Saturday, October 14, 2017

Kemudahan Urus Niaga Unit Amanah ASNB Tanpa Buku Pelaburan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahu tak ASNB dah melaksanakan Kemudahan urusan tanpa buku pelaburan?
Pelaksanaan ini sudah berkuatkuasa mulai 28 Jun 2017..
Sangat memudahkan pelabur sebenarnya..
Penyata juga boleh disemak secara online di MyASNB sahaja..

Macam mana?
Pendaftaran Portal myASNB
Sebelum menggunakan perkhidmatan myASNB, anda perlu melengkapkan pendaftaran myASNB terlebih dahulu. Ikuti langkah mudah berikut untuk mula mendaftar.

Langkah 1 - Kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB

Langkah 2 - Ikuti langkah mudah untuk pendaftaran myASNB

Langkah 3 – Aktifkan akaun myASNB anda

Langkah 4 - Mula melabur dalam unit amanah ASNB


Apabila anda selesai mendaftar, kata laluan sementara akan diberikan. Sila cetak/ simpan/ catat kata laluan sementara berkenaan untuk log masuk kali pertama.

Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.

http://www.asnb.com.my/v3_/asnbv2_0index.php


Boleh ke portal ASNB dan MyASNB

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..