangai Sha..
Suka membaca..

Last two weeks, dia excited bagi tahu buat kad perpustakaan..
Bayar seringgit nak buat kad..
Kemudian dia meminjam buku Upin dan Ipin..
Tarikh pulangnya pada 02.02.2017..
Belum lagi buku tu dipulangkan, dia dah pinjam satu lagi buku..
Kali ini buku cerita Bahasa Inggeris..

Sha suka je bila dia meminjam dan membaca buku..
Tapikan.. Bebudak.. Belum pandai tanggungjawab lagi..

Kalau ikutkan dari minggu lepas lagi Sha suruh dia pulangkan buku Upin Ipin tu..
Biasalah bebudak.. Cepat terlupa..
Minggu ini dah kena denda..

Pagi Isnin (06.02.2017) Sha dah ingatkan Amani suruh pulangkan buku..
Siap bagi duit syiling untuk bayar denda..
Sehari 20 sen, hari sabtu dan ahad juga dikira..
So Sha bagilah RM1 kat dia..
Dengan harapan Amani akan pulangkan buku..

Petang masa amik dia untuk bawa ke sekolah agama, Sha tanyalah dah pulangkan buku ke..
Jawapannya belum lagi.. Kakak terlupa..
Bila tanya duit extra yang Sha bagi untuk bayar denda mana..
Japannya tak tahu.. Alahai Amani..
Sabar jelah mendengar jawapan dia..

Sudahnya Sha minta tolong anak pengasuh yang sama-sama sekolah dengan dia..
Minta tolong dia bawakan Amani ke Perpustakaan dan pulangkan semula buku..
Harapnya settlelah hari ini..

4 comments:

  1. alhamdulillah minat mbaca di pupuk dr kecil =) Tringt dlu masa skolah, ada program nilam kan. xreturn buku pun charge 0.20sen jg =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. hehehe..
      Sekarang dari darjah satu mereka dah start dengan program nilam.. Ada dibekalkan buku nilam..

      Delete
  2. wah dah ble pinjam ..wani belum lagi..dia pinjam kat library mv jer

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..