Saturday, October 7, 2017

Projek Seram Tanah oleh Syaida Ilmuna, Akma Saidon & Saidee Nor Azam

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel ketiga untuk bulan Oktober..
Slow sikitlah bulan ini.. Rasa macam kurang mood membaca..
Mungkin sebab memikirkan hal lain.. 

Tema kali ini ialah Tanah..
Cover novel ini warna hijau.. 

Gegar Tanah oleh Syaida Ilmuna
"Jangan biar kau terperangkap."
Percubaan pertama yang sangat menarik dari penulis..
Cerita yang dibawakan memang berbeza..
Satu alam or dimensi lain yang sangat kejam..
Menuntut nyawa manusia walaupun sudah kembali ke dunia sebenar.. 

Petaka oleh Akma Saidon
" Janji ditabur menuntut galang ganti!"
Memang petaka sungguh.. Semuanya kerana janji..
Tapi, biasalah makhluk yang satu itu sentiasa penuh tipu muslihat..
Kerana janji 5 sekawan, waris meraka jadi taruhan..
Mujur masih ada yang tahu cerita sebenar..
Terselamatlah 7 waris yang tertinggal..
Semuanya kerana helah makhluk dujarna itu..

Ayunan Resort oleh Saidee Nor Azam
"Kami akan berada di tanah ini untuk selama-lamanya."
Satu-satunya penulis lelaki dalam Projek kali ini.
Menampilkan cerita yang menarik mengenai resort tepi laut..
Penulis yang mencari bahan cerita seram..
Akhirnya disajikan dengan peristiwa seram dan pelik..
Bertemu dengan perempuan bernama Bunga..
Tapi siapa sebenarnya Bunga?
Bagaimana Bunga boleh berada di resort yang nampak usang..
Kenapa hanya ada Bunga sahaja?

Sha baca pada 04.10.2017 dan habis pada 06.10.2017
Agak lama sebab banyak berkhayal.. Hehehe..

3 comments:

  1. dulu zaman skolah novel tebal tu sehari dah hbis. skrg dh kerja, buku nipis pun dah berbulan takhabis lg baca 😂 caiyok kak sha! macam menarik tajuk buku ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..