Wednesday, July 12, 2017

Permohonon Kursus Sepanjang Perkhidmatan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha nak share pasal Kursus dan tempat-tempat yang menawarkan kursus..
Tapi perkongsian Sha ini adalah berdasarkan dimana Sha berkerja..
Dan juga status perjawatan Sha iaitu Pembantu Pustakawan..
Mungkin ada yang sesuai dengan kawan-kawan..
Bolehlah tengok dan mohon..
Owh ya.. Sha kerja sebagai Pembantu Pustakawan..
Pengambilan kerja dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam..
Berkerja dengan Perpustakaan Negara Malaysia..
Tapi dipinjamkan kepada Jabatan Pengajian Politeknik..
Bertugas di Perpustakaan Politeknik..

Ini wajib mohon kalau anda Pembantu Pustakawan..
Mohon secara online..
Lepastu kena semaklah dengan staf dekat PNM seminggu atau 2 minggu sebelum tarikh kursus..
Kadang kursus tu tunda ke tarikh lain ataupun dibatalkan..
http://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/513 

Kalau kerja bawah Kementerian Pengajian Tinggi, bolehlah mohon kursus di SINI.
Cuma perlu pilih Kursus apa yang kita mahu di SINI.
Biasanya kursus akan dibuat mengikut zon..
Kursus yang disediakan lebih bersifat Umum..
Contohnya kalau pilih Program Pembangunan Komunikasi, bawah program ini ada Kursus Confident in Communication, Emails & Letter wiritng For Work dan sebagainya..
Kalau nak tambah knowledge digalakkan memohon..
https://app2.mohe.gov.my/silat/index.php

EPSA ini memang semua boleh memohon..
Tak payah pergi mana-mana, cuma perlu ada komputer dan internet..
Buat online je dan tak ambil banyak masa..
Tambah-tambah sekarang dah tak banyak budget untuk kursus luar..
http://www.epsa.gov.my/

Kursus di INSTUN..
Sebab dekat dengan tempat kerja Sha..
Bayaran yuran RM30 sahaja..
Tapi kena mendaftar dulu dengan eSPEK.. Lepas tu baru boleh mohon kursus..
https://espek.instun.gov.my/user/login 

Selalunya Sha akan pilih Kursus yang ada ayat Terbuka @ Terbuka kepada pelbagai agensi/kementerian. Gred 17-44..

Ini antara jabatan atau agensi yang selalu sha mohon untuk dapatkan kursus..
Lain jawatan lain kursus yang perlu dihadiri..
Tahun ini tempat Sha dah jadi 4 hari berkursus wajib..
Tempat korang berapa hari?

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..