Monday, May 15, 2017

Penunggu oleh Siti Rozilah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Percubaan pertama penulis untuk genre seram dan mistik pada Sha tidak menghampakan..
Penulis berjaya menggarap cerita dengan dua kisah yang saling berkaitan..

Kisah pertama mengenai misteri Gua Hitam dan juga bulan Mei..
Setiap kali bulan Mei, ada je petaka yang menimpa..
Sehinggalah datangnya manusia kota menjelajah ke dalam gua, petaka seolah-olah ikut mereka pulang ke kota..
Gangguan kepada manusia-manusia yang menceroboh gua mula berlaku..
Apakah sebenarnya yang mereka jumpa dalam gua tersebut..
Apa kaitannya dengan gadis bernama Mei..
Memang mendebarkan..

Muncul kisah kedua yang berkaitan juga..
Sihir pengasih dan pembenci..
Demi kerana cinta yang ditolak, manusia hilang akal..
Namun bukan mudah melaksanakan perkara terkutuk..
Akhirnya tembelang pastikan pecah jua..

Manusia memang gila bila mula beralih kepada syaitan.. Bukan mudah meneruskan hidup demi kerana keinginan yang terhalang..
Berjayakah misteri Gua Hitam terungkai..

Sha baca dan selesai pada 13.05.2017

Published October 2017 by Karnadya Publishing

5 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..