Wednesday, May 31, 2017

Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Assalamualaikum..
Hye semua..
Perkara yang baik haruslah di war-warkan..

Anda ingin menjadi antara 1000 usahawan yang berjaya?
SME Corp www.smecorp.gov.my & Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri MITI www.miti.gov.my serta pelbagai agensi seperti TERAJU sedang membuka permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera, TUBE Mega sehingga 15 Jun 2017 ini. Kami ingin melahir & membina seribu orang usahawan belia Bumiputera untuk pengambilan kali ini.

Antara syarat ialah belia Bumiputera berumur antara 18-30 tahun, sihat tubuh badan, tidak mempunyai sebarang pekerjaan, berminat jadi usahawan & jika sudah berniaga hendaklah sebelum 12 bulan. Mereka yg mempunyai sijil kemahiran adalah diutamakan.

Mereka yg terpilih akan ditemuduga, dikursuskan seminggu untuk ketahanan mental & fizikal serta 2 minggu tentang asas-asas perniagaan.
Setelah berjaya memula & mendaftarkan perniagaan, mereka akan diberi geran RM15 ribu & dibimbing selama 12 bulan agar terus berjaya. 
Pendaftaran adalah secara online di tube.smecorp.gov.my
Selamat mencuba & terima kasih. (ABM 30/5/2017)

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..